Syamil 3rd Birthday Celebration at The Cave Grill & Cafe

Syamil 3rd Birthday Celebration at The Cave Grill & Cafe

Hari Ahad lepas 28 Jan, kami celebrate birthday Syamil empat beranak je. Plannya nak makan kat EIS Seafood Special, Kebun Teh tempat Mamacu makan. Sekali sampai sana tutup daaaaa. Pusing punya pusing, akhirnya kami ke The Cave Perling Mall.

Nampak tak betapa happynya birthday boy tu hehehe.

Ummi beli 2 slices of chocolate indulgence cake je bersama 3 batang lilin sempena hari lahir ke 3 tahun. Jadilah itu pun Ummi dengan Babah yang bedal keknya. Nak tiup kek berebut la si birthday boy dengan kekanda dia yang sorang tu. Grrrrrr. Kekanda dia tu pepandai je jemput kekawan datang rumah, dia kata Ummi buat birthday party Syamil. Aduhaiii nasib baik kekawan tak datang, bukan ada majlis pun. Cissss.

Ummi dan Babah order ice lemon tea, Abang Ilham sky juice dan Syamil minum air masak bekalan kami je.

French fries untuk The Ilhams.

Ummi orderkan diorang berdua Jurassic Grilled Chicken with rice and black peppercorn sauce berharga RM16. Ayam dan salad nya memang sedap.

Ummi dan Babah kongsi Mixed Grill ni berharga RM40. Memang besar portionnya. Semput nyawa nak habiskan. Memang puas hati la selain rasa yang sedap. Isinya pun meriah. First time makan kat sini jadi blur-blur nak pilih menu. Nasiblah dapat menu yang sedap. Kenyang perut suka hati hehe.

Ok, itu saja cerita birthday celebration Syamil. Jumaat ni kita potong birthday cake Babah pulak ya hehehe. Jomlah tolong Ummi fikir nak makan sedap kat mana.

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *