Projek Kuih Raya The Ilhams | Cornflakes Madu Giant 2 Seringgit

Assalamualaikum..

Cerita dua hari lepas. Selagi Ummi tak tunaikan permintaan diorang selagi tu soalan “Ummi.. bila kita nak buat kuih raya?” akan terngiang-ngiang di telinga. Haiiisyhhh anak-anak bertuah ni. Tahukah kalian yang sejak kelahiran Abang Ilham, Ummi terus pencen buat kuih raya? Ya kalian tak tahu sebab Ummi tak cerita hehehe.

Permintaan Abang Ilham nak ajak Ummi buat kuih donut untuk raya, amatlah berat untuk Ummi tunaikan. Usia Ummi dah menjangkau 37 tahun, tak pernah sekali Ummi dihidangkan dengan kuih donut ketika beraya hehe. Bentuk ala-ala donut aka tayar tu memang ada. Mungkin ini idea hipster dari Ilham. Untuk tidak mengecewakan hati The Ilhams, Ummi bersetuju untuk buat kuih raya paling ringkas abad ini.

Gigih la memalam hari Ummi mencari bahan-bahan. Walaupun resepi simple tapi jem juga kepala otak Ummi nak ingat sukatan hahaha. Bahan-bahan semua dah cukup tapi malangnya paper cup tak ada.. yang ada pun besa gedabak. Masa ke Mydin pun tak ada yang kecil, sudahnya Ummi beli je lah yang besar tu. Lebih baik besar dari tak ada langsung ye tak?

20180611_213538

Maka, malam selasa yang indah permai Ummi dan The Ilhams menjalanka projek kuih raya. Ummi bagi Abang Ilham peluang buat dari awal. Ayat manis dia..

Ilham suka tolong Ummi masak.. Ilham kan nak jadi tukang masak.. Ilham kan ada kedai Ilham Cendol

Kahkahkah tak habis-habis mengaku kedai Ilham Cendol tu kedai dia. Tapi Ummi doakan juga kalau betul tu minat Ilham, apa salahnya jadi chef terkemuka datu hari nanti. Kenyang perut Ummi Babah hehehe.

20180611_214821

Ok siap dah. Cornflakes Madu Abang Ilham ikut resepi Ummi. Ummi memang dari dulu tak suka bubuh ceri ke apa. Yang Ummi suka hanya letak bijan. Adunan ni menggunakan 1 kotak besar dan 1 kotak sederhana Nestle Cornflakes, 1 buku butter, bijan, 5 sudu susu pekat manis dan 5 sudu madu. Cairkan butter, masukkan susu dan madu. Kemudian masukkan cornflakes. Gaul rata. Akhir sekali tabur bijan.

20180611_215425

Nampak tak budak-budak yang excited nak buat kuih raya. Memasing tunjuk skill masukkan cornflakes dalam paper cup. Pasghah aje lah diorang Ummi beli paper cup besar. Tak apa saiz besar cepat siap hahaha.

20180611_220153

Belum pun siap cornflakes madu, Ilham request nak ajak buat cup cake adoiiii. Sambil buat tu,

Ummi lepas ni kita buat kek cawan eh?

Amboiii yang ada ni pun tak siap lagi. Tengah buat pun memasig buat ayat minta simpati.

Ummi.. boleh tak Ilham nak berhenti rehat kejap

Lepas Abang minta rehat, ada suara comel lagi keluar..

Ummi.. boleh rak Syamil nak rehat.. pinggang Syamil sakitlah

Kahkahkah.. gelak besar Ummi dan Babah dengar dialog adik. Kemain la hai macam orang tua sakit pinggang. Tolongnya tak seberapa, sakit pinggangnya kemain macam angkat beras 10kg ahahahaha.

20180611_221144

Akhirnya siap juga cornflakes madu The Ilhams. Buat pertama kali Ilham layan kuih raya ok. Kalau tak ko jangan harap dia nak makan kuih raya. Besar pun besarlah nak. Kita buat makan sendiri je tak tergamak pula Ummi nak angkat bagi tetamu makan hehehe.

Macam-macam nama yang dia sebut nak bagi cornflakes madu dia ni. Siap cakap nak bagi Opah dan Kak Ros rasa kuih raya dia. Tapi nak suruh Opah bayar 2 seringgit hahaha. Kuat pengaruh Mael kawan Upin Ipin merasuk Ilham hahaha. Nak bagi tak payah la ambil duit nak oi.

20180611_215756

Kami esyok buat cornflakes madu, Babah gigih pasang meja baru hehehe. LACK coffe table dari IKEA. Meja kaca kami dah lama pecah berderai ni ganti baru.

80a794c8-1c23-46a0-bef6-8f2668b93dd3

Kebetulan malam tu Tok Ayah, Nenek, Mak Wee dan Mommy Ngah datang. Dia punya la excited nak suruh Tok Ayah makan kuih raya dia. Bila Tok Ayah puji kemain kembang kuncup hidung dia hehehe. Semalam siap tanya Ummi tak ada ke orang nak atang makan kuih raya Ilham ni hahaha. Tunggu le raya nak oi.

Alhamdulillah dapat juga Ummi tunaikan permintaan The Ilhams. Next year kita buat lagi ya.

p/s Dia kata nak bagi Atok Tipah pulak rasa kuih dia hahahaha..macam lah banyak sangat Ilham oiiii~~

Share this nice post:

Leave a Reply