Travelog Bandung – Menikmati Nasi Padang Di Restoran Simpang Raya Bandung

Travelog Bandung – Menikmati Nasi Padang Di Restoran Simpang Raya Bandung. Setelah melalui jalan perjalanan dari lapangan terbang akhirnya sampailah kami ke sini. Pok teh suggestkan kami makan Restoran Simpang Raya, Bandung.

 

 

 


Travelog Bandung - Menikmati Nasi Padang Di Restoran Simpang Raya Bandung

Restoran Simpang Raya, Istana Ayam Pop. Lupa nak tanya Dea Apa tu Istana Ayam Pop hahaha.

 


Travelog Bandung - Menikmati Nasi Padang Di Restoran Simpang Raya Bandung

Sebelum masuk ke restoran dah ada yang menjual di pintu utama. Tok Ayah kesian tak sampai hati dia beli buah salak satu bungkus. Penjual kat sini boleh tahan memaksa juga kita untuk beli jualan diorang. Kena hati-hati tau. Supir kami Dea pun pesan jaga-jaga dengan penjual sekitar Bandung ni. Sebelum ke sini pun Pok Teh memang dah pesan. 

Travelog Bandung - Menikmati Nasi Padang Di Restoran Simpang Raya Bandung

20161011_143012

Penuh meja dengan lauk pauk. Sila jangan sentuh kalau tak nak makan ya, nanti tetap akan dikira makan. Kitorang ajak sekali supir makan, tapi dia macam malu-malu pulak. Mungkin memang peraturan company ke macamana.

20161011_143054

20161011_143058

Babah tengah melayan Abang Ilham yang meragam.

20161011_143118

Sambal hijau, kari kepala ikan tu sedap. Eh terasa lalu kat tekak pulak hehehe. Tapi menurut kata Dea, yang masaknya bukan orang dari Padang, kebanyakannya orang Sunda.

Travelog Bandung – Menikmati Nasi Padang Di Restoran Simpang Raya Bandung

20161011_150850

Lepas makan terus menuju ke hotel, nak check in dan berehat sekejap sebelum meneruskan misi berjalan-jalan ke Kota Bandung. Adik steady je perut dah kenyang dah puas tidur.

20161011_150903

Patutlah meragam sebab dah kepenatan, sudahnya masuk kereta dia dah tertidur. Masa ni kami berempat je yang naik Avanza ni. Tok Ayah, Nenek dan Mak Wee join Pok Teh dan supirnya dengan kereta satu lagi.

20161011_151230

Sempat snap gambar butik comel ni. Banyak butik-butik, kedai-kedai comel sepanjang jalan tak dilupakan factory outlet.

20161011_152652

Kalau tengok la kat Bandung ni ramai sangat “polis trafik” tak bertauliah. Seram pun ada bila tengok dorang selamba kodok berdiri tengah-tengah jalan jaga lalu lintas. Jangan ingat free ya, setiap.kali nak parking dan nak melintas jalan supir akan bagi dorang tips. Inilah cara dorang mencari pendapatan.

20161011_153248

Bila melalui jalan-jalan di Kota Bandung ni Ummi perasan la pokok-pokoknya tu dibalut dengan kain berwarna-warni. saja tanya Dea apa maksudnya tu kan. Rupa-rupanya pokok tu petanda pokoknya milik kerajaan. Tak boleh sesuka hati ditebang atau diapa-apakan. Macam tu lah yang Dea ceritakan. 

Cerita check in bersambung lagi next entry ya. Stay tuned! 

Jom baca entri berkaitan Travelog Bandung..

TRAVELOG BANDUNG | PERSEDIAAN SEBELUM KE BANDUNG, INDONESIA

TRAVELOG BANDUNG | TRAVEL INTINERARY BANDUNG

TRAVELOG BANDUNG | HARI KEBERANGKATAN KE BANDUNG–11 OKTOBER 2016

TRAVELOG BANDUNG | KETIBAAN DI BANDUNG–11 OKTOBER 2016

Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *