Resipi Sos Ala Sukiya

Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah & Sedap

Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah & Sedap | Scroll TikTok asyiklah nampak video orang makan steamboat bersama sos ala Sukiya, jadi Ummi pun nekad lah mencuba buat sendiri. Almaklumlah kami anak beranak memang peminat steamboat and grill hehehe. Tapi first trial Ummi buat kat office, lunch steamboat dengan officemate sambil buat eksperimen dengan resipi sos steamboat ala Sukiya di TikTok. Hasilnyaaaaa.. memang sedap! Maka jomlah buat untuk makan dengan Babah dan The Ilhams di rumah.

Resipi Membuat Sos Steamboat Ala Sukiya

Bahan-bahan Sos Ala Sukiya

Resipi Sos Ala Sukiya

Bahan-bahan membuat sos steamboat ala Sukiya ni tak lah susah sangat. Semua bahan mudah dicari. Pejam mata pun boleh buat hehehe. Abang Ilham dah hampir-hampir nak terer dah ni buat sos ni hehehe.

Bahan-bahannya:

2 sudu bawang putih
2 sudu daun ketumbar
2 sudu daun bawang
2 sudu cili padi
2 sudu chilli oil (homemade chilli oil Ummi buat sendiri)
Kewpie Roasted Sesame Dressing

Cara-cara Membuat Sos Ala Sukiya

Masukkan ke semua bahan ke dalam mangkuk, tambahkan Kewpie Roasted Sesame Dressing dan gaul sehingga sebati kesemuanya. Boleh adjust ikut rasa kalau nak lebih dressing atau lebih pedas, sila adjust sendiri ya.

Inilah hasilnya. Alhamdulillah anak-anak Ummi escpecially Abang Ilham memang suka gila. Sejak pertama kali buat, sampai la ni Ummi kena buat stock dalam fridge. Abang Ilham punya tahap suka sos steamboat ala Sukiya ni sampai buat lauk makan dengan nasi panas hahaha.

Ummi cakap yang buat sos ni Hernee, jadi nama dia dah tukar jadi “Sos Steamboat Sukinee” hahaha. Gurau je ya Sukiya!

Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah & Sedap

Makan Steamboat Dengan Sos Ala Sukiya

Dah berkali-kali woiii repeat. Pantang Babah tak ada, mudah Ummi kawtim dengan diorang menu di rumah ekekeke. Memang puas hati dapat makan sepuasnya anak beranak. Tambahan Ummi gorengkan Buffalo Chicken Wing Stick jenama Tyson Malaysia. Sedap weh. Cubalah!

Boleh view VTT Ummi, Sos Ala Sukiya di TikTok

@herneenazir Resipi Sos Ala Sukiya 2 sudu bawang putih 2 sudu daun ketumbar 2 sudu daun bawang 2 sudu cili padi 2 sudu chilli oil Masukkan Kewpie Roasted Sesame Dressing secukupnya. Siap untuk dimakan bersama steamboat di rumah! Selamat mencuba! #CapCut #sossukiya #sosalasukiya #kewpieroastedsesame #sos #sauce #steamboat #sossukiyaviral #homecook #masak #masaksimple #fyp ♬ original sound – Static caravans for sale UK

Baca juga: Resipi Cucur Udang dan Resipi Homemade Sos Cili Thai

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *