Deko Raya 2017

04/07/2017

Sempena hari raya Ummi Babah gigih juga la mengemas rumah. Bagi berseri sikit walaupun deko bajet je. Deko asal boleh je janji ikut selera dan tema kami serta sedap mata kami memandang hehe. Harap jangan dikecam ya. Post ni untuk kongsikan deko bajet kami je. Tak ada niat nak tayang isi perut rumah pun. Kalau tak suka tengok boleh klik pangkah di atas tu ya hehe.

 
Kawasan ruang tamu utama masih maintain dengan barang-barang lama deko tahun lepas hehe. Cuma niat nak beli bunga baru je tak kesampaian sebab Ummi tak sempat dah nak mencari. Tunggulah lepaa raya ni Ummi nak top up bunga cun-cun dengan harga berpatutan.

Pandangan dari arah belakang. Meja TV yang lama dah ganti dengan coffee table lama ruang tamu kedua. Nampak ada ruang sikit kat situ. Kalau tak agak sempit sebab meja tu besar gedabak.

Ruang tamu kedua, berhadapan pintu masuk dah berwajah baru. Set sofa yang dah selamat terkoyak rabak dek Abang Ilham dah selamat masuk stor Tok Ayah. Nak beli arm chair Ummi tak ada bajet. Jadi Babah suggest bawa turun semula sofa kat ruang menonton tingkat atas letak kat situ. Kebetulan Ummi memang dah siap tempah sarung kusyen tu dengan Ummi Adeeb Collection

Kalau perhati betul-betul ada 3 je barang baru kat situ. Sempat Ummi pesan kat Kakak Daboom Personal Shopper IKEA aka BFF Ummi untuk belikan Garlose Rug RM99 (karpet stripes tu), TEJN Rug RM39.90 (yang bulus atas sofa tu) dan LACK side table 2 RM59.80. Sebenarnya nak beli LACK coffee table tapi malangnya tak ada stok. Jadi kena la fikir cara lain dan teringat idea dalam group deko buat LACK side table ni double macam tu. Ok cun bagi mata kami.

Dinding tepi pintu masuk ni memang dah totally changed. Gigih Ummi Babah buat makeover bajet dah last minutes hahaha. Maka terhasillah “Wall of Fame” ecehhhh poyo je yang menempatkan hasil tangan tak berapa nak berseni Ummi dan frame-frame deko yang lain. Frame tu mostly dari IKEA dan Kaison. Semua yang bajet-bajet saja. Tak banyak lagi framenya bakal ditokok tambah nanti. Nanti next entry Ummi cerita panjang.

Ruang makan kami lagilah simple. Kekonon nak bubuh bunga baru juga atas meja makan tapi apakan daya, sila scroll ke atas untuk baca sebab tak ada bunga baru hahaha.

Ruang ni masih maintain cuma ada hiasan yang dah di remove ke tempat lain. Frame tu dari Kaison. Jam IKEA yang ada doodle tu dah kena alih atas cermin ruang makan. Alhamdulillah ini je yang termampu. Banyak lagi nak kena improve dalam rumah ni supaya nampak lebih selesa. Tunggulah Ummi Babah punya tabung ayam penuh, boleh upgrade dapur pulak. Dapur kami biasa-biasa je tak ada modal lagi nak hias cun-cun hehe. Lepas tempat Ummi masak pun dah syukur hehe.

Share this nice post:

9 Comments

  • Dilah

    04/07/2017 at 12:14 pm

    cantik dan kemas kak.. yg penting simple deko sbb ada anak kecik kannn.. hehe

    1. Hernee Nazir

      04/07/2017 at 12:15 pm

      tu lah dila.. nak serabut kang ummi yang kemurungan..hahaha

  • mama pipie

    04/07/2017 at 2:24 pm

    cantiknya rumah.. pandai hernee sekeluarga hias

    1. Hernee Nazir

      04/07/2017 at 2:30 pm

      hehehe terima kasih..boleh la sikit2.. buat sedap mata memandang.. nak lebih2 bajet ciput hehehe

  • kisahsidairy

    04/07/2017 at 2:33 pm

    selesa nampak,kami belum lagi makeover rumah tahun ni,macam tu jelah kekdahnya,tunggulah dah ada modal nak renovate sikit2..baru up..hehehe

    1. Hernee Nazir

      04/07/2017 at 2:39 pm

      hehehe alah aku bajet2 jek da..kalo over budget kang makan ikan bilis goreng hari2 hahaha

  • Cik Ash

    04/07/2017 at 11:47 pm

    Cantiknya rumah..

    1. Hernee Nazir

      05/07/2017 at 8:25 am

      hehehe biasa2 jek cik ash..deko bajet..

  • UYUL ROSLI

    05/07/2017 at 11:01 am

    lawaaaanya rumaahhhhh akakk

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: