Bakul Berisi Kurma

Malam semalam lepas je En. Nazir pergi kerja saya pun menggodeh kamera dia sambil2 tunggu Anna yang tak sampai2 lagi nak tidur kat rumah.

Mangsa keadaan adalah bakul berisi kurma ni hasil culikan semalam. Mana kurmanya??? Tu ha ada kat dalam bakul 3 bakul kecil dalam tu. Godeh punya godeh nasib baik tak jahanam harta En. Nazir ni hehehe. Kalau tuan dia ada nanti kena ejek sebab terlebih gaya nak ambil gambar tapi hasilnya ke Laut China Selatan ngeh2.
Ni je la yang saya mampu. Semangat pula rasanya nak menuntut ilmu yang satu ni hehehe.

Pakcik tu dah suruh buat perhiasan je bakul ni kat atas rak kasut. Sesuai juga kalau letak atas tu. Tak kisahlah boleh tambah2 deko raya hehehe. Oh ya, En. Nazir ada projek deko raya untuk rumah kami. Tapi bukan projek gempak mana pun. Saja hias sikit2. Nanti kalau dah siap saya tayang kat sini ya.

Ok lah, selamat malam dan selamat berhujung minggu 🙂

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!