Travelog Sabah – Travel Itinerary Kota Kinabalu – Kundasang – Ranau (4 Hari 3 Malam)

Travelog

Travelog Sabah – Travel Itinerary Kota Kinabalu – Kundasang – Ranau (4 Hari 3 Malam) | Assalamualaikum. Cerita Travelog Sabah bersambung lagi, tapi sambungan yang mampu cuma untuk itinerary je hehe. Mood kedaung nak update blog haha. Tahun 2020 mungkin baru siap cerita semua hahaha.

Ok jom korang, Ummi nak kongsikan itinerary yang Ummi refer dari kawan-kawan dan juga baca di blog-blog. Ummi susun ikut kesesuaian kami. Almaklumlah ni trip dengan anak-anak kan, Ummi Babah haruslah bersiap sedia fizikal mental hehe.

TRAVEL ITINERARY KOTA KINABALU – KUNDASANG – RANAU

10 – 13 JULY 2018 (4 HARI 3 MALAM)

DAY 1 – 10 JULY 2018

Flight JHB (0720hrs) – BKI (0920hrs)
Tiba di KKIA jam 9.20am
Ambil kereta sewa 9.45am Kaizen Car Rental
Meronda sekitar bandar Kota Kinabalu – tuang minyak dan cari tempat makan.
Lunch di The Warung
Menuju ke Kundasang jam 12pm
Sampai Kundasang lebih kurang jam 2pm
Check-in Dream World Resort
Rehat
Lawatan ke Kundasang War Memorial 
Jalan-jalan ke Pasar Sayur/Buah Pekan Kundasang
Lawatan ke Arnab Village, Kg. Purakagis Ranau
Dinner di Puteri Nabalu
Balik resort

DAY 2 – 11 JULY 2018

Check-out Dream World Resort
Menuju ke Desa Dairy Farm
Breakfast di Des A Cow Restaurant 
Meneruskan perjalanan ke Ranau
Poring Hot Spring Ranau – Butterfly Farm – Canopy Walk
Singgah di Fish Massage, Tagal Sg. Moroli Kampung Luanti
Lunch di Sabah Tea Cafe
Singgah di Kinabalu Park
Meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu
Dinner di Pasar Filipina
Check-in KK Waterfront Hotel

DAY 3 – 12 JULY 2018

Breakfast di hotel
Menuju ke Rumah Terbalik (The Upside-down House) & 3D Wonders Museum, Tamparuli
Bergerak ke Jesselton Point
Island Hoping ke Pulau Manukan & Pulau Sapi
Menuju ke Pantai Tanjung Aru – sunset
Dinner di Todak  Waterfront
Singgah ke Pasar Sinsuran ~ souvenir
Balik ke hotel

DAY 4 – 13 JULY 2018

Check-out KK Waterfront Hotel
Menuju ke Centre Point Sabah
Breakfast di Mc Donald’s Centre Point Sabah
Menuju ke Signal Hill Observatory Tower
Bergerak menuju Kota Kinabalu International Airport (KKIA)
Pulang kereta sewa
Minum-minum di Jesselton Kopitiam
Flight BKI (1720hrs) – JHB(1920hrs)

Ok itu saja, itinerary ringkas untuk percutian 4 hari 3 malam kami. Untuk aktiviti di setiap tempat-tempat yang kami kunjungi Ummi akan ceritakan dalam entri seterusnya. Disarankan supaya korang memperuntukkan perbelanjaan untuk kereta sewa bagi memudahkan pergerakan sepanjang berada di sana. Kalau Ummi ingat lagi tips-tips ringkas Ummi akan selit di setiap entri yang berkaitan ya. Sehingga bertemu lagi dalam entri Travelog Sabah yang tak tahu bila akan muncul hehe. Babai!

Jom baca entri berkaitan Travelog Sabah – Travel Itinerary Kota Kinabalu – Kundasang – Ranau (4 Hari 3 Malam)

Travelog Sabah| Kota Kinabalu – Kundasang – Ranau (10 – 13 July 2018)

Sabah Tourism

Loading

Related Posts

11 thoughts on “Travelog Sabah – Travel Itinerary Kota Kinabalu – Kundasang – Ranau (4 Hari 3 Malam)

  1. Waaaa dah lama dan berapa kali plan nak ke sini tapi asyik tak menjadi aje..
    Tahun depan mesti pergi ni !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!