Air Anggur Cap Double Lion.. Saya Suka!

Minggu lepas suruh En. Nazir belikan bes minuman berperisa anggur ni yang cap Double Lion. Nak Double Lion juga tak nak jenama lain. Jenama ni lah yang mak saya gunakan masa zaman kecil2 dulu. Lagi2 kalau nak buat air batu malaysia hehehe. Dari kecil memang suka sangat perasa anggur ni.
Inilah air anggur cap Double Lion tu. Dah 2 hari minum air ni untuk berbuka.

Saya suruh En. Nazir beli botol kecil je tapi dia beli botol besar. Tak apalah boleh guna lama sikit hehehe. Entah2 boleh sampai Raya nanti. Harga botol besar RM 4 ke RM4.80 macam tu la tak perasan sangat kat price tag tu.
Kalau yang belum pernah cuba apa2 perisa keluaran Double Lion bolehlah cari kat kedai2 runcit kawasan rumah anda. Biasanya makcik2 memang suka yang Double Lion ni. Oh tidak.. adakah saya dalam kategori makcik2??? hehehe. Ye la memang dah pangkat makcik pun.

Ok, hari ni tukar air lain pulaklah. Tapi belum ada idea ngeh2 🙂

©Hernee Nazir – Akhir2 ni saya hilang semangat nak bekerja la.. 🙁

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!