Assalamualaikum..
Tajuk beraya di Sushi King tu macam dapat jemputan food review je kan hehe. Seperti yang dah dijanjikan.. eh tak ada lah janji sangat tapi masa last week before raya tu sajalah sebut minggu pertama naik kerja hari Jumaat nak makan sushi. Jaranglah kalau sorang plan lagi tiga orang geng tu tak setuju hehe. Sebab tu Ummi sayang Geng Jumaat aka Geng Makan Ummi ni. Oleh kerana Ummi pun ada plan nak ke AEON Mall Bukit Indah, maka Jumaat lepas berdezup kami sana.
Gambar atas ni kedudukan asal hehe. Lepas nampak ada meja kosong teruslah kami pi dah meja. Nak makan beradab katanya hahaha.
Hari tu si octopus ni kemain banyak lalu lalang. Ehhh rasa bahagia hati Ummi oi. Octopus kesukaan Ummi ada banyak stok hehehe. Apa lagi berpinggan-pinggan Ummi bedal Chuka Iidako. Lagi satu yang dah masuk list favourite Ummi Chuka Kurage. Huwaaaa sedap!
Oleh kerana bimbanh kelaparan dalam jam 3pm, Ummi mengambil keputusan untuk menambah satu lagi menu Tempura Udon. Set meal ni set mix and match, bergabung dengan pilihan menu Kak Leen tapi lupa Kak Leen makan apa hehe. Lepas makan kami bergegas ke lokasi yang dituju hehehehe.
Itulah cerita Jumaat lepas, minggu pertama mula kerja. Minggu yang baru je lepas ni Ummi half day jadi tak keluar makan dengan Geng Jumaat. Ehh.. korang jangan lupa ya save the date.. untuk ber”Bonanza RM3 Sushi King“. Kalau nak ajak Ummi sila book date 9 July 2018 ok! hehe.
p/s Ehhh.. ini schedule entry.. mood nak update datang tadi ekekeke..
Amni tak pernah makan sushi king sebab tak reti nak order hahaha
Mohon buat artikel satu mcm ne nak order makanan dkt sushi kinh ni.
Teringin tapi tak reti hahaha
hehehe kalau tak reti order cekut je sushi yang berjalan kat tepi tu..hehehe
Tiba-tiba harini macam nak makan Shusgi King laaaa…
hamboii kemain awak..
bonanza sushi king tu pulak hari bekerja…jauh pulak nak pegi..kena pegi hari cuti jelah nampaknya…
gi la lepas balik keje..
Salam Aidilfitri Hernee..
Sushi King my all time favorite.. Setiap minggu mesti ada menu lunch di Sushi King dengan #ganglunch.. Sedap nyerrrr…
kalo dekat opis blh geng makan dengan LZ hehehe
tulah bila ada bonanza tu mesti full
hehehe konfem..jarang tak full..semua orang nak makan time waktu murah..