Idea Deco Ruang Tamu Berkonsep Estetik & Minimalis

Deko Bersama Hernee Nazir

Idea Deco Ruang Tamu Berkonsep Estetik & Minimalis | Sebelum Ummi dan Babah decide untuk buat some minor renovation di rumah, kami dah berbincang terlebih dahulu untuk idea dekorasi ruang-ruang yang terlibat seperti ruang tamu, dapur, ruang tangga, ruang menonton televisyen dan juga bilik tidur dan bilik wadbrobe.

Antara idea yang sememangnya menjadi impian Ummi adalah menghasilkan dekorasi berkonsep estetik dan minimalis. Bila usia makin meningkat, rasa nak yang minimalis je tak nak yang serabut. Sebelum ni pun kami deko rumah pun biasa-biasa je masih mengekalkan konsep minimalis. Konsep lain yang Ummi teringin sangat adalah modern farmhouse. Jom kita tengok idea

11 Idea Deco Ruang Tamu Berkonsep Estetik & Minimalis

Dekorasi ruang tamu dengan gaya estetik & minimalis dapat menciptakan ruang yang elegan, bersih, dan luas. Berikut adalah beberapa idea untuk deco ruang tamu dengan gaya tersebut:

Pemilihan Warna Yang Neutral

Pilih warna yang dominan terdiri dari warna neutral seperti putih, kelabu, coklat cair, beige atau hitam. Warna-warna ini menampilkan ruang yang bersih dan lapang.

Perabot dengan Rekabentuk Sederhana

Pilih perabot dengan rekabentuk yang sederhana dan minimalis. Hindari hiasan yang terlalu details dengan berlebihan.

Ruang Kosong

Biarkan beberapa kawasan ruang tamu kelihatan kosong untuk menampakkan ruang yang lapang. Elakkan mengisi setiap sudut dengan perabot atau aksesori.

Pemilihan Aksesori yang Tepat

Pilih aksesori yang memiliki rekabentukatau design yang minimalis tetapi menarik. Misalnya, pilih satu atau dua objek dekoratif yang menjadi fokus daripada banyaknya aksesori.

Pencahayaan yang Sederhana

Gunakan pencahayaan yang sederhana, seperti lampu gantung atau lampu meja dengan rekabentuk yang minimalis. Lampu dengan garis bersih dan lampu yang hangat mampu menciptakan suasana yang tenang.

Karya Seni yang Minimalis

Jika korang ingin menambahkan apa saja koleksi karya seni, pilih lukisan atau poster dengan design yang sederhana. Hindari karya seni yang terlalu banyaj atau berwarna-warni.

Ruang Terbuka

Pastikan bahwa aliran ruang tamu tetap terbuka tanpa ada halangan yang mengganggu. Elakkan menyusun perabot secara tidak teratur kerana ianya dapat membuat ruangan terasa sempit.

Penggunaan Tanaman Hias

Tambahkan beberapa tanaman hias dengan pot yang sederhana. Tanaman dapat memberikan sentuhan alami dan memberikan suasana yang segar. Pilih indoor plants yang sesuai dan mudah dijaga.

Pilih Karpet dengan Corak Sederhana

Jika ingin menambahkan karpet, pilih yang memiliki corak sederhana atau yang berwarna natural. Hindari karpet dengan corak yang terlalu serabut dan penuh.

Fokus pada Fungsi

Mengikut gaya dekorasi aesthetic dan minimalis ini, fungsi sesuatu perabot sangat penting. Pastikan setiap perabot atau aksesori yang korang pilih juga memiliki fungsi yang berguna.

Susunan yang Teratur

Susunan perabot yang kemas dan teratur. Garis-garis lurus dan keserasian dalam susunan perabot mampu menampilkan suasan dan vibes minimalis yang estetik.

Deco Ruang Tamu Sentuhan Ummi Ilham

Deko hari raya 2023

Inilah ruang tamu rumah Ummi selepas sedikit minor renovation. Pilihan warna putih, hitam, beige, coklat cair membangkitkan rasa segar. Keseluruhan dinding rumah kami tukar kepada warna putih berserta tiles putih agar ruang rumah nampak lebih luas.

Ada sedikit perubahan untuk dekorasi hari raya 2023 ni. Kali ni Ummi tukar sedikit sentuhan warna pada langsir, karpet, side table, pokok hiasan (artificial plant) dan juga dried flower agar kelihatan lebih warm.

Idea Dekorasi Ruang Tamu Aesthetic & Minimalis
Deko hari raya 2022

Ummi bukanlah pandai sangat pun mendeko, Ummi rujuk instagram home deco dan juga pinterest. Cari mana konsep atau tema yang Ummi suka, kemudian Ummi cari apa perabot yang sesuai dengan konsep estetik dan minimalist. Ummi pun tak pastilah betul-betul menepati konsep atau tidak. Yang penting Ummi sangat puas hati dengan pilihan sendiri. Kebanyakkan perabot dan aksesori hiasan ni Ummi beli di Shopee, IKEA, KAISON dan kedai perabot berdekatan dengan harga yang berpatutan. Barang murah tak semestinya tak cantik. Janji kita pandai menggayakannya. Tak gitu?

Deco Meja Makan Tetamu

Idea Dekorasi Ruang Tamu Estetik & Minimalis

Meja makan ni masih lagi di ruang tamu. Meja ni khas untuk tetamu sahaja, meja makan untuk kegunaan harian adalah di bahagian dapur. Ummi memilih accent wall untuk menghiasi ruang dinding di meja makan dengan sentuhan warna kelabu. Penambah seri, frame bentuk daun, lampu (hanging lamp) dan gubahan bunga kering simple sentuhan sendiri.

Deco Ruang Menonton Televisyen

Idea Dekorasi Ruang Tamu Estetik & Minimalis

Ruang menonton televisyen kami asingkan dari ruang tamu agar tetamu tidak terlalu terganggu dengan anak-anak yang menonton televisyen. Ruang menonton hanya dihiasi dengan sebuah adjustable sofa, bangku, karpet corak bulat, hiasan dinding dan TV cabinet. Begitulah sedikit sebanyak yang Ummi boleh kongsikan tentang Deco Ruang Tamu.

Boleh rujuk juga entri Idea Dekorasi Ruang Tamu ni.

Dengan menggabungkan estetik dan minimalis, korang dapat menampilkan deco ruang tamu yang elegan dengan gaya sederhana. Apa yang penting setiap pemilihan perabot dan susunannya haruslah berpandukan fungsi yang sesuai agar ruang tamu nampak ringkas dan dalam masa yang sama menarik dan menenangkan hati tuan rumah.

Jom follow instagram dekorasi rumah kami di @ROOMA.ILHAM

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!