Happy 8th Anniversary With WordPress!

21/08/2018

Assalamualaikum..

Alhamdulillah 8 tahun bersama WordPress. Dia bagi reminder mesti dia tahu Ummi lupa ni hahaha. So far so good. 8 tahun bersama WordPress dan keseluruhan 12 tahun blogging dari tahun 2006. Tak handal mana pun dalam dunia blogging ni. Buat je ikut suka hati. Blog awak, tak ada siapa nak marah. Tak payah terkejar-kejar nak jadi famous hehe. Menulislah dari hati.

Enjoy sesangat blogging ni. Blog ikut suka dan rasa serta gaya sendiri. Blog suka-suka cerita tentang kehidupan dari single, sampai dah kahwin sampai dah beranak pinak hehe. Alhamdulillah rezeki pun ada Allah selit dari blogging ni. Banyak dah Ummi gunakan rezeki dari blogging untuk sedikit nikmat-nikmat hidup yang Allah bagi. Syukurlah.. walaupun tak sehebat penulis blog lain.

Harap ada pewaris la blog ni nanti. Andai suatu hari nanti Ummi dah menghembuskan nafas inilah kenangan yang Ummi ada. Kena ajar Babah semula macamana nak log in haha sebab konfem ilmu blogging dia dah kelaut dalam.

Oklah, penat nak bebel. Terajin pula sebab excited dapat reminder dari WordPress hehe. Untuk semua pembaca blog chokia herneenazir.com dan Team JDT Blogger thank you so much.. tanpa anda yang melawat ke blog Ummi siapalah blog Ummi ni.. ecehhhh~

Stay humble and keep on blogging!

Latest Alexa Rank herneenazir.com

Global – 800,381
Rank in MY – 11,274

Jom follow JDT Blogger – Blog >>> JDT Blogger – Page >>> JDT Blogger – Instagram

Share this nice post:

6 Comments

  • Sis Lin

    21/08/2018 at 12:35 pm

    Waaaa tahniah awak…
    Lama juga awak mula menulis ek tapi kita baru kenal hahahaha

    1. Hernee Nazir

      21/08/2018 at 12:42 pm

      tu lah.. kita menulis syok sendiri je awak.. hahaha.. rasa pernah je gi blog awak as silent reader.. malu nak komen.. awak glamer hehehe

  • farahain zfa

    21/08/2018 at 2:52 pm

    wowwww ,,,lamaaa ehkk kak hernee menuliss… daripada single kauuu…hahahhaha..sekarang dah ade album ayam masak red.hahahhaa..

    1. Hernee Nazir

      21/08/2018 at 3:10 pm

      kahkahkah kuang asam ain.. lama la juga in.. dari blogging merapu ikan kerapu hahaha..

  • Uyul Cantik

    03/09/2018 at 10:43 pm

    Power ahhhh tunjuk ajar ku cifuuuuuu.

    1. Hernee Nazir

      04/09/2018 at 7:49 am

      hahaha sifu la sangat..sifulan jek hahaha

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: