kesinambungan dari episod yang lepas,
ummi tak sabar2 dah nak ajak abang ilham bercucuk tanam.
abang ilham pun excited yang amat siap bagitau cikgu dia nak tanam pokok dengan ummi.
sebenarnya niat nak bercucuk tanam ni makin membara kerana bebetulan ilham tengah belajar tajuk kebun sayur dan percambahan biji benih di sekolah.
bahan2 yang ummi siap2 sediakan macam gambar di atas:
– tanah 3 plastik
– pasu ummi guna botol mealshake dan ESP shaklee yang ummi kumpul di rumah. (recycle and reuse hehehe)
– pasu coklat tu pasu ummi simpan masa mami ngah beli aiskrim pasu hahaha. (jimat!)
– biji benih (tomato, leek, pak choi, matahari, dahlia) – RM2.50 sepeket
** pemilihan benih2 sayur tu berdasarkan sayur2 yang selalu dimasak di rumah. jadi bolehlah kami makan sayur2nya nanti. eceehhhh.
haaaaa.. ini dia buku sekolah abang ilham.
jadi dapatlah dia peluang untuk buat praktikal yeay!
ummi dia kan berangan nak buat part time homeschool.
jadi bercucuk tanam ni termasuklah aktiviti part time homeschooling ilham dan syamil.
balik je dari sekolah hari ahad tu, dia siap2 salin baju.
dan bermulalah projek petani moden kami.
pasu recycle.. botol2 mealshake dan ESP.
ummi lubangkan bahagian bawah untuk aliran air.
jadilah nak pakai pasu recycle.
insha Allah hidup pokok tu nanti.
proses mengalihkan tanah ke dalam pasu.
alahai mula2 macam geli2 nak pegang tanah.
”macam kotorlah ummi”
”alahhh tak kotor la ilham.. biasa la tu.. nanti boleh basuh tangan tu”
cessss manja sangat tak boleh kotor2.
anda akan jumpa gambar2 abang ilham dengan ekspresi muka yang macam2.
sila tabahkan hati ye hahaha.
ok pokok pertama, leek.
ini benihnya.
nampak tak muka dia hahaha.
jom tabur benih leek.
siap request nak tulis nama dia kat botol tu hehehe.
next pokok tomato.
sebenarnya dia bebel bila ummi asyik suruh posing dengan benih2 pokok hahaha.
anak benih pokok tomato.
jom tabur lagi.
adoiilah ilham memacam gaya muka tu.
next, pak choi.
biji benih pak choi.
suka hati dia tabur.
yang di nanti.. bunga matahari.
kan main tangan dia nak mencekut kuaci hahaha.
pokok bunga matahari la paling dia excited nak tanam.
macam yang ummi bagitau dalam entry lepas.
dia kata dia suka matahari. nanti senang dia nak tengok matahari.
kahkahkah. ilham ilham. ni bukan matahari yang di atas nun.
ini pokok sayang oiii.
next, pokok dahlia. dia juga yang pilih.
motif pemilihan pokok dahlia tak dapat dikenal pasti.
benih pokok dahlia.
ditaburnya sekelompok. pitam! hahaha
daun bawang ni ummi dah biar berendam dulu dalam mangkuk.
dia bebel cakap daun bawang ni tak payah tanam.
ummi cakap tak apalah nanti senang ummi nak buat sup adik.
yeay. daun bawang dah ada rumah baru.
houseplant.. pokok favourite ummi.
ummi panggil pokok keladi je sesuka hati bagi nama.
ini untuk letak hiasan atas peti sejuk.
pokok serai pun pindah pasu.
sebelum ni rendam dalam botol susu adik yang dah tak guna. hehehe.
ini pokok yang memang dah membesar.
beli di nursery tu. warna pokok mesti nak ada pink hahaha.
pokok ni dah sihat cuma nak maintain tumbesaran je.
harap2 tangan ummi tak menjahanamkan pokok2 ni.
alhamdulillah ketung ketang.. ketung ketang..
siap projek petani moden kami untuk ummi ilham’s mini garden.
beriya mini garden.. dalam pasu jek kot. hahaha.
depan rumah kami dah tak ada kawasan tanah lagi.
semuanya dah di simen jadi tanaman sepenuhnya dalam pasu.
ok abang ilham nak posing dengan pokok2 bunga dan sayurnya.
last but not least. dia memang ada macam2 gaya.
susah nak tengok muka tu betul2 sempurna bila bergambar haishhh,
siap suruh ummi tunjuk gambar2 dia tanam pokok dekat cikgu hehehe.
ok, doakan pokok2 abang ilham dan ummi membesar bagai johan ye.
nanti senanglah nak makan sayur petik je depan rumah hehehe.
impian menggunung ni harap2 dimakbulkan.
stay tuned for more updates on #ummiilhamsminigarden
Wah! Sekali tanam meriah macam-macam pokok. Saya baru bertatih nak tanam pokok-pokok sayur nih. Baru belajar tanam cara hidroponik.
Tapi memang aktiviti ni seronok buat dengan anak-anak. 🙂
hahaha.. samalah saya pun bertatih2 lagi.. saja layankan anak2 tambah aktiviti bersama.. nanti sahre ye hidroponik tu.. ummi ilham ni harap je dulu sekolah ambil sains pertanian.. tapi ilmu dah kelaut hahaha
Pingback: Mengembara ke Desaru Fruit Farm Kota Tinggi - herneenazir.com