Travelog Muar – Itinerary Percutian 2 Hari 1 Malam Ke Muar

Travelog
Travelog Muar - Itinerary Percutian 2 Hari 1 Malam Ke Muar

Travelog Muar – Itinerary Percutian 2 Hari 1 Malam Ke Muar | Assalamu’alaikum. Cerita last minutes plan kami anak beranak. Ya.. memang unplanned trip but turns out it was a great journey. Happy us!

Mesti orang baca, eh beriya je Ummi itinerary bagai. Jalan-jalan Muar jek kot. Haluuuuu ni mak-mak beranak kecil eventhough it was unplanned at all, Ummi kena tangkas menyusun itinerary supaya tak kelaut plan yang last minutes tu.

✅ Bertolak ke Ayer Hitam
✅ Lunch di Restoran Kari Kambing 40 Hari
✅ Sambung perjalanan ke Muar
✅ Check in Desa Keroma Eco Resort, Parit Keroma, Muar
✅ Mandi-manda swimming pool
✅ Dinner di Medan Ikan Bakar Sabak Awor – Gerai No. 8 Wak Jos
✅ Ronda-ronda Taman Tanjung Emas
✅ Balik ke resort

✅ Breakfast at Restoran OGS, Pusat Perniagaan Sulaiman
✅ Jalan-jalan ke Don Hu Jurassic Garden Muar
✅ Balik ke resort – mandi manda swimming pool
✅ Check out Desa Keroma Eco Resort
✅ Singgah Rumah Pak Long – Jln. Abd Rahman, Parit Perupok
✅ Lunch di Ude JJ Asam Pedas Jalan Jonid
✅ Sejukkan tekak Cendol Kg. Hulu Muar, Jalan Sisi, Muar
✅ Singgah Rumah Idah – Taman Azalea
✅ Bertolak balik ke Gelang Patah – Home Sweet Home

Gambar-gambar kat bawah ni serba ringkas. Ummi post dulu sebab nak tunggu full entry for every location macam 5 tahun lagi baru siap kahkahkah.

Travelog Muar - Itinerary Percutian 2 Hari 1 Malam Ke Muar

Kami bertolak dari Gelang Patah lebih kurang jam 1 lebih. Semua express! Buat resort reservation, kemas beg ekspres rakyat gitu hahaha. As per plan, kami lunch di Restoran Kari Kambing 40 Hari. Macam biasalah kat sini banjir dengan manusia. Menu sedap haruslah ramai orang datang kan. Lagi-lagi long weekend. Dah macam ada kenduri kahwin. Then, kami meneruskan perjalanan ke Muar melalui highway. Ikutkan mula-mula Babah nak lalu jalan dalam je dari Batu Pahat, tapi dah lambat gerak better berdezup masuk highway je kan.

Travelog Muar - Itinerary Percutian 2 Hari 1 Malam Ke Muar

Lebih kurang jam 4.30pm kami sampai di Desa Keroma Eco Resort, Parit Keroma Muar. Lokasi ni atas suggestion cousin Ummi yang duduk Muar. So far so good. Puas hati stay sini. Memang mendamaikan hehe. Sesuai kalau nak buat gathering, family day or any other event. Nanti Ummi buat full review.

Travelog Muar - Itinerary Percutian 2 Hari 1 Malam Ke Muar

Aktiviti petang, mula asal nak ke Don Hu Jurassic Garden dan ronda Tanjung Emas. Tapi macam suntuk sangat masa maklumlah kami bertolak agak lewat. Babah kata petang kita spend time mandi-manda je. Ok agreed! So berrendamlah dia tiga beranak dan kemudiannya cousin Ummi, Mai datang sefamily join berendam hehe. Memang masa tu tak ada orang lain, jadi kami conquer the pool hahaha.

Travelog Muar - Itinerary Percutian 2 Hari 1 Malam Ke Muar

Lepas maghrib kami ke Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Pertama kali ke sini walau dah dengar banyak kali kawan dan family sebut. As suggested by some of them, kami pilih Gerai No. 8 Wak Jos. Orang ramai gila.. full house ok. Nasib ada meja kosong. Sedap tak makan kat sini? Of course sedap! Boleh datang lagi hehe.

Lepas dinner, kami meronda sekejap ke Taman Tanjung Emas. Ummi dan abang-abang je turun. Babah dan Adik Syahid stay dalam kereta sebab prince charming sorang tu dah ketiduran. Kat sini pun ramai gila orang. Well, weekend kan semua spend time bersama family. Setelah semput melayan budak dua ketul tu kami terus balik semula ke resort. Esok nak bangun awal nak JJCM sarapan hehehe.

Mai bawa kami bersarapan di Restoran OGS yang terletak di Pusat Perniagaan Sulaiman. Sebelum ni kami pernah bersarapan di R&H Cafe (Sate Maharani). Kali ni tukar lokasi. Overall semua makanan di Restoran OGS ni sedap belaka. Serius weh. Tunggu next entry. Satay tu sedap amat. Tak Muo la kan kalau tak breakfast satay hehe.

Lepas sarapan kami terus ke Don Hu Jurassic Garden bersama tambahan dua orang hero lagi Hayyan Aisy dan Amsyar Aisy. Masuk adalah PERCUMA. Kalau nak naik keretapi atau scambler car barulah beli tiket di kaunter. Bebudak ni suka la ada banyak dinosaur outdoor and indoor. Ummi dan Babah pun tumpang sekaki naik keretapi hahaha. Then, terus balik semula ke resort, repeat mandi-manda swimming pool sambil kemas-kemas untuk check out.

Seterusnya kami menyinggah ke rumah Pak Long. Pak Long ni Tok Ayah punya abang sulong. Biasa kami ke sini bila raya atau ada majlis kenduri je. Jadi bila dah ada plan nak JJCM ke Muo, haruslah singgah jengah Pak Long dan Mak Long. Lepas berbual-bual, kami meneruskan JJCM bersama Mai and the heroes hehe.

Lunch kami di Ude JJ Asam Pedas, Jalan Jonid. Banyak pilihan untuk menikmati asam pedas Muo. Tapi sudahnya kami ke sini. Not bad. Sedap asam pedasnya. Banyak pilihan ikan. Full review next entry. Dah kenyang makan nasi, kami meneruskan lagi JJCM seterusnya. Oleh kerana dah listkan jadi kena settelkan juga hehe. Kalau tak sure Ummi muncung haha.

Next, ke Jalan Sisi untuk menikmati Cendol Kampung Hulu Muar. Lokasinya di tengah bandar Muar. Kalau dari luar memang tak nampak. Dia tersorok celah-celah bangunan. Ada juga wall art sempat lah berposing. Selama ni ngidam tengok orang minum Cendol Kampung Hulu ok sekarang dah rasa sendiri. Memang padu rasa dia. Berhadapan dengan kawasan cendol ni ada Mango Float tapi tak terdaya nak sumbat dalam perut hehe. Maybe next trip kita try.

Last but not least, before balik ke Gelang Patah sempat juga singgah ke rumah BFF Ummi, Ibu Idah di Taman Azalea. Pertama kali sampai ke rumah beliau. Tak sempat nak lama-lama sebab driver dah keletihan. Ikutkan nak naik Muar River Cruise sebelum balik, tapi Babah dah penat hahaha. Next trip juga bakal jadi one of the activity nanti.

Alhamdulillah trip jalan-jalan ke Muar kami berlangsung seperti yang dirancang last minutes hehe. Kalau 3 atau 4 hari maybe banyak lagi tempat boleh JJCM sebab Muar banyak makanan sedap hahaha. Insha Allah panjang umur kita JJCM Muo lagi.. Pantai Leka Parit Jawa, Asam Pedas Parit Jawa, Mee Bandung banyak lagi tak sempat terjah. Insha Allah one fine day. Ok TQ korang sudi membaca celoteh Ummi. Sempena Visit Johor Year 2020, meh la korang ronda-ronda Muar. Sure korang puas hati hehe. Next month kami ronda-ronda JJCM Batu Pahat pula. Tahun ke sebelas kahwin dengan orang Batu Pahat baru nak meneroka BP hahaha.
Stay tuned! Babai!

Baca juga: Travelog Muar – Jalan-jalan ke Tanjung Emas

Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir

Loading

Related Posts

6 thoughts on “Travelog Muar – Itinerary Percutian 2 Hari 1 Malam Ke Muar

  1. Bagus ni, sebab orang Johor mestilah teroka Muar Johor kannn…dari Sis ko ni, Muar tak habis teroka, tapi habis hutan Sabah pi explore hahahaha

    1. kita mmg ada projek teroka johor dengan anak2 hehehe settlekan negeri sendiri dulu hehee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!