Selamat malam hehehe. Setelah ku peram lama gambar-gambar ini maka hujung minggu hari tu gigih naik kematu rasa duduk depan PC menyiapkan entri-entri tertunggak. Padankan muka siapa suruh tangguh lama-lama. Ini pun jenuh juga mengingatkan semula kejadian hahaha.
Kami ke sana berenam. Kami empat beranak dan Tok Ayah tiga beranak. Seawal yang tak berapa awal dalam jam 7.30am kami bertolak ke Senai. Naik satu kereta je sebab parking terus di Senai Airport. Flight kami ke Bandung jam 11.40am. Dalam perjalanan tu berdebar-debar juga jantung Ummi ni ha. Almaklumlah ini pengalaman pertama nak bawa anak-anak naik kapal terbang. Macam-macam yang difikirkan hehe.
Sampai Senair Airport kami check in dulu dan terus isi perut di Old Town White Coffee. Masing-masing dah kebuluran memang tak sempat sarapan di rumah pun. Ehhhh.. Uncle belakang tu tengok kamera rupanya kahkahkah.
Anak-anak Ummi kejakunan tengok kapal terbang mendarat hehe. Sabar ya kejap lagi kita masuk perut kapal terbang tu.
Adik excited juga walaupun tak tahu nak ke mana hehe.
Masing-masing dengan aktiviti sendiri untuk kill the times sambil menanti boarding time. Ilham tu sempatlah pow mainan dengan Tok Ayah.
Tengok tu ha. Sanggup berdiri tempat panas semata-mata nak skodeng kapal terbang. Mak Wee terselit kat tengah-tengah.
Sempatlah Ummi dan Babah posing berdua sambil diperhatikan dek Syamil tu ha. Itu sebelum kejadian nak ngempeng hehe.
Berkali-kali check passport cukup ke tak. Seram weh kot tercicir ke. Fuhhh.. satu hal kang. tak lepas keluar Malaysia ok lagi kan. Kalau dah tercicir kat Bandung nanti tak ke haru.
Lepas ngempeng selamat terus ketiduran si Syamil tu. Penting sesangat bawa baby carrier tu bila travel dengan anak kecil. Memang saya gunakan sepenuhnya. Oh masa ni dah nak start kena panggil dah. Get ready untuk masuk ke perut kapal terbang.
Inilah pengalaman pertama kami bersama Air Asia. Ilham memang saja saya tempatkan di seat sebelah tingkap untuk memudahkan dia melihat ke luar. Syamil of course lah berkepit dengan Ummi.
Tok Ayah, Nenek dan Mak Wee seat sebelah je tak jauh mana hehe.
Masa ni puas juga memujuk nak pakaikan baby seat belt tu. Lagi-lagilah kena attach dengan seat belt Ummi lagi dia tak selesa.
Flawless sangat muka Babah hoi. Masa ni bari dapat handphone baru hahaha. Lupa adjust front camera sampai tahap muka licin macam hari-hari bedal tomato ekeke.
Budak sorang ni tak pastilah dia gemuruh ke apa. Tapi memang dia buat gaya tak ada perasaan. Ummi yang beriya sakan suruh dia tengok keluar tingkap. Dia macam tengok dan hmmm dah. Sebab dia pernah cakap, kalau kapal terbang jatuh macamana. Agaknya dia cuak kot hahaha.
Senyum je Syamil walau tak redho kena ikat hehe. Nak pujuk dia masa tu, cubalah ngempengkan. Susah juga nak adjust kedudukan memandangkan Syamil pun berseat belt. Tapi itu small matter je. Jadi mak-mak ni otak kena ligat berfikir. Tak gitu hehe.
Bila kapal terbang semakin tinggi makin kuat debar jantung berdoa je dalam hati mudah-mudahan selamat sampai ke destinasi.
Syamil dengan muka yang boring hehe.
Memang masa book flight ticket tu memang tak ada order makanan pun. Rasa macam tak payah la bukan lama sangat pun hehe. Tapi bila dalam flight nampak pramugari jual rasa nak mencuba Pak Nasser’s Nasi Lemak ni. Hmmm.. not bad.
Yang ni nenek punya, Pak Nasser’s Nasi Dagang. Orang Ganu cari nasi dagang dalam flight hehehe. Overall ok lah boleh la tak lah sedap gila-gila hehe.
Sekejap-sekejap jengah keluar. Menikmati panorama alam ciptaan Allah. Bila berada di awangan ni rasa kerdil sangat.
Tengok awan berkepol-kepol rasa kecut hati. Hebat sungguh ciptaan Allah.
Bila dah nampak bayang-banyang kawasan penempatan dan dengar announcement kapal terbang dah nak mendarat makim kecut hati.
Memang terkumat-kamit mulut ni berdoa kapal terbang kami tu selamat mendarat. Alhamdulillah lebih kurang jam 1pm waktu Indonesia kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Husein Sastranegara, Bandung.
Cerita selanjutnya di entri akan datang ya. stay tuned.
laju tau baca,tapi syoklah dah dapat tengok negara jiran
hehehe tak puas berjalan..nak kena kumpul duit tabung lagi..
Pingback: Travelog Bandung | Natural Strawberry Land & Resto - herneenazir.com
Pingback: Travelog Bandung | Farmhouse Susu Lembang – HERNEENAZIR.COM
Pingback: Travelog Bandung | Singgah Di Hutan Pinus Cikole Lembang - herneenazir.com
Pingback: Travelog Bandung -Dinner & Birthday Celebration at The Stone Cafe Dago Bandung - herneenazir.com
Pingback: Travelog Bandung - Menikmati Nasi Padang Di Restoran Simpang Raya Bandung - herneenazir.com
Pingback: Travelog Bandung - Check In Di Aston Braga Hotel & Residence Bandung - herneenazir.com