Family, Family's Activity, JalanΒ²

Family Angkat Saya – Keluarga Hj. Haniff & Hjh. Arai :)

Cerita yang dah menjeruk dalam draft πŸ™‚

Last month kami termasuk Mommy Ngah Ilham ke Kampung Baru Menggong, Alor Gajah, Melaka. Tujuan utama memang nak melawat family angkat saya masa study dulu. Sebenarnya saya dah lost contact, sebab diorang tukar nombor telefon, kiranya kami ke sana main terjah je. Nasib la kalau tak ada orang ke apa. Before tu, memang siap sedia plan b.. if tak ada orang kami stay la kat Tanjung Bidara ke, Pengkalan Balak ke.

Kami bertolak pagi dalam pukul 10am tak silapnya, berehat makan tengahari kat kawasan R&R Ayer Keroh. Sampai tol Simpang Ampat, Alor Gajah dalam pukul 2 lebih.

 

332639_300486276646308_100000548156241_1164264_2145037784_o

 

Alhamdulillah.. setelah mensesat barat sekejap kami sampai di Kampung Baru Menggong. Sekarang dah tukar nama ada tambah nama AllahyarhamΒ Tun Ghaffar Baba tak silapnya. Tak ingat la namanya. Kami terus menuju ke rumah ayah angkat saya tu. Syukur sekali lagi, diorang semua ada kat rumah.

Lepas rasa rindu dengan diorang. Lama dah tak jumpa, last jumpa masa saya kahwin tapi tu pun dorang tak sempat berkenalan dengan En. Nazir. Diorang datang awal dan balik awal. Sampai2 tu, Kak Rosnah sempat gorengkan mee untuk kami. En. Nazir sempat berehat melelapkan mata.

Petang tu, kami meronda2 kawasan kampung mengalahkan YB lagaknya πŸ˜‰

 

332639_300486289979640_100000548156241_1164267_1181682014_o

 

Fatin.. yang baru je beberapa bulan selepas accident. Sanggup temankan kami meronda kampung.

 

325138_300487339979535_100000548156241_1164286_546215961_o

 

Stage kat belakang tu, teringat kenangan berdikir barat masa program anak angkat dulu. Terus je suruh En. Nazir snap gambar kat sini πŸ˜‰

Jumpa makcik2 yang duk melepak depan rumah.. singgah sekejap tanda bahasa πŸ™‚

 

332639_300486283312974_100000548156241_1164266_1119424074_o

 

Si baju hitam ni memang nak jadi YB agaknya cita2 dia πŸ™‚ Beriya letak tangan kat belakang hehehe.

 

332639_300486293312973_100000548156241_1164268_823580201_o

 

Baju cenonit ni, tengah melayan mata duk dalam stroller. Sampai tertidur2 ronda kampung πŸ™‚

Malam tu kami makan beramai2 sekeluarga, Kak Hairani pun anak beranak datang tidur rumah ayah. Syok makan ramai2 tapi saya terpaksa makan last sebab si kecik nak mengempeng. Lepas makan borak2 kejap, lepas layan Ilham sampai saya pun tertidur tak sempat borak lebih panjang lagi.

Ok, nak kenalkan family angkat saya yang sangat2 baik hati πŸ™‚

 

302170_300496089978660_100000548156241_1164399_943459673_n

 

Ayah.. Hj. Haniff.. Mak.. Hajah Arai πŸ™‚

 

322686_300491469979122_100000548156241_1164340_146393530_o

 

Ilham ni main ejek2 Atok Haniff ke πŸ˜‰

 

322686_300491473312455_100000548156241_1164341_293796975_o

 

Saya dan mak.. mak sedih bila dengar cerita arwah mak saya dah meninggal dunia πŸ™

322686_300491476645788_100000548156241_1164342_1225441962_o

 

Kak Hairani, anak bongsu ayah.. dia ada baby baru juga lebih kurang sebaya dengan Ilham baby Fazli..

 

325138_300487349979534_100000548156241_1164289_717659133_o

Gambar ramai2.. anak2 yang lain tak ada balik kampung..

 

325138_300487356646200_100000548156241_1164290_976294555_o

Gambar kali ni dengan En. Nazir pulak πŸ˜‰

 

Kami bertolak balik esoknya dalam pukul 10am. Actually, bukan terus balik pun.. kami merayau2 meronda2 ke Banda Hilir. Dah lama tak bersuka ria kat Banda Hilir. Ilham pun teringin nak tengok bandaraya Melaka Bersejarah ni πŸ˜‰

Next entry yang tak tahu bila menjelma saya akan story mory pasal ronda2 Banda Hilir. Stay tuned!

Share this nice post:

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor β™₯ Product Review β™₯ Food Review β™₯ Media/ Events β™₯ Advertorial β™₯ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *