Ilham Menduduki Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

The Ilhams Learning Phase

Ilham Menduduki Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) | Alhamdulillah bulan lepas, Abang Ilham berpeluang menimba pengalaman baru dalam menduduki Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Bagi Sesi 2024/2025. Bila Ummi check penempatan ujian di SK Bukit Indah. ALhamdulillah tak lah jauh mana. Oleh kerana Babah kerja, Ummi la yang kena ambil cuti untuk hantar Abang Ilham ke sana.

Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

Sebelum menuju ke SK Bukit Indah, Ummi ajak Abang Ilham singgah lunch di Restoran Anjung Selatan. Apa lagi beliau ni kan selera boleh tahan, melilau la rambang mata tengok lauk sedap-sedap. Ummi layankan je la sebab Ummi pun nak makan Ikan Patin Tempoyak Restoran Anjung Selatan favourite Ummi tu. Lepas makan kami terus menuju ke Bukit Indah.

Ok Ummi share semula info ringkas berkenaan PKSK sebabnya bila Ummi post video di TikTok ada yang tanya apa tu PKSK. Mungkin ada yang tak clear lagi pasal ni.

Apa Itu PKSK?

Apa Itu PKSK? Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) adalah satu kaedah peperiksaan secara berpusat untuk kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi Sekolah-Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point. 

Jenis Sekolah Khusus

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Mengengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

Format dan Jadual Sesi Pentaksiran

Seperti yang dimaklumkan, berikut adalah format serta jadual sesi pentaksiran PKSK. Sila pastikan bahawa calon mengikut sesi yang telah diberikan serta hadir ke pusat PKSK sebagaimana yang diumumkan dalam panggilan semakan pusat PKSK.

Bahagian A (Kecerdasan Insaniah)

  • Untuk mengenal pasti karakter murid
  • Soalan merangkumi EQ, SQ dan SSQ
  • Mempunyai 30 soalan objektif
  • Tiada jawapan betul atau salah
  • Jumlah markah adalah 20%

Bahagian B (Kecerdasan Intelek)

  • Untuk mengukur tahap kognitif pelajar
  • Ia merangkumi IQ, pengetahuan am dan penyelesaian masalah
  • Soalan matematik dan sains bersifat kualitatif dan kuantitatif
  • Terdapat 10 soalan Bahasa Inggeris untuk menguji tahap penguasaan dan kefahaman calon
  • Masa yang diberikan adalah 90 minit
  • Terdapat 70 soalan berbentuk objektif
  • Jumlah markah adalah 70%

Bahagian C (Artikulasi Penulisan)

  • Untuk menguji idea dan pendapat calon dengan huraian karangan
  • Calon perlu memilih satu daripada 3 tajuk karangan Bahasa Melayu yang diberikan
  • Jumlah markah adalah 10%

Tips Menjawab Soalan PKSK

Sebagai membantu calon membuat persiapan, disediakan tips-tips am bagi menjawab soalan-soalan penilaian PKSK seperti berikut:

  1. Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (SQ, EQ dan SSQ): Calon hendaklah memilih jawapan yang paling positif mengikut nilai-nilai murni kehidupan untuk mendapatkan markah yang tinggi.
  2. Bahagian B: IQ, Penyelesaian Masalah: Calon perlu memberikan jawapan yang paling tepat dan betul untuk setiap soalan
  3. Bahagian C: Pengetahuan Am: Calon haruslah merujuk buku teks Sejarah tahun 6 serta Tingkatan 3 dan membaca akhbar atau menonton berita untuk mengetahui isu-isu semasa

Kredit info: https://www.mysumber.com/soalan-pksk.html

Pengalaman Menduduki Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

Sampai di SK Bukit Indah, kami terus mencari lokasi ujian. Jumpa dengan students yang very heplful. Sementara menunggu kaunter pendaftaran dibuka, Ilham pergi solat Zohor dulu di surau. Bila kaunter dah dibuka, Ummi cepat-cepat suruh dia beratur.

Lepas dah register semua pelajar di bawa naik ke bilik ujian bertulis. Ummi pun keluar dari SK Bukit Indah dan “me time” di AEON Bukit Indah ekekeke. Dalam jam 4 petang Ummi datang semula ke sekolah untuk ambil Abang Ilham.

Bergambar kenangan depan SK Bukit Indah. Beliau kata susah juga soalannya.

Alhamdulillah selesai menjawab Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Bagi Sesi 2024/2025. Kalau ada rezeki insha Allah, ada la peluang ke tingkatan satu di mana-mana sekolah sains pilihan. Kalau tak ada rezeki kita sekolah menengah biasa je dan cuba masa tingkatan 4 nanti. Abang dah usaha, tawakkal dan redha je la dengan keputusan yang ada. Sementara menunggu keputusan, kita kena melalui dua lagi Ujian Kemasukan Ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 dan sesi serlahan seni di Sekolah Seni Malaysia Johor. Nanti Ummi share next post ya!

Baca juga: Ilham Syahmi di Bengkel Melukis Komik Bersama Nazry Salam

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!