projek kedua hari sabtu.
membuat “HOMEMADE PLAYDOUGH” untuk anak bujang.
tak perlu masak dan tak perlu cream of tartar. (yang sebenarnya tak sempat nak mencari :p)
lepas menguli donut, kita menguli DIY playdough pulak.
bahan2:
- Pewarna makanan (pesan babah belikan yang pewarna liquid, tapi tak ada, serbuk pun jadilah)
4 warna (kuning, merah, hijau, dan sepatutnya biru tapi tak ada dibelinya putih. pun bolehhh )
- 4 cawan tepung
- 1 1/2 cawan garam (keranamu ilham kering garam ummi kat dapur)
- 2 sudu minyak masak (saya pakai minyak masak biasa jek)
sediakan 4 mangkuk untuk 4 warna pilhan,
sebenarnya plan asal memang nak buat 4 warna asas merah, biru, hijau dan kuning.
tapi biru tak ada, jadi kena la adjust warna lain untuk satu lagi mangkuk tu,
bahagikan 1 cawan air ke dalam 4 mangkuk mengikut sukatan masing2.
adil dan saksama gitu hehehehe,
next,
warna pertama, warna kuning.
tuang serbuk pewarna kuning dengan sukatan 1 penutup ke dalam mangkuk pertama.
kacau sehingga serbuk pewarna larut dalam air.
ulangi langkah yang sama untuk 3 lagi warna.
warna kedua, merah mak ngah! 😉
warna ketiga, warna hijau.
opppssss tetiba baru perasan warna keempat lupa snap atau terdelete tak pasti.
tapi yang penting warna keempat adalah warna oren/ jingga.
nak buat warna putih saja macam tak menarik pula.
jadi saya campurkan warna merah dan kuning untuk menghasilkan warna oren.
taraaaaaaaaa.. siap dah 4 warna.
next,
masukkan 2 sudu minyak masak ke dalam setiap mangkuk.
campurkan tepung dan garam. gaul hingga sebati.
masukkan 1 cawan tepung ke dalam mangkuk berwarna merah.
gaulkan hingga sebati dan menjadi doh.
taburkan sedikit tepung di atas tikar sebelum menguli.
uli doh sehingga sebati dengan warna.
ecehhhhh.. dah siap dah satu doh berwarna merah mak ngah.
memang cantik warnanya terang,
next,
ulang step di atas untuk 3 lagi warna.
siap bola2 api warna kuning 🙂
next,
bola2 api warna hijau pun dah siap.
last but not least,
bola2 api warna oren.
yeay!
siap sudah “Homemade Playdough by Ummi Ilham” dibantu oleh Ilham Syahmi.
ada 4 warna menarik tertarik kau memang dabooommmm!!! 😉
baru palydough tu nak bersantai, budak kecil ni dah request nak main.
mainlah ilham, memang ummi buat untuk ilham pun.
oleh kerana penggelek tak ada.
maka ummi yang tak berapa nak kreatif ni ambil le botol air mineral babah buat penggelek.
ilham pun pasrah dan redho :p
haaaaa.. bersemangat abang isham nami ni,
ummi suruh posing, ni jek gaya dia buat.
gaya nak makan playdough hehehe.
dia dah standby acuan ABC. sampaikan acuan star bento pun diambilnya.
siap ABC dia.
suka bukan main lagi kan, excited benor.
alhamdulillah ilham suka.
untuk proses penyimpanan, saya letakkan dalam bekas yang saya beli di Daiso.
actually bekas bento ilham kebetulan ada 4 ruang berasingan, memang sesuailah kan.
garam dlaam playdough membantu ianya tahan lebih lama.
lama mana? bergantung pada penyimpanannya.
kelebihan “homemade playdough”:
- selamat tanpa bahan kimia, kalau anak termakan pun tak bahaya
- jimat duit tak payah beli playdough yang dijual tu
- bahan2 yang mudah dicari dengan langkah pembuatan yang mudah dan ringkas
- mengeratkan hubungan ibu dan anak yang sama2 membantu menyiapkan doh
- menguatkan tangan dan mengawal tangan dan jari anak2
- meningkatkan kemahiran motor halus bagi memudahkan anak2 menulis menggunakan ari kemari dan membuat kerja2 lain
- menggalakkan kreativiti dan imaginasi anak
- dan banyak lagi,,
apa2 pun sepanjang membuat playdough ni.. jangan lupa sediakan encik tisu,
lagi2 lah bila membuat dengan assistant kecil ni kan.
memang kesabaran tahap 7 hehehe.
ok itu saja kisah saya dan anak bujang membuat DIY playdough.
nampak gayanya memang kena buat lagi nanti.
sebab assistant suka banget, hehehe.
selamat mencuba ibu ayah!
Dah lama teringin nak buat homemade playdoh ni.. nanti boleh try la…
hehehe buat lah..muai kata orang tua..jimat..hehehe