Lepas beberapa minit terus berubah aksi.
Lepas Mummynya, anaknya pulak buat hal. Haaaa~ hambik ko. Siap bergaduh dengan lagi dengan budak kecik ni. Bila dia sakit hati dia kata “Che’ Long, rumah Che’ Long tak cantik”. Huh~ bertuah punya budak “Ada Che’ Long kisah????” Ni mesti ketua jebeng ajar dia ni.
Ya saya mengaku tuan rumah lupa buat air. Tapi cuba tengok betapa tak malunya tetamu yang datang ni. Selamba badak dia terjah peti sejuk saya. Dasar loooo~ 😉 Nak minum air pun masih bergaduh 2 beranak. Berebut nak minum air “100 plus” dalam botol air kaler hijau tu. Isteri siapalah ni ek? En. Apek tolong ambil isteri awak ni lor.
Oleh kerana jebeng junior sangatlah buas semalam. Saya cuba nak mententeramkan kebuasan dia tu menyebabkan hidung dia tekena permata cincin saya. Haaa~ kan dah dapat upah. Habis hidung jebeng jr. jadi merah. Nasiblah kan.
Lepas dah puas mengarok kat rumah saya, dia orang pun balik. Sempat juga saya tumpang dia orang ke rumah mak. Malas nak drive. balik pulak Anna yang hantar. Itu je cerita malam tadi 🙂