Drama & Filem Lakonan Syafiq Kyle

TV Program

Drama & Filem Lakonan Syafiq Kyle | Korang peminat Syafiq Kyle? Ummi bukanlah peminat tegar Syafiq Kyle ni tapi ada la juga follow drama lakonan beliau. Suka tengok muka doa la cute gitu hahaha. Berdarah mata Babah Ilham kalau baca ni. Jom kita kenali Syafiq Kyle dengan lebih dekat.

Drama & Filem Lakonan Syafiq Kyle

Biodata Syafiq Kyle

Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Syafiq Kyle merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau merupakan naib juara Hero Remaja 2011/12 dan mula dikenali menerusi watak Johan dalam drama bersiri Tanah Kubur yang bersiaran di Astro Oasis. Beliau merupakan anak kedua dari tiga adik-beradik yang kesemuanya lelaki. Wikipedia

Lahir: 24 Jun 1992 (umur 31 tahun), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tinggi: 1.76 m

Ibu bapa: Abdul Razak Husin, Rohaya Sulaiman

Pekerjaan: Pelakon, model

Pendidikan: Diploma Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Saudara: Syazwan Razak (adik)

Filem Lakonan Syafiq Kyle

TahunTajukWatakCatatan
2015Transformers: Age of ExtinctionShane DysonAlih suara BM
2018LangsuirAzlanFilem pertama
Gol & Gincu Vol. 2Hakim
2019PusakaInspektor Nuar Ishak
2020Saka Nan SepiSufian
2021Mat Bond MalayaEjen 8Penampilan khas
2022Cinta VS HantuCikgu Ahmad (muda)
Siku 12: Langkah DerhakaAtid
2023Polis EVO 3Inspektor Dani
The ExpertsPos-produksi
2024SyerifInspektor NazriPra-produksi

Drama Lakonan Syafiq Kyle

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2011Iparku DivaPelayanAstro WarnaDrama pertama
TerowongWan ZaharulTV3Episod: “Sesat”
2012–2015Tanah KuburJohanAstro Oasis
2013Kampung GirlRedhuanTV3
Kerana Lelaki ItuDr. TajulTV9
2014Mat CepatJoTV2
Anugerah TerindahAmirTV3
Oh My English! (Musim 3)KhaiAstro TVIQ
Senafas CintaAdamTV1
Tuan Rumah Pembantu RumahLuthTV3
Kerana Terpaksa Aku RelakanTajul Fahin
Bila Hati BerbicaraEmir Qasya
2015Angin SyurgaUstazTV2
Isteri Separuh MasaMegat ZafrilAstro Ria
Dhia SofeaDinTV3
Merah Gaun PengantinFaizalTV1
Alaa Bib..JoeranTV3
Kifarah MistikSyafiqEpisod: “Celupar”
2016Puteri LabuAdyTV1
Married Tapi BenciKamalTV3
Sekali Aku Jatuh CintaJohan
Tika Langit TerbukaHarisAstro OasisEpisod: “Si Miskin Pun Terbang”
2017Suamiku Paling SweetIzz HaikalTV3
Mencintaimu Mr. PhotographerNazmi Elyas / JemyAstro Ria
Mocha Kau BahagiaFirdausTV3
Red VelvetJeffryAstro RiaPenampilan khas
Dekatkan Jarak KitaIan TashriqTV3
2018Mencari Mel & AyuZainuddin (muda)TV1
Tak Ada Cinta SepertimuHazran WidadAstro Ria
NurUstaz AdamTV3
Pelangi CintaWan
Mocha Kau Bahagia 2Firdaus
Budak UsinUstaz Adam
2019Senafas RinduFariz AshmanAstro Ria
Nur 2Ustaz AdamTV3
Serikan HatimuAdam
Bukan Cinta AkuTengku Isma
2020Lock In Drama 2SyafiqYoutubeMiniseries PKP arahan Erma Fatima sebagai kekasih Neelofa
Serikan Hatimu 2AzrulTV3
2021Diva PopularEngku ImranAwesome TV
Covid Oh CovidRemyTV3
Suara HatiHarisAstro PrimaWatak Utama “Hero”
LockdownHairiAstro Ria
Diva Popular 2Engku ImranAwesome TV
Serikan Hatimu 3SyafiqTV3
2022Seribu NinaAmarViu
Cinta Buat DaraHarizTV3
One Cent ThiefIman ShahAstro Ria
TBAOne Cent Thief (Musim 2)

Drama & Filem Lakonan Syafiq Kyle

Syafiq Kyle & Mimi Lana Batal Akad Nikah

Jumaat lepas industri hiburan Malaysia telah dikejutkan dengan pengumuman pembatalan majlis pernikahan Mimi Lana dan Syafiq Kyle yang sepatutnya diadakan pada 18 Ogos 2023 depan, di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Berita pembatalan majlis akad nikah ini telah disahkan pengurus Mimi, Iman Tang. Iman menafikan punca pembatalan majlis pernikahan selebriti tersebut yang secara tiba-tiba ada kaitan dengan masalah peribadi membabitkan mereka berdua.

Hubungan pasangan ini dikatakan pernah terputus seketika pada Mei 2020 selepas 5 tahun bercinta. Namun ianya kembali bertaut apabila masing-masing dilihat berkongsi gambar di media sosial. Mimi dan Syafiq telah bertunang pada 21 Januari 2023.

Kehidupan peribadi Syafiq Kyle & Mimi Lana

Pada tahun 2019, terbongkar mengenai hubungan sebenar antara Syafiq dan Mimi Lana. Mereka sudah menjadi pasangan kekasih sejak tahun 2016. Mereka kekal professional sewaktu berlakon dalam filem seram Pusaka sebagai adik beradik kembar. Hubungan mereka direstui kedua belah keluarga. Namun begitu, sejak Mac 2020, hubungan percintaan mereka yang terjalin selama 4 tahun terlerai. Dikatakan punca perpisahan mereka adalah tiada persefahaman antara mereka.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar hubungan kedua-dua selebriti ini kembali pulih dan dipermudahkan untuk melangkah ke alam rumahtangga.

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Drama & Filem Lakonan Syafiq Kyle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!