Projek Naik Train | Stesen Kempas Baru – Kluang – Kempas Baru. Alhamdulillah projek train to kluang kami anak beranak berjalan lancar walaupun ada miscommunication sikit bab pembelian tiket hahaha. nanti saya ceritakan ye. overall kami sangat enjoy program acah2 travel ni. berjaya juga impian nak memperkenalkan anak2 dengan salah satu pengangkutan awam di dunia iaitu keretapi.
mula2 plan nak pergi 4 beranak je. lepas tu fikir2 apa kata offer family fiza dan aien. fiza mula2 ok, lepas macam ada hal kenduri. aien pun tak konfem. jadi tak apalah kami berempat je.
bagi ibu2 bapa2 yang beranak kecil seperti kami, sila letakkan tahap kesabaran anda sehingga langit ke tujuh. almaklumlah anak2 ni bila dah penat macam2 ragamnya. mak ayah pun dah penat boleh jadi tarzan dalam keretapi..hahaha.
Itinerary Train To Kluang (Kempas Baru – Kluang – Kempas Baru)
Date: 1 October 2016
Time: 1030hrs
Ticket:
Window – RM13 (one way)
Aisle – RM11 (one way)
ETA: 1200hrs
Destination:
1) Nasi Ayam Haji Ali
2) Gunung Lambak Water Theme Par (adult RM5 children RM3)
**cab RM12-15 (one way) ***cancelled***
3) Kluang Mall
4) Laman Kreatif
5) Kluang Rail Coffee
6) Waiting for train to Kempas Baru (ETD: 1800hrs)
Travel time: 1h 30mins
itinerary di atas ada revise sikit ikut keadaan semasa hehehe.
sebelum meneruskan perjalanan ke kempas, kami singgah sarapan dulu.
sarapan di warung JDT, taman nusantara.
lepas makan abang ilham nak minta mainan pula adoiyaiii.
singgah la kejap kedai rm2 hahaha. (jimat duit babah)
tahu le nak naik train, tak payah la beli mainan train abang ilham oi.
dah 9 lebih berdezup babah drive ke kempas.
yeay dah sampai.
ye sampai kempas je belum kluang lagi hehe.
budak ni of course lah melekap dengan ummi je kan.
muka sedih je sampai stesen kempas.
actually malam tu adik syamil tetiba demam.
pagi alhamdulillah kebah dah demamnya.
mommy fiza in action.. mengejar muaz yang tengah ligat berjalan hehehe.
bila tenung2 balik gambar ni memang lucu lah hahaha.
gaya ummi bagi 10 bintang ekekeke.
kakak zara yang excited.
abang imran.
abang ilham.. enjin belum panas hehe.
belum pun keretapi sampai dia dah minta babah belikan belon. hmmm.
kami 4 beranak bersama zara anak susuan saya dan abangnya imran.
sayangnya muaz tak ada dalam gambar. dia syok merayau. hehehe.
bersama mommy fiza.. stilllllll.. muaz tak ada hehe.
babah, daddy syahrul dan anak2.
snap sana snap sini.
sebenarnya ummi pun tak pernah keretapi KTM ni. ngeh3.
entah apalah tu yang direbutkan.
yeay dah ada bayang keretapi di situ.
sekali tergerak hati nak tanya fiza.. mana tiket kami 4 beranak.
fiza minta tiket pada syahrul, sekali syahrul keluarka tiket diorang 5 beranak je.
dia kata.. dia ingat saya dah beli tiket online. kuang3.
rasa terhenti kejap jantung. alamak macamana ni keretapi dah sampai.
kami 4 beranak tak ada tiket. aiyokkkkkkkkkkk.
abang ilham pula memang dah excited.
babah kata tak pe kita naik je dulu. nanti settle kat dalam train.
jom naik train.
walaupun berderau darah tak ada tiket sempat lagi snap tu hehe.
hoiii tiket tak ada ni hoiiii.
masuk dalam gerabak, babah terus jumpa kakitangan KTM.
discuss2 diorang kata kena denda hahaha.
dan boleh beli tiket on the spot.
fuhhhh alhamdulillah. baru lega hati.
thanks staff KTMB.
kalau tak mastermind projek naik train tak dapat naik train kahkahkah.
memang miscommunication.
plan asal memang saya nak beli tiket online sekali beli dengan family fiza.
sekali fiza pula tertinggal mykid anak2 so tak dapat bagi nombor mykid on the spot.
so saya cancel beli online dan fiza minta husband dia syahrul belikan tiket di kaunter a day before.
syahrul beli.. tapi rupanya dia beli tiket diorang je hahahaha. tak belikan kami.
tak apalah pengalaman.. asam garam kehidupan hehehe.
kitakan nak enjoy2.
nah, ni muaz sebaya syamil. masuk train terus kehausan hehehe.
syamil muka monyok je dik.
dalam perjalanan tu terjumpa la gerbak bawa simen terbalik tepi landasan keretapi.
seram kejap hehehehe. tak tahu la bila kemalangan tu berlaku.
ummi macam biasalah snap gambar non stop hahaha.
entah kebun siapalah yang terkena landasan keretapi ni ek. hehehe.
budak kecil ni ngade2 nak duduk dengan babah.
ni ha lepas kena cepuk dengan imran terus nangis tersedu sedan hahaha.
alahai manisnya kakak zara ni.
sekejap je insaf lepas tu dia buat keretapi ni macam rumah dia.
oleh kerana takut terlepas stesen keretapi kluang, maka ummi cepat2 get ready.
up adik dalam SSC.. makin nyenyak adik tidur.
antara stesen yang kami lalui.. kulai – layang2 – renggam – kluang
bukan main awal lagi kami standby hahaha.
saja sebab nak elak anak2 yang masing high pitch.
yeay! alhamdulillah lebih kurang jam 12pm kami sampai stesen keretapi kluang.
turun je keretapi ilham dah melobi babah nak beli bukulah apalah. aduhaiii.
babah siap2 beli tiket balik untuk kami 4 beranak.
tak nak naik keretapi tanpa tiket lagi hahahaha.
ada adegan berebut belon antara ilham dan imran.
mata ummi dah blink2 nampak kluang rail coffee tu.
tapi sayang kluang rail coffee closed buat sementara waktu.
terus tengok sign board business hours.
ohhhh 2.30pm nanti diorang buka semula sampai jam 6pm.
ok masih ada peluang nak mencuba menu di sini.
kami terus ambil dua teksi dan menuju ke nasi ayam haji ali.
sekejap jek sampai.. driver tejsi caj rm10.
sambil menanti menu pilihan kami.. nasi ayam madu.
ambil menu yang sama semua hahaha.
dalam kepala membayangkan nasi ayam madu tu ayamnya mesti kehitaman.
sekali sampai ehhhh.. ni ke nasi ayam madu? macam tak madu je. hehehe.
rm6.30 sepinggan. pada saya nasi ayam haji ali ni biasa2 je kot.
sedap lagi nasi ayam R&R gelang patah hehehe.
abang ilham sorang je nak mee goreng. mee goreng boleh tahan sedap. harga tak ingat.
masa ummi makan adik syok tidur.
dia bangun barulah dapat isi perut ye dik.
ini antara menu nasi2 ayam yang lain.
lepas makan, kami nak ke kluang mall menghabiskan masa sementara nak tunggu keretapi petang.
maka berjalan kakilah kami beramai2 ke kluang mall dengan cuaca yang panas berdenting hehehe.
babywearing sangat membantu projek naik train acah2 travel ni.
adik steady jek back carry hehehe.
bila ummi tanya.. “adik ok?” dengan suara manja dia jawab.. “ok”
kluang mall kami datang! hehehe.
ikut plan asal nak ke gunung lambak water theme park.
tapi kami terpaksa batalkan sebab dapat info dari reader blog saya penduduk kluang, yang kawasan gunung lambak ditutup kepada pengunjung untuk memudahkan urusan pencarian pendaki yang hilang.
ok no hal. memang tak excited sangat pun ke sana. kalau pergi pun memang tak plan nak mandi manda.
thanks for the info ye angah anil.
masuk ke dalam kluang mall, anak2 terus tuju ke kids fun zone.
tercengang adik tengok abang2 kakak main kereta dan motor.
kakak zara dengan skooter pink.
abang ilham dengan superbike dan abang imran drive kereta hehe.
lepas tu ronda2 sambil cari surau.
kami bergilir ke surau. sambil jaga anak2 lepak depan lift.
apa gayalah budak sorang ni hahahaha.
lepas ronda2 kami pun plan nak ke Laman Kreatif pun atas suggestion angah. thanks again angah.
angah kata jalan kai pun boleh dari kluang mall.
tapi memandangkan cuaca panas, dengan anak2 lagi.
maka kami decide nak naik teksi je.
macam tadi juga, teksi haruslah dua buah kan.
yang depan tu family fiza, drivernya uncle kepada driver teksi kami ni.
bagitahu dia nak ke laman kreatif, yang ada lukisan kat dinding.
sekali uncle tu bawa kitorang ke kedai frame.. kahkahkah.
macam nak pengsan tahan gelak. aduyaiiiiiiiii.
abang ilham dah tak dapat tahan mengantuk, dah selamat terbongkang dalam teksi.
bila saya cari akt google map, rasa mcam eh uncle dah sesat ni hahaha.
passenger pula tunjuk jalan kat pemandu teksi. pengsan mak.
tak apalah kalau tak, tak pula kami berpusing bandar kluang kan.
kos teksi rm15 walaupun dia yang salah jalan. pasghah!
ok sampai dah Laman Kreatif, Kluang.
babah terpaksa pasghah dan redho serta menjadi cah2 sado mendukung abang ilham sepanjang melalui lorong2 laman kreatif ni.
nasiblah ada adik yang baik hati tolong snapkan gambar.
dapat nampak lukisan route ke gunung lambak pun jadilah hahaha.
imran je masih bertahan lagi.
ehhh babah sado tiru gaya safiq rahim lah hehehe.
imran nak belajar main teng teng.
nampak adik yang cool and steady tu. ummi loves u lah!
babah sado nak mendaki gunung lambak sambil dukung anak hahaha.
posing di payung warna warni yang cun.
masih sado lagi hehehe. nasib baiklah anak awak tu ringan je hehehe.
geng bas sekolah hehehe.
muafakat johor.
batman mendukung anak hahaha.
melintas lorong belah kiri. abang ilham muka tidur nyenyak syok kena dukung.
babah yang haru kahkahkah.
kami berjalan kaki menuju ke stesen keretapi.
babah sado jalan laju gila woihhhhh.
kami tertinggal beberapa tiang di belakang.
handal awak!
nampak tak betapa lajunya dia jalan. tak sabar nak sampai stesen haha.
ayat atas tu physco betul. jarak 325m tu semput jugalah sebab berbukit sambil back carry anak hehe.
hoyeahhhh sikit lagi. you can do it ummi!
yeay! sampai dah kluang rail coffee.
terpusing2 mencari babah. eh mana dia dua beranak ni.
rupanya dia dah dapat port baik punya hehehe.
nahhhh anak2 yang kepenatan.
muka penat ke garang ni? haha.
resit pertama sebelum top up makanan lain haha.
mee hoon kampung walau kecil secoet tapi rasa sedap amat.
nasi lemak dah habis stok tak dapat merasa. 90 sen sebungkus.
teh ais ummi. rm2.20 segelas.
teh o ais abang ilham.
kopi ais babah. rm2.30.
saja nak merasa sesedut walaupun ummi memang tak minum kopi.
ehhhhh sedapnya air kopi ais ni. serious jatuh cinta dengan kopi ais.
siap suruh babah order segelas lagi share ekeke.
next kita cuba roti butter kaya.
hajat hati nak roti 4 segi biasa tu sekali sampai roti bun.
bun pun bun lah janji sedap.
next kita cuba laksa johor.
sedap juga. walaupun pedas macam nak terbakar mulut.
tapi serious sedapppp. macam orang dulu2 punya masakan kata babah.
penuh meja dengan makanan haha.
posing dengan bff ummi. mommy fiza.
next, mee hoon soto,
kalau tengok rupa memang macam alaaaaahaaaiiii simple sesangat.
macam tak bermaya gitu rupa mee hoon sotonya.
tapi jangan pandang mee hoon soto sebelah mata hokkay.
sedap gila kot. again.. babah kata macam orang dulu yang masak hahaha.
Projek Naik Train | Stesen Kempas Baru – Kluang – Kempas Baru.
nampak tu khusyuk babah hirup kuah soto.
anak2 ni makan secoet. main je lebih.
next, telur separuh masak pula. kecur tengok syahrul.
so ummi order 2 biji share dengan babah hehe.
ni must buy.. buat ole2 bagi mommy ngah dan tok ayah.
untuk kami sebungkus dan belikan fiza sebungkus.
serbuk kopi uncang 20 sachets (15gm) rm12.50.
nampak tak ramainya orang. ni je dah penuh.
yang area luar tu lagi sepenuh2 manusia.
fuhhhh memang mantap menu2 kat sini patutlah ramai yang datang menjamu selera.
lepas makan kami habiskan masa menunggu train jam 6pm.
adik syamil dengan gaya peace satu malaysia dia hehe.
fefeeling datang berdua kejap hehe.
adik syamil dan kakak zara in action.
tiket balik.. RM11 aisle. kanak2 sehala.
rm13.. window.. dewasa sehala.
posing lagi dengan ummi.
mommy dah pasrah anak2 kepenatan macam2 ragamnya.
yang terduduk terbaring hahaha. kelakar bila ingat2 balik.
sabar je lah ye. nak bawa anak2 travel macam ni kena sabar yang amat.
orang keliling tengok semacam tu perkara biasa,
abaikan je. tak kan nak tambat anak2 pulak kan hehe.
Projek Naik Train | Stesen Kempas Baru – Kluang – Kempas Baru.
jam 6pm keretapi pun muncul. alhamdulillah.
jom balik.
abang ilham memberanikan diri untuk berkomunikasi dengan staff KTMB.
show me your tickets pleaseeeeeeee hehe.
si kecil tu sebelum mengempeng dan tertidur. lepak dulu dengan babah.
sekali adik dah duduk dengan ummi.. ummi toleh sebelah babah dah berlayar.
dua2 ni dah segar semula. ilham cakap nak ikut imran balik.
ehhh sekejapan adik dah bangun. macam tahu2 je dah nak sampai.
seteah melalui stesen renggam – layang2 – kulai kami pun sampailah semula di stesen kempas baru.
alhamdulillah selamat sampai lebih kurang dalam jam 7.30pm.
sebelum berpisah jom gambar lagi hehehe. muaz selalu tak ada dalam gambar.
last but not least, bergambar dengan anak2 ummi sayang.
ilham dah start muncung sebab nak ikut imran balik.
tak puas nak main sama2 walaupun main 5 minit gaduh 5 minit hehehe.
insha Allah ada masa kita jumpa lagi ye.
mission accomplished.
walaupun ada dugaan sikit2 Allah lancarkan projek naik train kami.
mudah2an anak2 dapatlah sikit sebanyak pendedahan.
badan penat tapi kami enjoy. esoknya nak balik senggarang pulak hehehe.
ok, that’s all cerita #traintokluang hehehe.
nanti boleh repeat lagi especially ke kluang rail coffee tu.
the best part is.. ummi dah kemaruk minum air kopi ais
sampai babah pun pelik ekekekeke.
ok babai.
p/s untuk anak2 ummi.. sila tabahkan hati bulan 9, 10 dan 11 ummi banyak program untuk uolls. jadi redho la kemana je ummi bawa. esok kita ke Southern Babywearing Festival 2016 insha Allah.
Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir
Hmmm! Menarik aktiviti macam ni. Bawa anak-anak travel kenal-kenal dunia. Saya dari dulu sampai sekarang plan tak menjadi. Cadang-cadang nak naik ETS ke Ipoh, dah 2-3 tahun dah cadangnya. Hhahahah! Anak-anak dah ok, maknya je yang tak sanggup.
Menu dekat restoran tu nampak mengancam. 🙂
hehehe.. saya pun plan lama dah.. akhirnya saya nekad je kebetulan suami off day on weekend.. kadang2 rancang beriya tak menjadi hehehe. try lah sure anak2 happy. menu tu memang sedap yang amat. hehehe
ASSALAAMUALAIKUM…..
Terbaaiikkkk lah kak….
saya dengan isteri dan anak,memang selalu pergi Kluang naik keretapi nie…lagi pun,kami duduk kat Taman Impian Emas,Skudai….jadi,tak lah jauh sangat nak ke stesen tuu…
lagi pun,anak kami yang sorang hero tuu,memang suka naik keretapi….
insyaALLAH,hari Jumaat nie,kami pergi lagi…tiket pun beli secara ONLINE aje…
bukan apa,senang nak cop tempat duduk dekat depan yang ada gambar OKU tuu…
lagi pun,memang kami selalu bawa stroler untuk kesana dan kemari…
nak dukung si manja kami,fuhhhh !!!!!!!! 10hb nie,genap umurnya 4 tahun tapi kalau orang nengok,
dah macam umur 6-7 tahun badannya…tinggi,besar pulak tuu (ikut belah orang rumah….
kalau ikut belah saya,paham-paham ajelah…..hehehehehee)
Tak ada cerita-cerita atau gambar-gambar menarik lagi kak ??
kalau ada,boleh kongsikan…seronok saya tengok
apapun,semoga akak sekeluarga berada dalam keadaan yang bahagia dunia dan akhirat….insyaALLAH
ASSALAAMUALAIKUM
wa’alaikumussalam baru terbaca komen ni.. fuhh sekaranfmg hero akak dah 3 tak tahu lah mampu ke idok nak buat projek naik train gi kluang lagi hahaha.. ari tu gi naik keta jek hahaha
Pingback: Projek Jom Naik myBAS bersama The Ilham - herneenazir.com