hari ni nak share gambar2 new born portraiture muhammad ilham syamil.
walaupun babah dah share kat FB dia, ummi tetap nak share kat blog kesayangan.
babahnya part time photographer jadi anaknya harus redho jadi model sambilan babah ye 😉
untung awak berdua. dulu ummi dan babah tak ada merasa macam ni hehe.
lagi untung tak payah bayar. FOC sebab babah sendiri yang snap hehe.
Lokasi: Studio Rumah Manis Rumah, Desa Paya Mengkuang
Model: Muhammad Ilham Syamil
Photographer: Babah (Green Art Studio)
Assistant Photographer aka Tukang Handle Syamil: Ummi
Penonton Setia aka Pengacau: Abang Ilham Syahmi
Jom kita tengok budak yang jadi mangsa tu hehe.
untuk pose2 di atas masa belum cukup sebulan. memang senang sikit jugalah sebab banyak masa dia tidur dan terkena time2 dia tidur. yang part tercelik tu dia dah terjaga. kata babah banyak lagi yang dia tak puas hati tengok gambar2 ni. sepanjang photoshoot sempat jugalah babah kena kencing dengan adik syamil hahaha.
next session.
masa usia 2 bulan.
haa kali ni memang bukan time tidur dia. hancur plan babah haha. tong tu babah berusaha cari kat tesco ke mana entah. tong beras hehe. jenuh assistant photographer nak agah syamil. berguna juga ring sling ummi tu babah buat props kan. alhamdulillah syamil bagi kerjasama, bila panggil nama dia pandai je dia senyum meleret haaa sampai tenggelam lesung pipit tu. geram jek ummi tengok macam nak gigit2. kali ni syamil buat kuih pulak masa separuh badan masuk dalam tong beras. adoii bersepai dik awak yak hehe. sabar je lah budak conet ni kan.
next kita berphotoshoot 4 beranak pula ye.. 🙂
nah promote sikit bisnes kecil2an babah untuk tahun ke 6 alhamdulillah..
Menyediakan perkhidmatan fotografi untuk sebarang majlis dan acara seperti Pre-Wedding, Post Wedding, Wedding, Engangement, Party, Portraiture etc.
Contact us at: