Journey To Hong Kong & Zhuhai | Day 2 Part 2
sambung lagi episod seterusnya hehehe.
sampai ke hotel semula after inspection dalam lebih kurang jam 12pm.
masing2 tak sabar dan bersemangat nak jalan2 ke daerah Gongbei sambil nak bershopping sikit.
sementara berehat sekajap sambil kira2 duit.
kitorang ada duit hong kong dollar je. mr. ken kata tukar je chinese yuan dengan dia.
dia bagi 2 ribu yuan dan kami berbagi 3 orang.
guna je duit dia then baru kira nanti.
budak menjakun dapat duit hahaha.
balik bilik sekejap hantar apa yang patut. air2 tin ni haruslah ditinggalkan dlam bilik buat berat jek. air coke dan sprite dalam kenangan hahaha. kenapa dalam kenangan. hmmmm.. tunggu next entry.
sempat jengah keluar. fuhhhh panas berdenting. tapi tengoklah tu, ramai gila kot orang tepi pantai.
walaupun saya bukan puerti lilin, tapi tak sanggup rasa nak membakar diri kat tepi pantai hehehe.
pukul 12.15pm kami memulakan perjalanan ke Gongbei.
alah tak lama pun sekejap je masih dalam kawasan yang sama.
saja snap gambar rumah tu. teringat entry dari blog mana entah tunjuk rumah2 kat kawasan hong kong yang super kecil.
ok2 dah sampai Gongbei.
jom2 jalan2 cuci mata sambil snap sana sini gaya tourist hahaha.
kedai kiri dan kanan sepanjang jalan. sebelah kiri tu boleh tembus shopping mall pulak.
kedai sangattttttttttttlah banyak sampai tak tahu nak beli apa.
tapi barang2nya pun baju, kasut lah gitu yang kat malaysia pun boleh dapat.
jom jalan lagi.
eh terselfie lagi ngeh3.
kedai RMB2.50 hehehe. tak masuk pun. jengah dari luar je.
tak sangka mr. ken ni nak join kitorang bawak ronda keliling gong bei.
dia jalan bukan main laju lagi hoiii. semput mak nak kejar.
sampai terkeluar2 promoternya.
diorang kebanyakannya guna basikal elektrik.
tengah2 berjalan ni tup2 berdezup jek lalu tepi kita. nasib tak dilanggarnya.
masuk kedai souvenir tapi tak beli pun kat sini.
berderet2 gerai makan. bau masakannya adoiii fening kepala.
terselit kiosk mc donald di baris2 kedai.
pusing2 sini tak jumpa souvenir pun. senang cerita ada jumpa satu kedai tadi tu je.
untuk tak mengecewakan tourist guide akak mr. ken, saya belilah satu seluar untuk ilham. hehehe.
berkenan pulak tengok design seluar ni. harganya RMB50 mr. ken tawarkan dapatlah RMB45.
next kami menuju ke Zhuhai Port Plaza.
jalan kaki je. sepanjang jalan tu lalu lah banyak lagi kedai2.
sempat berposing.
panass yang amat. masa nak melintas ni ada sorang chinese man tegur saya. dia tanya dari mana. saya cakap dari malaysia. ohhh dia pun dari malaysia dah nak berangkat balik dah. peramah pulak apek ni. hehehe.
ehh sibuk kita nak snap. sibuk tangan dia masuk.
marilah kita berlenggang mak limah masuk ke Zhuhai Port Plaza. lokasinya di Yingbin S Rd, Xiangzhou.
ohhh menurut mr. ken ini adalah under ground shopping complex yang boleh tembus ke border Macau. wahh.
jom turun ke bawah.
jalan terus ke depan dah masuk ke Macau Immigration Hall.
memang banyak gila kedai. pening nak singgah mana. ala2 holiday plaza gitu. mr. ken pesan kalau nak bargain at lower price, make sure lepas tu kena beli. kalau setakat beriya bargain tapi tak beli. memang mintak kena maki hahaha.
singgah kedai kasut, capt. nazer berkenan denagn satu kasut ni.
tapi malang sekali saiz tak ada. hehehe.
promoter ada yang pandai cakap english ok la.
ada yang tak pandai langsung dan beriya cakap cina dengan kita yang tak faham ni.
pitam.
macam nak tercabut tumit berjalan. fuhhhh.
sempat snap jalanranya under ground.
dah puas pusing2 sampai tak larat. kami pun keluar tapi tak beli apa2 pun.
dapat penat campur dapat cuci mata je.
masa tengah berjalan ni, tetiba ada adegan kejar mengejar.
polis kejar budak2 pakai kemeja putih ramai2 tu.
dah macam dalam movie rasanya hahahaha.
nak juga mengepoh tapi apakan daya dorang tak faham.
cantik2 lah bangunan kat china ni.
design memang tip top.
driver sampai je, kami teruslah balik ke hotel semula.
kepenatan uolls dari pagi bawak ke pukul 2pm.
tambahan pulak puasa kan.
sampai hotel, ada perkhabaran yang tak berapa sedap di dengar.
mr.mukesh dan kawannya bakal berangkat balik ke singapore petang tu.
tapi dapat info yang ferry service dari zhuhai ke hong kong international airport dihentikan sehingga diberitahu.
semuanya berpunca dari typhoon yang menyerang taiwan.
discuss punya disscuss, akhirnya mr. ken cadangkan kami bertiga pun check out dari hotel ni.
sebab tak pasti lagi stormy weather ni bila akan ok.
jadinya kami akan bermalam semalaman di hong kong.
petang tu juga kami mesti ke hong kong by road.
nak kejarkan flight mr.mukesh dalam jam 8pm gitu.
dengan terkocoh kacahnya kami berkemas untuk check out.
nasib baiklah saya memang tak kumbah sangat barang2.
paling menyedihkan saya terpaksa mengorbankan 24oz ebm ni.
memang serius tak sempat nak prepare apa2.
sebab perancangan saya nak mencari bekas sebelum balik esok.
saya terpaksa buang ebm sambil mengalirkan air mata.
huhuhu sedih yang amat. maafkan ummi syamil.
siap2 kemas terus turun ke lobby mereka2 dah menanti untuk berangkat ke hong kong.
to be continued
jom baca!
Journey To Hong Kong & Zhuhai | Day 1 – Part 1
Journey To Hong Kong & Zhuhai | Day 1 – Part 2
Journey To Hong Kong & Zhuhai | Day 1 – Part 3
Journey To Hong Kong & Zhuhai | Day 2 – Part 1