
5 Faktor Pemilihan Kabinet Dapur | Setiap wanita atau ibu pastinya mempunyai impian untuk memiliki dapur yang cantik. Dapur ibarat “The Heart of Home” di mana di dapurlah tempat ibu-ibu memasak dan di situ jugalah tempat sebuah keluarga mengadakan perjumpaan harian sambil berbual santai bersama ahli keluarga. Ruangan ini haruslah dihias cantik dan kemas bagi kemudahan setiap isi rumah.
Kabinet dapur amat penting untuk ruang memasak dan juga penyimpanan keperluan harian. Oleh itu, pemilihan dan perancangan membuat kabinet dapur haruslah diambil kira secara terperinci oleh tuan rumah.
5 Faktor Pemilihan Kabinet Dapur
Bajet
Faktor paling utama yang mesti dititikberatkan dalam pemilihan kabinet dapur adalah bajet. Pilihan jeni kabinet dapur haruslah bersesuaian dengan bajet yang kita ada. Sekiranya anda memiliki bajet yang besar, tak salah untuk anda memilih bahan-bahan yang lebih berkualiti untuk merealisasikan kabinet dapur impian anda. Bajet kecil tak bermakna anda tak boleh menempah kabinet idaman, ianya masih lagi boleh disesuaikan dengan bahan-bahan mengikut perkiraan syarikat pembinaan yang telah dilantik.
Konsep

Pemilihan konsep yang betul dapat menambahkan lagi seri dapur. Kebiasaannya konsep moden menjadi pilihan ibu-ibu. Konsep moden nampak kemas dan ringkas. Bagi anda yang memiliki bajet yang terhad, konsep moden ini sangat sesuai dijadikan pilihan. Ada juga konsep dapur terbuka yang mana boleh memberikan sistem pengudaraan yang baik dan menjadikan ruang dapur kelihatan lebih luas. Paling in trend sekarang adalah konsep minimalis dan konsep farmhouse. Kalau diamati kedua-dua konsep ini memang menarik dan menjadikan ruang dapur nampak kemas dan tersusun rapi.
Bahan (Material)
Bahan atau material yang digunakan untuk membuat kabinet adalah penentu ketahanan atau jangka hayat kabinet dapur anda. Antara bahan yang digunakan adalah seperti melamine, Aluminium 3G, 4G,Medium Density Fibre (MDF) atau Nyatoh (Kayu Asli/Solid Wood).
Untuk material table top tahan lasak dan tahan lebih lama seeloknya anda pilih table top konkrit. Ada juga yang menggunakan material acrylic jenis pasang siap.
Bagi yang memilih konsep moden kontemporari, pemilihan material melamin sebagai bahan utama adalah paling sesuai kerana ianya mempunyai daya kalis lembapan, banyak pilihan warna dan harga lebih ekonomik. Manakala konsep moden Inggeris dan Inggeris klasik pula menggunakan material kayu nyatuh yang menjadikan ruang dapur tampak mewah dan elegan.
5 Faktor Pemilihan Kabinet Dapur

Warna
Seterusnya, warna kabinet memainkan peranan penting dalam memastikan keluasan ruang dapur. Warna putih menambah seri dan menampakkan ruang dapur kelihatan bersih dan lebih luas. Manakala kabinet berwarna hitam menampakkan ruang dapur yang lebih elegan dan eksklusif. Bagi mereka yang berani boleh juga memilih warna yang lebih terang mengikut citarasa dan konsep dekorasi rumah masing-masing.
Rekabentuk (Design)
Rekabentuk kabinet dapur yang biasa menjadi pilihan seperti U-shape, L-shape dan I-shape. Ada juga pemilik rumah yang memilih untuk membuat island table dan bar table atau bar counter. Rekabentuk kabinet dapur yang dipilih mestilah mengikut kesesuaian ruang dapur agar ianya tidak kelihatan sempit.
Idea Kabinet Dapur
Berikut antara idea dalam membuat dan memilih kabinet dapur yang boleh dijadikan panduan sebelum anda membuat keputusan. Warna, pencahayaan dan pemilihan material sangat memainkan peranan penting dalam menjadikan ruang dapur tampak berseri.



Kabinet Dapur Murah
Dapatkan perkhidmatan kabinet dapur murah seperti di bawah:
Kabinet Dapur Murah Johor
Qaha Kabinet
Alamat: Kampung Tiram Duku,
81560 Gelang Patah, Johor.
Whatsapp/ Call:
013-6294439
Kabinet Murah Johor
Alamat: 8, Jalan Kempas Lama, 2/2, 81200 Johor Bahru, Johor.
Telefon: 07-556 9839
Whatsapp: www.wasap.my/60182168380
Email: thecarpenterjb@gmail.com
Kabinet Dapur Murah Kuala Lumpur
BLENO Aluminium Kitchen Cabinet Specialist
Alamat: KL Balakong Showroom
No.2A, Jalan BJ2T 2/2, Kawasan Perindustrian Balakong Jaya 2,
43300 Balakong, Selangor
Whatsapp:
019-7204268
Business Hours
Monday …………….10 am – 6 pm
Tuesday ……………10 am – 6 pm
Wednesday ………..10 am – 6 pm
Thursday …………..10 am – 6 pm
Friday ………………10 am – 6pm
Saturday ………..…10 am – 6pm
Sunday……………… 10 am – 6pm
Masterpiece Kitchen Sdn Bhd
Laman web : www.masterpiecekitchen.com.my
Hubungi : +6012-311 2777
Kawasan : Kuala Lumpur (KL), Selangor, Puchong
Kabinet Dapur Murah Selangor
Wira Kitchen Sdn Bhd
AL209, Lot 2242, Jalan Industri 9,
Kampung Baru Sungai Buloh,
40160, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Email: sales.wirakitchen@gmail.com
WhatsApp
H/P: 012-954 0809
Website:
www.kitchencabinet.com.my
Business Hours
Showroom: 10.30am – 7.00pm
Factory: 8.00am – 5.00pm
Reno Concept Sdn Bhd
Laman web : www.renoconcept.com.my
Hubungi : +603-5513 1932
Kawasan : Kuala Lumpur (KL), Selangor, Shah Alam
Begitulah sedikit sebanyak faktor yang patut diambil kira sebelum anda membuat kabinet dapur. Dah buat kabinet dapur cantikkan? Jangan lupa fikirkan pula idea dekorasi ruang makan dan dapur.
Kabinet dapur cantik, baru semangat nak masak2.
betul tu mak inche