Breakfast di Restoran Old Town White Coffee One City Mall Subang Jaya

Jalan²

Breakfast di Restoran Old Town White Coffee One City Mall Subang Jaya | Sambungan dari cerita Penginapan 2 Hari 1 Malam di E-City Hotel @ One City Subang Jaya, kami breakfast di bangunan sebelah One City Mall. Senang rupanya kalau stay kat sini, tak bimbang lapar ekeke. One City Mall ada banyak kedai makan.

Mula-mula kami lima beranak je, kebetulan Yap dan Qina pun nak check out dia join sekali kami breakfast di Restoran Old Town White Coffee.

Breakfast di Restoran Old Town White Coffee One City Mall Subang Jaya

Ummi TER”cheat” sikitlah. Dah lama tak makan Mee Kari versi mee hoon yang sedap itu hehe. Sebelum makan niat jangan jadi lemak tepu dan balik rumah extra exercise. Barulah boleh makan dengan tenang ekekeke. Babah pun makan Mee Kari versi mee kuning aka mee gemok.

Hero-hero kecil makan ashikkkkk amak kata Syahid hehe. DIorang makan nasi lemak, siapa tak habis tak boleh ronda One City Mall itu syarat yang Babah berikan hehehe. Pasrah je la diorang makan sampai habis. Lepas makan kita ronda-ronda kejap sementara nak check-out pukul 12pm.

Singgah Jalan Jalan Japan, One City Mall Subang Jaya

Dah dua outlet Jalan Jalan Japan dibuka di JB, (Jalan Jalan Japan KIP Mall Masai dan Jalan Jalan Japan KIP Mall Tampoi) dan dah puas juga Ummi Babah mengelak nak masuk, tapi sampai Subang Jaya tewas juga dek rengekan anak-anak hahaha. Masuklah kejap buat-buat jamah sampai Ummi terbeli handbag, kasut Syahid dan toys untuk tiga ketul hero. Ada yang berbunyi siap nak ajak Ummi repeat Jalan Jalan Japan KIP Mall Tampoi hurmmmmmmm.

Puaslah hati dapat kereta sorang seketul. Lepas siap meronda terus naik bilik kemas-kemas barang,

Sebelum check-out, memasing membelek mainan hasil meronda Jalan Jalan Japan One City Mall. Hujung-hujung dengan Ummi sekali terjebak ek hahahaha.

Ok nanti sambung lagi cerita wedding dan cerita jalan-jalan Suria KLCC.

JOM LIKE & SHARE POST KAT BAWAH NI YA: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid06sUHHEuxK1dUEdxYDbUhjJD1CRvPtCS9S5ZwAuyp48sAkBkfmLnEWAAvigdqxQgrl&id=100057854478861&mibextid=Nif5oz

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Breakfast di Restoran Old Town White Coffee One City Mall Subang Jaya

  1. Whoaa

    banyak syokk.. akhirnya g JJJ kat sana ea.. Hahhaa .. Lama tak makan kat Old Town.. Mi kari situ sedap… Walaupun sy bukan peminat mi kari.. tapi try yg sana punya.. not bad kan ?

  2. Perghh.. Banyak syokk jenjalan…. akhirnya g JJJ kat sana ea.. Hahhaa .. Sila lah shopping kt Johor punya pulak…

    Lama tak makan kat Old Town.. Mi kari situ sedap… Walaupun sy bukan peminat mi kari.. tapi try yg sana punya.. not bad kan ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!