Travelog Muar | Lunch di Restoran Kari Kambing 40 Hari

Travelog Muar | Lunch di Restoran Kari Kambing 40 Hari

Travelog Muar | Lunch di Restoran Kari Kambing 40 Hari – Assalamu’alaikum. Ummi nak sambung cerita kami berjalan-jalan ke Muar. Alkisahnya macam dalam entri yang lepas tu. Ini semua last minutes plan. Oleh kerana keboringan cuti panjang, jadi berdezup Ummi Babah memikirkan destinasi yang sesuai untuk kami anak beranak. Pernah tak baca entri Projek Eksplorasi Johor Bersama The Ilhams? Ok kira ni kesinambungannya sempena Tahun Melawat Johor 2020 (Visit Johor 2020).

Kami bertolak dari Gelang Patah selepas Zohor. Oleh kerana lalu highway jadi apalah kiranya kami menyinggah lunch di Restoran Kari Kambing 40 Hari walaupun belum masuk kawasan Muar lagi hehehe. Kata orang alang-alang lalu biar singgah hahaha. Pepatah buatan Ummi sendiri. Ummi dah kecil besar je hati takut tak sempat sampai. Dah lapar uii hijau muka kang. Kalau dah rezeki tak kemana hehe. Alhamdulillah sempat sampai sebelum tutup haha. Dah hujung-hujung waktu perniagaan pun orang masih ramai. Kalau tengokkan orang yang ramai tu rasa macam nak cancel makan kat sini. Tapi nasi arab tu melambai-lambai. Mana mungkin di cancel hehe.

Babah tengah beratur panjang. Ummi dan tiga hero duk chup meja hehe. Ehh kakak depan tu ingat Ummi nak snap gambar dia ke? Marah no muka hahaha.

Ewahhh Syahid tengok awek ke tu dik? Ummi ajak wefie pun tak layan.

Babah beratur tak lah lama mana. Rezeki laju je dapat turn sebab KK40 ni sistem giliran dia teratur. Diorang akan utamakan pelanggan yang dine-in. Fuhhh mantap sedulang terus makan empat beranak.

Nah close -up bagi kecur sikit hehehe. Babah ambil Nasi Arab + Kari Kambing / Ayam. Perghhhh mantap uols. Pelanggan KK40 ni bukan sahaja rakyat Johor tau. Orang luar Johor pun datang sini semata-mata nak cuba menu yang sedap ni. Memang kagum tengok rezeki KK40 ni. So korang yang berkunjung ke Johor jangan lupa singgah sini ok.

Alhamdulillah lepas siap makan, kami meneruskan perjalanan ke Muar. Sambung next entrinya.

HARGA NASI ARAB RESTORAN KARI KAMBING 40 HARI

Set 1 pinggan
Nasi Arab + Kari Kambing / Ayam
RM 12/pinggan

atau

Set  1 Dulang
Nasi Arab + Kari Kambing / Ayam
RM 45 / dulang
FREE 1 jug air

RESTORAN KARI KAMBING 40 HARI

Waktu Perniagaan:
7.30 pagi – 3.30 petang

Alamat:
215 Kg Hj Ghafar , Bt 5 1/2, Jln Yong Peng, Batu Pahat , Johor

No. Telefon: 019-627 2243

tepi highway PLUS area Ayer Hitam – Yong Peng
(exit tol Ayer Hitam atau Yong Peng Selatan)

Facebook: Restoran Kari Kambing 40 Hari

Boleh baca entri berkaitan Travelog Muar:

Travelog Muar – Itinerary (2 Hari 1 Malam)

137 total views, 3 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!