Ilham Menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

The Ilhams Learning Phase

Ilham Menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) | Alhamdulillah syukur dapat panggilan untuk menduduki ujian UKKM ni. Pengalaman pertama buat Ummi dan Babah, sama macam Ujian PKSK. Tak sangka rezeki examnya di MRSM Mersing, dapatlah kami menyelam sambil minum air bercuti kat Mersing ni hehehe. Jom baca pengalaman kami dan sedikit info berkenaan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

Apa Itu Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) adalah ujian bagi kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Khas untuk pelajar Tahun 6 dan pelajar Tingkatan 3 yang berminat untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) diwajibkan menduduki ujian ini. Peperiksaan ini adalah untuk menguji potensi dan minat pelajar sebelum melayakkan diri ke peringkat pertimbangan kemasukan ke MRSM.

Arahan Menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Tingkatan 1 Tahun 2024

Calon dan ibu/ bapa/ penjaga dikehendaki mengambil tindakan seperti berikut:

  • Calon digalakkan memakai pelitup muka, pakaian seragam sekolah yang lengkap dan kemas/ berpakaian kemas dan  berkasut  serta  mematuhi  peraturan  sepanjang  berada  di kawasan pusat ujian.
  • Ibu/ bapa/ penjaga bertanggungjawab bagi memastikan calon dalam keadaan sihat sebelum dihantar ke pusat ujian.
  • Ibu/ bapa/ penjaga dikehendaki menghantar calon ke pusat ujian UKKM secara drop-off di tempat yang ditetapkan.
  • Hanya calon sahaja yang dibenarkan untuk turun mendaftar dari kenderaan.
  • Calon dikehendaki menduduki UKKM yang merangkumi subjek Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Keperibadian.
  • Ibu/ bapa/ penjaga dikehendaki memastikan calon membawa bersama 2 salinan surat panggilan ujian ketika   menduduki   UKKM   bagi   mengelakkan   sebarang   masalah   ketika proses pendaftaran ujian dalam talian dijalankan.
  • Calon perlu berada di pusat ujian UKKM 30 minit lebih awal sebelum UKKM bermula untuk sesi pendaftaran.
  • Calon dikehendaki untuk membawa makanan dan minuman sendiri semasa waktu rehat.
  • Calon TIDAK DIBENARKAN berlegar-legar dalam kawasan pusat ujian dan perlu mematuhi arahan pegawai bertugas dari semasa ke semasa.

Calon diwajibkan membawa :

  • 2 salinan surat panggilan menduduki UKKM
  • Kad pengenalan calon -MyKad/MyKid
  • Salinan slip gaji bapa/ penjaga terkini atau borang pengesahan pendapatan bapa / penjaga yang telah disahkan (Jika tiada slip gaji/ bekerja sendiri/ suri rumah/lain-lain)
  • Salinan slip gaji ibu/ penjaga terkini atau borang pengesahan pendapatan ibu/ penjaga yang telah disahkan (Jika tiada slip gaji/ bekerja sendiri/ suri rumah/ lain-lain)
  • Salinan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik yang disahkan.
  • Alat tulis (Pensil 2B atau dan pensil BB, pemadam dan pengasah pensil)

Format UKKM

Berikut merupakan perincian format mengikut subjek yang dikongsikan oleh MARA bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4:

Matematik

  • Masa menjawab adalah 35 minit
  • Jumlah soalan Matematik yang perlu dijawab adalah 30 soalan yang berbentuk objektif

Bahasa Melayu

  • Masa yang diperuntukkan adalah selama 30 minit
  • Calon perlu menjawab sejumlah 30 soalan objektif

Sains

  • Hanya 35 minit diperuntukkan untuk menjawab
  • Terdapat 30 soalan berbentuk objektif

Ujian Keperibadian

  • Sebanyak 80 soalan objektif yang perlu dijawab
  • Calon dikehendaki menjawab dalam masa 30 minit

Ujian Teknikal Tingkatan 1

  • Masa menjawab 35 minit
  • Bagi calon yang memohon Program Teknikal

Ujian Khas Ulul Albab Tingkatan 1

  • Masa menjawab yang diperuntukkan adalah 35 minit
  • Khusus untuk calon yang memohon program Ulul Albab, anda diwajibkan untuk menduduki ujian hafazan dan tulisan jawi.
  • Sebagai rujukan kepada calon, berikut adalah nota berkaitan ujian hafazan pada ambilan sebelum ini:
    • Menghafaz ayat-ayat hafazan dalam masa 25 minit
    • Aspek yang dinilai adalah kelancaran, tajwid dan hafazan.
    • Hafazan wajib pada tahun sebelum ini adalah Ayat 1 hingga 12 Surah Al Mulk.

Ujian Khas IGCSE Tingkatan 1

  • Masa menjawab 35 minit
  • Bagi calon yang memohon Program IGCSE

Nota Penting

Semua calon Tingkatan 1 & Tingkatan 4 WAJIB menduduki UKKM

  • Calon Tingkatan 1 Soalan UKKM merangkumi silibus Tahap II Sekolah Rendah
  • Calon Tingkatan 4 Soalan UKKM merangkumi silibus Menengah Rendah

Info lanjut rujuk: website MARA

Pengalaman Ilham Menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Lebih kurang jam 7.25am kami sampai di MRSM Mersing. Ikut jadual ujian, sesi pendaftaran bermula jam 7.55am. Sampai awal tak kalut. Untuk ujian UKKM ni, parents kena drop je anak-anak di kawasan yang ditetapkan. Tak boleh berkeliaran kat sana hehehe.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Ummi sempatlah suruh Abang Ilham posing kejap walaupun beliau malu-malu kucing. Lepas tu dia berjalan kaki menuju ke dewan peperiksaan. Kami balik hotel lepak-lepak kejap.

Dalam pukul 10am dah dapat call dari dia bagitahu yang exam dah settled. Maka Ummi dan Babah pun bergegas semula ke MRSM Mersing. Beliau kata senang soalannya. Mudah-mudahan ada la rezeki belajar di MRSM. Kalau bukan rezeki jangan kecewa, pasti ada hikmahnya. Lepas settled Abang Ilham request nak makan, then kami singgah kejap di Kedai Ucu Selera Kita sebelum meneruskan misi mandi pantai di Pantai Air Papan. Till then, sambung next entry.

Baca juga: Ilham Menduduki Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!