Drama Sekali Aku Bahagia TV3

TV Program
Drama Sekali Aku Bahagia TV3

Drama Sekali Aku Bahagia TV3 | Nantikan drama bersiri 15 episod Sekali Aku Bahagia dislot Samarinda TV3. Drama terbitan Mache All Star United dan arahan Pali Yahya. Drama Sekali Aku Bahagia dibintangi oleh Ummi Nazeera, Nabila Huda, Keith Foo, dan Azhan Rani. Drama ini akan ditayangkan bermula 28 Mac 2023, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang di TV3 atau online di tonton.

Drama Sekali Aku Bahagia

Episod: 15
Tarikh Tayangan: 28 Mac 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 6:00 petang
Rangkaian: Slot Sakura TV
Idea Asal: Mama Bella
Penulis Skrip: Dr Mohd Shahremy Ikmal / Mama Bella
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd

Watak Pelakon Drama Sekali Aku Bahagia

Ummi Nazeera sebagai Rania Farahain
Nabila Huda sebagai Aireen
Keith Foo sebagai Muaz
Azhan Rani sebagai Naufal
Meor Mohd sebagai Lan
Duerra Mitilda sebagai Delisha
Qistina Raisah sebagai Eli
Danish Iskandar sebagai Andre
Danish Hazriq sebagai Firas
Nik Ramly Rejab sebagai Kamil
Ayu Azlina sebagai Milah

Sinopsis Drama Sekali Aku Bahagia

Kisah berbagi suami, penderitaan dan pengkhianatan. Aireen dan Naufal adalah adik-beradik. Aireen jatuh cinta dengan Muaz, pekerja di kedai abangnya. Walaupun sudah berkahwin dengan Rania, Muaz telah menikahi Aireen tanpa memberitahu status perkahwinannya. 

Konflik bermula apabila Aireen mendapat tahu tentang rumah tangga Muaz dan Rania yang sudah pun mempunyai seorang anak perempuan. Rania tidak sedar akan kecurangan suaminya. 

Keadaan menjadi lebih rumit kerana Aireen tidak mahu bermadu dan hanya mahu memiliki Muaz untuk diri sendiri. Rania pula kini harus bangkit dan berjuang demi masa depan anaknya. 

Ummi dah dapat bayangkan macamana watak yang bakal dibawakan oleh Ummi Nazeera sebagai Rania. Mesti sangat mencabar dan penuh suka duka dan yang pastinya watak Aireen mencabar emosi penonton nanti. Memang Ummi akan follow drama ni sebab nak tengok lakonan Ummi Nazeera yang mantap tu.

Baca juga: Drama Andai Itu Takdirnya Astro Ria

FOLLOW HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!