Hadiah Basikal Untuk Syamil

05/02/2018

Berhari-hari Babah fikir apa nak bagi hadiah dekat hero kecil sorang ni. Akhirnya semalam pukul 10.30 pagi Babah ajak kami ke Kip Mart Tampoi nak belikan Syamil basikal katanya. Tengok jam rasa macam tak sempat je nak sampai rumah semula jam 12.45pm. Tapi tetap bersiap juga. Takut Abang Ilham sampai rumah kami tak ada. Berdezup Babah drive ke Kip Mart.

wordswag_1517733112813.png

Rambang mata nak pilih basikal. Ummi la yang rambang mata. Budak sorang tu macam biasa tenang-tenang je.

Kekonon Ummi berkenan basikal yang ala-ala rupa scooter ni. Ye Ummi yang berkenan bukan birthday boy hahaha. Tapi malangnya kaki Syamil tak sampai hahaha dan bila Ummi tanya, diapun tak berkenan model ni kahkahkah. Mak awak syok sendiri. Ronda-ronda kedai lain.

Akhirnya patah balik kedai pertama, dan beli basikal ni hehehe. Syamil sejenis yang tak banyak cerita dan tak pernah meminta-minta. Nampak dia suka je basikal tu.

wordswag_1517724291424.png

Ok dah sampai rumah. Inilah rupa sebenar basikal hadiah hari jadi Syamil.

wordswag_1517724198058.png

Sempatlah posing kejap. Ehhhh kemain mata sampai ke atas hahaha.

Masih terkial-kial lagi. Sebenarnya dia dah cuba je naik basikal abang. Cuma memang kaki tu tak sampai lagi. Basikal ni ngam-ngam la jejak kakinya. Cuma masih kekok. Abang balik sekolah dia pula merasmikan basikal ni. Siap bebel nak juga basikal baru. Ewahhhhhhhh. Semalam petang belum apa-apa adik dah terbongkang naik basikal. Niat tu nak tolong tolak adik ke jalan, sekali dilepasnya nyaris la tak luka apa. Sabar je lah. Mak ko hijau kejap hehehe. Mudah-mudahan adik Syamil gembira dapat hadiah dari Babah dan Ummi ya. Ummi pula kena fikir apa hadiah nak bagi sempena birthday Babah ni hehe.

Share this nice post:

3 Comments

  • Nona

    05/02/2018 at 11:05 pm

    Bestnyaaaaaaaaa..dapat hadiah basikal baruuuuuuuu………….

    Syoklah main hari hari….

    Ok ummi, pikirrrr…pikir hadiah apa nak bagi tuuuu..hahahah~

  • kisahsidairy

    07/02/2018 at 8:15 am

    wah..dia dah ada basikal baru…Dak Naura basikal dah setahun,buat perhiasan je…Kalau dia naik,umi pulak yang nak kena tolak untuk dia…aptb

    1. Hernee Nazir

      12/02/2018 at 5:46 pm

      hahahaha ini basikal abang dah kokak nak bagi dia..jadi belikan la sebuah..

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: