DDHN – Ikan Siakap Goreng Dengan Tepung Goreng Serbaguna Bestari

DDHN – Ikan Siakap Goreng Dengan Tepung Goreng Serbaguna Bestari

Hujung minggu Ummi ketandusan idea nak masak. Nak masak daging korban masak kari, dagingnya terlupa defroze awal-awal.

Tanya Babah nak makan apa, sekali dia bagi idea, “Apa kata goreng tepung ikan siakap guna tepung yang sedap tu”

Bila Babah cakap tepung tu Ummi dah tahu dah tepung apa yang dia maksudkan tu. Tak lain dan tak bukan Campuran Tepung Goreng Rangup Serbaguna Bestari la tu. Ummi tak kisah, Ummi ok je. Maka Babah pun belilah ikan siakap lagi dan lagi dan lagi hahaha. Mesti korang boring bacakan. Balik-balik ikan siakap hahaha.

Ummi tanya lagi.. “Nak tepung pedas ke original?”

Babah kata “Nak spicy” Eceeehhhhhhh kemain lagi.

Ikan tu dah siap dibersihkan kat kedai. Ummi bersih lagi sekali. Lepas tu Ummi tabur je agak-agak la tepung tu.

Tambahkan air dan lumur tepung tadi ke seluruh ikan.

Panaskan minyak dan goreng. Abaikan kekurangan minyak tu. Malas nak guna minyak banyak-banyak sebab minyak tu Ummi nak bajet-bajet sampai nak cukup bulan kahkahkah. Gila kedekut. Lagi pun mana bagus minyak banyak-banyak ecehhh. Balik-balikkan ikan supaya masak rata dan tepung pun jadi rangup.

Taraaaa.. dah siap ikan siakap goreng tepung bestari! Sila angkat dan toskan minyaknya ya. Ummi bubuh tisu pada pinggan lain sebelum transfer ke pinggan ni. Biar minyak serap pada tisu. Lepas tu Ummi buat la kicap untuk cicah.

Bila dah goreng tepung ni makan gitu je pun dah sedap. Terasa tepung yang rangup dan pedas-pedas manja gitu. Ok ayam dah, sotong dah dan kali ni ikan pun dah digoreng dengan tepung serbaguna bestari ni. Next kita nak cuba goreng apa pula ya. Marilah kita fikirkan.

Oh ya ada yang search blog Ummi untuk cari harga tepung serbaguna Bestari ni. Ummi beli dengan harga RM9.90 ya. Tak pastilah kedai dekat rumah korang jual berapa. Kot ada lagi murah dari ini. So far dah berbulan-bulan juga ni sebungkus tepung tak habis-habis. Yang perasa original pun masih ada lagi. Korang yang nak cuba boleh la cari kat mana-mana pasaraya ya. Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: