Solid Foods For Baby | Resepi Bubur Nasi + Avocado + Kismis + Kurma

28/10/2015

20150920232314

menu adik syamil minggu2 yang lepas. bubur nasi + puree avocado + kismis + kurma laju je dia makan. alhamdulillah. sebelum ni dia macam tak suka puree avocado. ummi test dengan bubur nasi akak puree nasi nampak dia suka je.

Resepi Bubur Nasi + Puree Avocado + Kismis + Kurma

bahan2:

segenggam beras
1/2 biji avocado
11 biji kismis
1 biji kurma (stimkan)

cara2 penyediaan:

1. tanak beras untuk dijadikan bubur.
2. kupas avocado dan stimkan bersama2 kismis dan kurma.
3. blend bubur yang siap dimasak menjadi puree.
4. blend avocado, kismis dan kurma menjadi puree.
5. campurkan ke dalam bekas lain. gaulkan dan sedia untuk dimakan.

nota penting: NO SUGAR/ NO SALT/ NO MSG added Winking smile

apa2 pun mak2 kena kreatif ye kalau nak sediakan homemade food untuk anak2. kita semua inginkan yang terbaik untuk anak2 dengan apa cara sekalipun. harap2 resepi simple ummi ilham ni membantu ibu2 yang kekurangan idea untuk homemade sold foods for baby.

babai!

Share this nice post:

2 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: