Home » Ambil Angin di Puteri Harbour

Ambil Angin di Puteri Harbour

Ambil Angin di Puteri Harbour

Ambil Angin di Puteri Harbour | Ehhhhh acah-acah tourist pulak lima beranak ni ek hahaha. Biasalah bila dah tak PKP ni bosan juga terperuk di rumah bila hujung minggu. Malas nak jalan jauh kita pergi Puteri Harbour je ambil angin petang. Tak jauh mana, kentut dari rumah pun boleh dengar hahaha. Colour of the day, RED! hahaha. Semua hero Ummi sarungkan t-shirt merah. Ummi je la maroon, but still anak beranak merah la kan hahaha.

Orang nak bersantai dia boleh ajak main tikam-tikam. Ni semua sebab dia tengok youtuber siapa entah budak JB tu yang ke sini. Sudahnya tak dapat apa. Babah kasi can je tu, hujung-hujung kena tazkirah sikit hahaha. Lepas layan kat sini barulah kami turun bersiar-siar tengok kapal cantik hehehe.

Mereka semua ni reda kena paksa posing kat sini. Selama burung ni ujud memang tak pernah bergambar haha. Lagi la PKP bersambung-sambung mana la ada keluar berjalan.

Team Merah bukan Jerung Merah ok hahaha. Senang nak cari kalau tercicir sorang hahaha. Baru Ummi nak romantikus bergambar berdua dengan Babah, sekali ada sorang menyelit. Jealous la tu!

Ambil Angin di Puteri Harbour

Just the three of us! Dua lagi dah jalan laju ke depan. Masa ni boleh tahan ramai juga orang bersantai.

Ambil Angin di Puteri Harbour

Kami pusing ke area sini tempat kurang orang sikit. Ada la brader sorang ni tengah memancing disapa dek Babah. Dah sudah Ilham nak ajak Babah memancing pulak hahaha. Kalau dulu selalu ada event kat area lapang ni. Paling best masa Aksi Pertunjukan Hebat di The Moscow Circus Puteri Harbour dan juga Dinosaur Kingdom Puteri Harbour. Syokkan zaman-zaman tak ada COVID-19, kita bebas ke sana ke sini.

Baca juga: Santai Petang di Marina Sandy Beach Marina Walk Puteri Harbour

Sempat juga Abang Ilham ajar adik-adik berkenalan dengan pokok semalu. Kemain teruja Syamil tengok daun semalu menguncup bila disentuh. Syahid pun keluar lah bahasa ayam itik dia acah-acah faham apa abang-abang cakap hehehe. Lepas bersiar-siar di Puteri Harbour ni agaknya kami kemana? Cuba teka? hahaha. Ehhh tak dapat hadiah tau hahaha. Next entrylah Ummi cerita ya.

Nak Naik Scooter di Puteri Harbour?

Credit pic: @ridetothesea

Ride To The Sea

Instagram: @ridetothesea
For booking/ inquiries: wa.link/lv7xwm

Kalau korang nak bersiar-siar sambil naik scooter bolehlah sewa scooter dari Ride To The Sea. Ummi tak sempat nak snap port dorang masa siang tu. Sebab terconfuse dengan satu lagi gambar yang kat bawah ni hehehe. Tapi Ummi perasan la diorang yang mana, kalau korang jumpa banner kuning dan purple itulah team Ride To The Sea.

Niat tu ada nak sewa sambil pusing-pusing sekeliling, tapi macam seram terlanggar orang haha.

Nak Sewa Bot di Puteri Harbour?

Nak sewa bot ni untuk any event pun boleh tau contohnya nak celebrate birthday, anniversary atau sunset cruise. Boleh contact nombor kat bawah tu.

M/V PEYSER

Instagram: @mvpeyser1

Sunset Cruise, Celebrations, Party and many more.
For enquiries and bookings, WhatsApp us now:
www.wasap.my/60197088144

Nak Berkayak di Puteri Harbour?

Terbaru korang juga boleh berkayak di Puteri Harbour. Wahh syokkan. Ummi ni anak kecil berderet kalau nak cuba berkayak kena la tinggalkan diorang kat rumah pengasuh sekejap hahaha. Boleh la berkayak dengan Babah sambil tengok sunset ecehhhhh. Apa-apa pun korang boleh contact link akt bawah tu ya.

SA.KAYAK (KAYAK ADVENTURE)

Instagram: @sa.kayak
WhatsApp for booking: wa.link/2epoca

Ok korang jom enjoy the beautiful scenery of Puteri Harbour.

Credit pic: https://www.hardrockcafe.com/location/puteri-harbour/

Hard Rock Cafe Puteri Harbour Bakal Dibuka!

Untuk pengetahuan korang yang masih belum tahu, tak lama lagi Hard Rock Cafe Puteri Harbour bakal dibuka secara rasmi di Puteri Harbour, Iskandar Puteri. Boleh rujuk info di bawah ya.

Stay tune for updates on our opening date!
Website: www.hardrockcafe.com/location/puteri-harbour
Phone No: +60 7-276 9999
Email: inquiry@hrcputeriharbour.com
Address: Lot 2-B2, Residensi & Hotel Marina, Persiaran Tanjung, Pengkalan Puteri, Iskandar Puteri, Johor Darul Takzim 79100 MY

May be an image of 2 people and text that says 'NOW HIRING CAFE CREW RICHIAMO COFFEE Outlet: Puteri Harbour, Johor (Opening Soon) -Available positions Outlet Manager, Supervisor & Cafe Crews -Training will be provided -Intersted candidates please contact: 019-226 5181 R”amo @richiamocoffee https://richiamocoffee.com'
Credit pic: Richiamo Coffee

Richiamo Coffee Puteri Harbour Bakal Dibuka!

Ehhhh.. Richiamo Coffee pun bakal dibuka di Puteri Harbour ok. Makin meriah la kawasan Puteri Harbour kan. Ada jawatan kosong tu. Silalah apply kalau korang berkelayakan. Boleh contact nombor tu ya.

Facebook: Richiamo Coffee
Contact No: 019-2265181

Pemandangan Cantik di Puteri Harbour

Kalau ke sini memang enjoy the view. Siapa sangka dulu kawasan ni bukanlah begini rupanya. Sekarang dah cantik dan jadi salah satu kawasan pelancongan di negeri Johor. Bangga la kejap jadi orang Gelang Patah hahaha.

Ambil Angin di Puteri Harbour
Ambil Angin di Puteri Harbour
Ambil Angin di Puteri Harbour
Ambil Angin di Puteri Harbour

Ummi memang suka gila kalau langit membiru ni. Masya Allah rasa tenang sekali jiwa melihat kebesaran Allah. Terasa macam.. ehhhh aku kat over sea ke ni? Tampar pipi kiri, tampar pipi kanan. Ui makcik, makcik kat Puteri Harbour je ok hahaha. Ok maafkan makcik yang kuat berangan.

Ambil Angin di Puteri Harbour

Dah puas pusing-pusing, hari pun makin petang. Cukuplah sesi kita bersiar-siar ambil angin di Puteri Harbour. Sebelum satu Malaysia kena kurung semula, marilah kita ronda-ronda sambil jaga SOP. Jangan lalai. Ok next Ummi cerita sambungan dari cerita ni ya. Yang pastinya memang “bagai orang mengantuk disorongkan bantal” lah buat Abang Ilham hehe.

Ok till then, babai! Selamat datang ke Puteri Harbour! Ehhhh tiberrrrrrrrrrr!

 2,566 total views,  12 views today

Related Posts

4 thoughts on “Ambil Angin di Puteri Harbour

  1. Wow, thanks info! Saya pernah kerja part time kat sini dulu!
    Haha..hari Ahad kerja..dulu ada booth kat sini…Banyak mat saleh la kita layan gituh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!