The Ihams at Ben’s Independent Grocer (B.I.G) Mall of Medini | Assalamu’alaikum. Cerita minggu lepas, hari nak celebrate anniversary Ummi dan Babah. Sempat juga kami singgah survey-survey di Ben’s Independent Grocer (B.I.G) Mall of Medini. B.I.G ni baru je dibuka 3 Oktober 2019. Kami tak sempat nak datang event BIG BANG Mall of Medini. Jadi kami datang seminggu selepas event ekekeke.
Belum apa-apa diorang dah serang section ni hahaha.
Kahkahkah.. mengikut arahan dua-dua. Ummi suruh pakai topi tu diorang layankan je. Syamil dah macam pakai topi ali baba ke kasim baba hahaha.
Section ni banyak costume untuk halloween. Saja je Abang Ilham pakai topi halloween tu. Tak apa-apa niat ya.
Nampak tu deko halloween meriah maklumlah bulan Oktober kan. Ok sepatutnya nak start journey masuk B.I.G ni start dari kanan hahaha tapi kami start dari kiri.. Ahhhhh.. gasak.
Macam tempat-tempat lain B.I.G ni juga ada banyak section. Yang paling menjadi fokus utama Ummi adalah section makan hahaha. Senang nak lunch dengan Geng Jumaat ekeke. Jom baca antara section yang terdapat di Ben’s Independent Grocer (B.I.G) Mall of Medini:
- Independent Coffee
- Crumbs
- Nibbles
- Boozeit
- The Grocer’s Kitchen
- Sundae Fundae
- Makan-makan
- Big Sips
- Tex-Mex
- Ayam BIG
- Grocery
- Gourmet
- Barn Butchery
- Bay Seafood
- Malaya Kitchen
- Botanical
Sekiranya korang ada pertanyaan boleh lah rujuk B.I.G Help Desk.
Ok jom ronda-ronda.
Geram tengok fresh fruits.
Grocery area.
While mommies busy shopping, let’s the kids have fun at the play area. Dah tinggal anak duk play area, jangan sampai khayal terlupa terus balik ok hehehe.
Kat bawah ni favourite spot. Makan-makan area. Wowwww.. banyak juga pilihan hehe. Kami tak shopping mahu pun makan kat sini pun.
Kemain excited mamat tu jengah-jengah jajan at Nibbles section. Lepas dah ronda-ronda belek-belek barang kami keluar dari B.I.G. Kalau lama-lama takut Ummi TERbeli hahaha. Memang geram je tengok banyak produk-produk yang high quality.
Berbalik pada section halloween tadi, Ummi geram sangat tengok labu ni. Kus semangat besar gila.
Sekali belek amekawwww sebiji RM1,099.90 hahaha. Ada eh orang nak beli? Of course la ada bagi yang meyambut Halloween Day kan hehehe. Oklah nanti Ummi update entri JJCM bersama Geng Jumaat di Ben’s Independent Grocer (B.I.G). Stay tuned!
BEN’S INDEPENDENT GROCER, MALL OF MEDINI
Facebook: https://www.facebook.com/bensindependentgrocer/
Opening Hours: 8.30am – 10.00pm
Email: contactus@big.com.my