Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN–Cendawan Goreng Tepung Bestari Cicah Sambal Kicap

Menu minum petang kami anak beranak. Walaupun yang bedal Ummi, Babah dan Syamil je. Sejak dah jatuh chenta dengan tepung goreng serbaguna Bestari ni, memacam dah Ummi buat eksperimen. Rasa nanti nak gaul dengan kentang goreng pula. Untuk entri ni ada dua jenis tepung yang Ummi guna.

20171008_174632

Yang ni cendawan goreng tepung bestari original. Tak pedas, tapi Ummi buat cicahan sambal kicap baru meletop pedas. Tak Johor la kan kalau tak bersambal kicap hehehe.

cendawan goreng tepung bestari

Yang kedua cendawan goreng tepung bestari pedas. Yang pedas memang lagi sedap rasanya sebab lagi berapi pedasnya bila cicah dengan sambal kicap. Ummi rasa bukan sekadar boleh buat minum petang, buat sarapan atau jadikan lauk makan tengahari pun ok je.

Cara mudah nak buat cendawan goreng tepung bestari
– Basuh cendawan, masukkan tepung ke dalam mangkuk mengikut anggaran korang sendiri. Tambah air sikit dan gaulkan dengan cendawan. Panaskan minyak dan goreng.

20171008_173501

Ini Sambal Kicap versi Ummi. Paling ringkas sebab Ummi nak cepat siap hahaha. kalau arwah mak dulu siap goreng cili padi dan bawang putih tu untuk tahan lebih lama. Tapi turn anak dia semua nak ekspress.

Resipi Sambal Kicap

Bahan-bahan:

Cili padi (ikut kepedasan korang suka)
Bawang putih 2-3 ulas
Kicap manis (Boleh juga pakai kicap masin, tambah la gula)

Cara-cara Membuat:

Tumbuk atau blender semua bahan. Siap!

Kalau korang nak blender pun boleh nak tumbuk pun boleh bahan-bahan tu. Ummi ni pelik juga kekadang. Nak cepat tapi masih menumbuk hehehe. Cili padi dan bawang putih tu boleh digoreng untuk tahan lama. Kalau tak nak pun takpe. Kalau jenis buat je habis. Kalau Ummi guna kicap manis Ummi tak bubuh gula dah. Kalau guna kicap masin Ummi bubuh gula sikit.

Cendawan goreng tepung bestari ni dah boleh masuk list dalam menu berbuka puasa nanti hehehe. Selamat mencuba! ūüėČ

Share this nice post:

Comments

comments

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ‚ô• Product Review ‚ô• Food Review ‚ô• Media/ Events ‚ô• Advertorial ‚ô• Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: