Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam ke Kuala Terengganu

Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam ke Kuala Terengganu

Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam ke Kuala Terengganu | Kesinambungan dari Percutian 2 Hari 1 Malam ke Kuantan Pahang, kami meneruskan lagi perjalanan ke Kuala Terengganu. Pertama kali bawa anak-anak bercuti ke Kuala Terengganu. Macam biasa, tugasan untuk survey tempat makan sedap, tempat menarik di Kuala Terengganu dan tempat stay semestinya kerja Ummi. Sempatlah Ummi buat study sikit-sikit hehehe. Jom baca itinerary percutian kami.

Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam ke Kuala Terengganu

Lunch di Kedai Kopi Buruk

Plan asal nak lunch kat Nasi Dagang Atas Tol (NDAT) yang viral tu, tapi bukan rezeki kami. Hari kami sampai tu kedainya tutup. Jadi teruslah cari alternatif lain dan kami memilih Kedai Kopi Buruk. Betul-betul late lunch ni hahaha terus bingung nak makan apa. Ummi makan

Alamat: 523, Jln Kuala Berang, Kampung Wakaf Beruas, 21070 Kuala Terengganu, Terengganu.

Waktu Perniagaan:
Sabtu – Khamis (8am – 12am)
Jumaat (Tutup)

“Jangan mengeluh kopimu dingin, dia pernah hangat tapi kau diamkan.”

Check-in di Aifani Homes Kuala Terengganu

Lepas kenyangkan perut kami terus menuju ke Aifani Homes Kuala Terengganu. Highly recommended! Sesuai untuk seisi keluarga. Rumah bersih, kemas dan dekorasi cantik. Banyak kemudahan disediakan. Lokasi strategik di tengah² bandar berdekatan dengan KTCC Mall, Drawbridge dan port makan sedap. Host sangat² baik & membantu memudahkan urusan. Ummi bersyukur sesangat jumpa homestay ni tau.

Alamat: Jalan Sultan Zainal Abidin B0907, Blok B, Pangsapuri Ladang Tanjung, Kuala Terengganu, Terengganu 20000, Malaysia (Level 9)

Booked through: Airbnb @aifanihome_homestay_terengganu

Drawbridge KTCC View
2 bedrooms, 2 Queen beds, Dedicated bathroom,
Ocean view, beach view
Kitchen, Fridge
Washing machine, Dryer
Swimming pool, gymnasium at Level 5

Mandi-manda di Swimming Pool Pangsapuri Ladang Tanjung

Syok gila diorang mandi-manda kat sini. Swimming pool di tingkat berapa lupa pulak Ummi. Yang penting viewnya sangat cantik dari atas, nampak Drawbridge yang cantik tersergam. Playground, gymnasium dan kemudahan lain pun memuaskan hati. Lepas mandi-manda kami balik berehat dan meneruskan misi JJCM lepas maghrib.

Dinner di Ikan Bakar Pok Kamal Special

Lepas maghrib kami merayau mencari port makan malam. Kami dinner di Ikan Bakar Pok Kamal Special atau kat signboard tulis Kamal Ikan Bakar Special. Mula-mula sampai tak ada orang sangat. Bila dah lama-lama makin menderu orang. Nasib baik kami sampai awal hehehe. Makan semua sedap especially ikan bakar dan sotong bakar. Harga pula berpatutan. Pertama kali kami mencuba ikan aji-aji, sedap betul isinya lembut dan manis gitu. Memang fresh sangat ikannya. Menurut owner, ikan aji-aji ni ada kat Pantai Timur je. Tak rugi jalan jauh sikit dari homestay sebab dapat makan makanan yang sedap hehe. Recommended! Lepas makan, pusing-pusing bandar dan balik berehat.

Alamat: Kampung Seberang Pak Abu, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu.

Waktu Perniagaan:
Sabtu – Khamis
6.30am – 2pm
5pm – 11pm
Jumaat (Tutup)

Day 2 – 5 Mac 2024

Breakfast di Adil Roti

Pagi hari kedua, kami breakfast di Adil Roti. Banyak menu-menu menarik dan unik terutamanya variasi roti. Alhamdulillah sedap makanannya. Cuma kena datang awal rasanya kalau tak memang susah nak dapat meja kosong.

Alamat: Kios No3 Medan Selera MBKT Bawah Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Hiliran, Jalan, Kampung Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Telefon: 010-560 3700

Waktu Perniagaan:

Khamis – Selasa
7.45am – 12.30pm
Rabu (Tutup)

Jalan-jalan ke Drawbridge – Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Lepas sarapan kami terus menuju ke destinasi yang paling tak sabar untuk dijejaki dari hari pertama sampai ke Kuala Terengganu. Mana lagi kalau bukan ke Drawbidge atau Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

Alamat: Jambatan Angkat Kuala Terengganu, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Lokasi: Kuala Terengganu, Kuala Nerus

Jumlah panjang: 638 m

Dibuka: 1 Ogos 2019

Senarai Harga Tiket Masuk Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Weekdays – Hari Biasa)

Galeri

Dewasa – RM13
Kanak-kanak – RM8
Warga Emas – RM8
OKU – Percuma

Pelajar:
Dewasa – RM10
Kanak-kanak – RM7

Bukan Warganegara:
Dewasa – RM30
Kanak-kanak – RM20

Sarung Kasut: RM2

Senarai Harga Tiket Masuk Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Weekend – Hujung Minggu)

Naik Bot di Jeti Pak Awang River Cruise

Alamat: 52A, Jalan Losong Feri, Kampung Losong Dato Amar, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Telefon: 011-2091 9802

Waktu Perniagaan: Setiap hari 7:00 pagi – 7:00 petang


Ronda-ronda KTCC Mall

Dah alang-alang sampai Kuala Terengganu sempat juga kami meronda ke KTCC Mall yang terletak berhadapan dengan homestay kami. Sempat juga la Ummi belikan diorang baju dan seluar yang ada sales promotion hehehe.

Alamat: Lot 2-888, Level 2, KTCC Mall, Jalan Sultan Zainal Abidin, Muara Selatan, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu


Lunch Kenny Rogers, Aunty Annes, Zus Coffee

Dah dalam KTCC Mall, terus je lah lunch kat sini di Kenny Rogers Roasters, sambil tu sebab beli kudapan di Aunty Annes dan seperti biasa Iced Spanish Latte di Zus Coffee untuk dibawa bekal masa nak bersantai di tepi Pantau Batu Burok, Kuala Terengganu.

Ambil Angin di Pantai Batu Burok

Petang tu kami menghabiskan masa menikmati angin laut di Pantai Baru Burok. Ramai juga pengunjung yang datang, memang meriah. Banyak gerai-gerai jualan di tepi pantai. Awal-awal Ummi dah remind anak-anak, kita ke sini bukan untuk mandi-manda. Just main-main sambil lepak-lepak je sebab tak digalakkan untuk mandi-mandi di sini. Lepas bersantai kami balik semula ke homestay, bersiap-siap malamnya nak dinner dengan sahabat istimewa Geng Cleft Lip & Palate dari Terengganu.

Alamat: Pantai Batu Burok, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu.

Dinner di KST Ikan Bakar Kuala Ibai

Lepas maghrib kami sampai ke sini. Boleh tahan ramai pelanggan ya. Menu pun banyak dan meriah, macam-macam ada dan sedap. Alhamdulillah dapat juga bertemu dengan geng Kuala Terengganu yang selama ni berbhubung hanya dengan whatsapp. Kalau korang yang ada anak cleft lip and palate dan nak buat operation, boleh la belikan anak Splint Guard memudahkan urusan masa proses recovery. Ehmelalut pulak cerita. Ok korang boleh try menu2 kat sini tau.

Alamat: Lot 1228, Jln Sekolah pusat, Taman Midah, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Telefon: 010-810 9950

Waktu Perniagaan: Setiap hari 3:45 petang – 12:00 pagi

Day 3

Breakfast di Gerai Makan Cik Ku

Last day rugi tak cuba Nasi Dagang pure dari Terengganu. Nak ke Nasi Dagang Atas Tol bimbang ramai orang, jadi kami cuba kat sini je. Boleh tahan sedap. Masa ni main terjah je kedai ni tak ada dalam list pun. Ummi cari alamat semula macam tak jumpa pulak. Nanti kalau dah jumpa Ummi share.

Shopping di Pasar Kedai Payang

Tak sah la kan kalau tak menjengah ke Kedai Pasar Payang ni kan cari ole-ole untuk dibawa pulang ke Johor. Sempat la ronda beli keropok dan baju kat sini hehehe. Kalau ikut nafsu membeli boleh jadi tak balik tau hehehe.

Alamat: Jalan Sultan Zainal Abidin, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Perniagaan: Setiap hari 7:30 pagi – 6:00 petang

Shopping Keropok Lekor di Keropok Kak Tie

Last pit stop sebelum masuk highway, singgah ke Keropok Kak Tie beli keropok lekor untuk orang Johor hehehe. Beli juga yang dah goreng panas-panas makan dalam kereta. Sedap keropok lekornya.

Alamat: Jalan Hiliran, Kampung Hiliran, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Perniagaan: Sabtu – Khamis (8.30pagi – 6.30 petang)
Jumaat (Tutup)

Telefon: 017-960 9172

Lunch di Makey Palace, Kuantan

Singgah juga sebentar mengisi perut kat sini, kiranya late lunch la tu kan. Betul-betul late dah masa sampai ni hehehe. Sebab kami lalu Segamat, singgah dulu le Kuantan kejap. Makanan pun tak banyak masa ni.

Alamat: NO 38 & 40, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang

Telefon: 012-977 5501

Waktu Perniagaan: 
Isnin – 9:00 pagi – 6:00 petang
Selasa – Ahad 9:00 pagi – 10:00 malam

Bertolak Balik Ke Johor

Siap je makan kami bertolak balik ke Johor dengan selamat. Alhamdulillah. Overall, sangat best bercuti di Kuala Terengganu. Tak puas sebenarnya, banyak lagi tempat tak sempat explore. Insha Allah kalau ada rezeki boleh cuti ke sana lagi.

Wordless Wednesday – Pantai Batu Burok Kuala Terengganu

Untuk info lanjut mengenai Terengganu korang boleh jengah website Tourism Terengganu.

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *