5 Ruang Penting Dalam Hiasan Rumah

11/11/2017

Hai korang, hari ni Ummi nak cerita pasal “Hiasan Rumah”. Ummi memang dari sekolah dulu suka sangat bab-bab hiasan rumah ni. Sanggup minta mak duit nak beli majalah Anjung Seri semata-mata nak tengok dekorasi rumah dalam majalah tu tau. Sambil-sambil tengok tu Ummi berangan la kalau la suatu hari nanti Ummi dapat hias rumah secantik itu.

Sekarang bila dah ada rumah sendiri, Ummi cuba juga menghias tapi taklah terlalu berhias sangat. Ummi punya konsep deko tu simple dan mengikut kesesuaian bajet je dengan bertemakan warna hitam, putih dan merah. Siapa kata ada anak-anak kecil tak boleh berhias? Sebenarnya boleh je, yang penting kena sesuaikan barang hiasan kita tu supaya ianya tak membahayakan keselamatan anak-anak. Memang hakikatnya ada anak-anak kecil yang “sangat rajin mengemas” termasuklah anak-anak Ummi tu.

Di sini Ummi nak kongsikan pada korang, 5 Ruang Penting Dalam Hiasan Rumah:

balkoni
Credit pic: http://www.hazwanhairy.my/2017/07/deco-taman-mini-di-balconi-8-gambar.html
  1. Balkoni

    Bagi yang tinggal di kawasan apartment, kawasan balkoni ni adalah salah satu ruang yang boleh dijadikan ruang santai seisi keluarga sambil menikmati minum petang atau ruang untuk sembang kosong denga ahli keluarga. Untuk keselesaan bersama ahli keluarga ruang ini perlu dihias agar nampak lebih segar. Biasanya kawasan balkoni ni cantik kalau dihias dengan tanaman hijau. Sejuk mata memandang. Tapi terpulanglah pada pilihan tuan rumah dengan saiz ruang yang ada. Untuk yang tinggal di rumah teres, korang juga boleh hias satu sudut yang tidak mengganggu kenderaan korang yang sedang parking. Wujudkan taman mini agar ruang nampak segar dan kehijauan.

  2. ruang tamu
    Credit pic: https://www.modelrumahidaman.com/tata-ruang-tamu-minimalis-modern/

    Ruang Tamu

    Masuk saja ke dalam rumah, ruang paling utama menjadi tumpuan biasanya adalah ruang tamu. Pada Ummi ruang tamu ni memang memainkan peranan yang penting kerana di sinilah tempat sebuah keluarga berkumpul menghabiskan masa bersama dengan menonton televisyen dan sebagainya. Pemilihan warna dan tema dekorasi juga penting untuk mengembalikan mood tuan rumah selepas pulang dari kerja. Ada orang suka yang minimalis, ada orang suka yang elegan. Terpulanglah kepada tuan rumah untuk menghias rumah mereka seperti yang di inginkan mengikut bajet dan idea masing-masing.

    dapur
    Credit pic: https://sumbercenel.com/desain-dapur-minimalis/
  3. Dapur

    Ruangan dapur juga ada kepentingannya sendiri. Rumah dapur yang luas bolehlah dihias dengan kabinet dapur yang pelbagai pilihan. Bukanlah bermaksud ruang dapur kecil tak boleh dihias denga kabinet dapur. Boleh, cuma perlu pandai memilih agar ruang tak nampak semakin mengecil. Nak hias rumah pun kena ada ilmu hehehe. Ummi mengidamkan ruang dapur dengan tema hitam dan putih macam dalam gambar tu. Ini konsep minimalis, cantik kan? Simple je. Ruang dapur pun kena cantik tau untuk mendatangkan mood rajin memasak hehehe.

    bilik tidur
    Credit pic: http://designrumahterkini.blogspot.my/2014/11/hiasan-bilik-tidur-utama-nan-cantik.html
  4. Bilik Tidur

    Hiasan Rumah tak lengkap kalau tidak termasuk dengan hiasan bilik tidur. Bilik tidur antara yang terpenting kerana di sinilah tempat kita berehat setelah menghabiskan aktiviti seharian. Ummi suka berangan dapat hias bilik macam bilik hotel hahaha. Tapi belum mampu lagi nak menghias secantik itu. Pemilihan perabot seperti almari dan katil memain peranan dari segi gaya susunan agar bilik nampak lebih luas. Pencahayaan dalam bilik juga perlu dititikberatkan. Ada orang hias bilik tidur mereka dengan hiasan atau koleksi barang-barang kesayangan mereka. Ini memang salah satu idea menarik untuk diaplikasikan. Bagi anak-anak yang sudah tidur berasingan dengan ibu bapa, pemilihan hiasan dalam  bilik tidur juga penting. Biasanya bilik tidur anak-anak dihiasi dengan watak-watak kartun kegemaran mereka.

  5. bilik mandi
    Credit pic: http://www.aimisyahirah.com/2016/09/jatuh-bilik-air-mengapa-sering-terjadi.html

    Bilik Mandi

    Ruang terakhir yang penting dalam hiasan rumah adalah bilik mandi. Bilik mandi adalah tempat untuk kita membersihkan diri, melepaskan stress dan penat lelah seharian. Sebagai tempat untuk kita “memanjakan diri” ianya juga penting untuk dihias. Tak perlu hias secara “berat” cukup sekadar nampak bersih dan kemas lagi-lagi kalau ada tetamu yang berkunjung ke rumah kita. Memang menjadi idaman semua mempunyai bilik mandi yang cantik persis di hotel. Terpulang kepada tuan rumah bagaimana nak menampakkan ruang bilik mandi ni cantik dan selesa.

Rasanya panjang lebar dah Ummi membebel pasal “hiasan rumah” ni kan. Apa pun Ummi masih lagi belajar nak menghias rumah. Rumah kami biasa-biasa je, mendeko dengan bajet yang ada. Masih berusaha nak menghias rumah sedikit demi sedikit. Kalau boleh nak jadikan rumah tu macam tempat percutian paling menarik dalam dunia sampai tuan rumah sendiri tak nak keluar rumah hehehe.  Macam masuk dalam spa gitu, tenang, bersih, bau yang nyaman dan menyegarkan. Bukan impian Ummi sorang je macam tu kan? Korang yang baca ni pun mesti selalu berangan nak rumah cantik ibarat syurga dunia. Tak gitu? hehehe.

Share this nice post:

1 Comments

  • maszull

    13/11/2017 at 11:50 am

    asalamualaikum hernee…bestnya kalau dpt rumah yg dekonya impian kita sendiri…

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: