Drama Andainya Takdir 2 (TV3)

12/06/2018

Assalamualaikum..

Ehhhh.. malam ni memang entri reminder ke apa ek? hehe. Tadi reminder McDonald’s Durian McFlurry, kalo ni reminder bermulanya drama kegemaran ramai iaitu Drama Aindanya Takdir 2. Drama ni akan mula ditayangkan di TV3 bermula esok 13 Jun 2018 jam 9.00 malam pada hari Rabu hingga Jumaat. Save the date uolls!

Ummi ni bukanlah kaki drama apa lagi kaki tv. Tahun lepas Ummi terjebak melayan Drama Andainya Takdir 1 jadi Ummi excited nak tengok siri ke 2 ni. Cerita yang penuh emosi dan semestinya air mata Ummi akan tumpah berjurai berderai hahaha.

Psttttt.. sebenarnya Ummi dah beli dah pun novel Andainya Takdir 2 hehe. Tak sempat baca je lagi. Sebab tengah fokus kat novel Rajuk Rindu. Ummi baru baca sinopsis je sambil membayangkan lakonan Shukri Yahya dan Nina Iskandar hehehe. Over ko!

Jom baca info mengenai Drama Andainya Takdir 2.

JUDUL : ANDAINYA TAKDIR II
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 Jun 2018
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : TV3
IDEA ASAL : Dato A.Aida
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : A. Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Idris Khan, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, Neera Azizi
WATAK PELAKON
Shukri Yahaya sebagai Airil
Nina Iskandar sebagai Fatihah
Puteri Balqis sebagai Aleya
Mas Khan sebagai Nizam
Sheila Mambo sebagai Normah
Idris Md Diah sebagai Jalal
Erry Putra sebagai Mushin
Adiba Yunus sebagai Liza
SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR 2
Airil masih tidak berputus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula walaupun setelah tiga bulan bercerai. Dia merasakan hidupnya tidak sempurna tanpa Fatihah dan Aleeya di sisi. Fatihah pula mula merasakan kepayahan hidup tanpa seorang suami. Apatah lagi Aleeya kini sudah pandai memberontak dek sebab merindukan Airil dan tertekan kerana Fatihah lebih banyak meluangkan masa di tempat kerja baharu daripada anak sendiri.

Credit: myinfotaip

Harap Ummi ada la peluang nak tengok tv nanti ya. Mudah-mudahan The Ilhams bagi kerjasama Ummi nak menjiwai watak dalam drama ni nanti ekekeke.

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: