Jalan-jalan Cari Makan di Ateh Corner Taman Universiti

Jalan-jalan Cari Makan di Ateh Corner Taman Universiti

Jalan-jalan Cari Makan di Ateh Corner Taman Universiti | Lama gila tak ke sini, tempat makan favourite ni ui. Rasa maintain sedap macam biasa. Kebetulan nak ke Taman Universiti, singgah la terus makan kat sini. Sini jugalah tempat geng² Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu JB buat gathering dulu² tau. Port² melepak student UTM gak.

Jalan-jalan Cari Makan di Ateh Corner Taman Universiti

Menu Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Menu Ala Carte Ateh Corner

Sekarang dah ada menu breakfast, makan tengahari dan menu ala carte (goreng²an). Ada juga kuih-muih tradisional. Kalau korang nak order untuk event-event kenduri kendara di rumah pun boleh.

Sarapan Pagi – Bermula 6am (Pagi-pagi dah ada menu sarapan pagi contohnya Nasi Lemak Basmathi, Roti Bun Bakar, Aneka Minuman.

Makan Tengahari – 12pm (Nasi Ayam Penyet, Nasi Kukus Ayam Berempah, Nasi Ayam Thai etc)

Menu Ala Carte – Laksa Johor, Mee Bandung, Mee Rebus, Menu goreng-gorengan.

Menu Menarik “Must Try!”

Korang kena try kopi ais padu oiii. Serious tak tipu. Sebelum ni Ummi kan tak suka minum kopi, jadi Ummi memang tak pernah order Kopi Ais Ateh Corner ni. Sekali Ummi try ehhhhh sedap wehhhh.. padu gila! mentang-mentang dah pandai minum kopi ekekeke. Ais Chikong tu Babah punya, macam biasa Ais Chikong Ateh Corner memang meriah dengan bahan-bahannya, ada kurma merah, dried mata kucing, buah kabung, cincau, barli, gula kundur, biji selasih dan white fungus.

Lagi minuman favourite kami kat sini Cendol Durian, ABC dan Chocolate Ice Blended. Banyak lagi tau aneka minuman Ateh Corner ni, kalau nak minum semua mau kembung perut. Cendol durian tu, durian paste dia memang sedap!

Roti bun bakar pun sedap lain dari yang lain guna roti gandum. Biasa kita jumpa yang guna roti bun biasa tu kan. Haaaa Ateh Corner lain sikit.

Apa lagi yang kami makan? Haaaa tak kan lah tak nak makan Nasi Lemak Basmathi ni kan. Dah lama kot tak makan kat sini hehehe. Tuan empunya Nasi Lemak Basmathi Ayam Goreng ni tak lain tak bukan, Ilham Syamil. Nasi Lemak Basmathi Sambal Sotong ni Ilham Syahid yang punya, tapi lepas dia rasa ayam goreng Syamil dia terus suruh add on ayam goreng untuk dia juga. Nasi Lemak ni sambalnya kena main peranan penting, sambal nasi lemak Ateh Corner ni sedap, ayamg goreng pun crispy memang lah diorang laju makan.

Babah dan Ilham makan Mee Bandung, special kali ni ada telur ayam kampung separuh masak. Kuah sedap cukup rasa, daging pun meriah. Ummi pulak rindu Laksa Johor Ateh Corner. Orang Johor makan Laksa Johor mestilah pakai tangan hehehe. Auto kekok pakai sudu garfu.

Tak dilupakan Tauhu Goreng, Nasi Ayam Penyet dan Kuih Kaswi aduhaiiii terasa lalu ditekak. Tauhu Goreng tu, tauhunya crispy diluar lembut di dalam, kena dengan kuah rojak petis tu aduhaiiii meleleh air liur. Nasi Ayam Penyet pun sedap. Kami tak ada rezeki nak makan Kuih Koci Leleh, yang tinggal Kuih Kaswi je.

Kalau korang ke sini jangan lupa try juga Tauhu Bakar, Sotong Kangkung, Rojak Petis tau. Memang korang kena datang sendiri cuba sebab tekak kita berbeza. As for me, memang sedap sepeeti dulu. Semua menu ni available dari jam 6am -3pm. Request je insha Allah ada.

Kemudahan Yang Disediakan

Surau, tandas & parking lot yang luas untuk semua pelanggan yang berkunjung ke Ateh Corner.

Jalan-jalan Cari Makan di Ateh Corner Taman Universiti

Food Delivery Ateh Corner

Malas nak keluar rumah? Korang boleh order melalui aplikasi GrabFood, Foodpanda dan Misi. Lagi mudah kan, lapar order, tahu-tahu makanan sampai depan pintu rumah.

Ini dia Taukey Ateh Corner, kalau korang nampak bayang Kak Linda ni, korang tegur je tau. Dia peramah tamah dan bersedia menerima sebarang komen dari pelanggan untuk penambahbaikan service.

Lokasi Ateh Corner

ATEH CORNER

Alamat:

No. 4, Jalan Kebangsaan 29, Medan Selera MBIP, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor.

Waktu Operasi: 6am – 3pm

Facebook:
https://www.facebook.com/restoranatehcornerbaru

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *