Kurta KACAX Hadiah Birthday Merangkap Baju Raya Babah

Kurta KACAX Hadiah Birthday Merangkap Baju Raya Babah

Kurta KACAX Hadiah Birthday Merangkap Baju Raya Babah | Birthday Babah hari tu Ummi macam blur tak tahu nak beli hadiah apa. Terus muncul hadiah yang kira-kiranya macam “2 in 1” la gitu.

Otak penjimatan Ummi muka terfikir, baik belikan Kurta KACAX. Nanti boleh buat baju raya sekali ekeke. Maka berdezuplah kami ke outlet terbaru Butik KACAX di UDA Business Centre. Pertama kali Ummi datang ke Butik KACAX UBC ni. Nampak meriah juga outlet kat sini, especially customer dari Singapore datang shopping baju raya awal. Diorang pun minat Kurta KACAX ok.

Design Terbaru Kurta KACAX

Namanya hadiah mestilah nak design paling latest kan hehe. Ada tiga pilihan hati Babah tapi dia baling-baling dadu la nak pilih yang mana hehe. Pilihan pertama Kurta LORENT, kedua Kurta BERGEN dan yang ketiga Kurta BRUNO. Actually mata Ummi ni nampak tiga-tiga pun cantik.

Tapi kita ikutlah pilihan empunya badan, dan beliau memilih Kurta LORENT warna hitam. Secara automatik anak² pun sedondonlah dengan design pilihan Babah. Abang-abang punya turn sebelum raya nanti kita repeat beli kurta design sama. Mudah kerja Ummi kan, bila ada kurta sedondon ayah dan anak macam ni.

Dalam masa yang sama Ummi nak fikir warna tema tahun ni, nampak baju melayu KACAX pun cantik juga warna dan kainnya. Korang dah decide ke warna tema raya tahun ni? Ummi berkenan warna Nude, tapi tu lah, Babah kata nanti sama warna langsir rumah kami yang bertemakan Nude hehehe.

Korang kena consider Kurta KACAX ni sebagai baju raya untuk suami dan anak-anak tau. Serious Ummi memang dah bertahun menjadi pelanggan setia KACAX. Kalau korang tak percaya boleh baca review sebelum ni:

Kacak Bergaya Di Hari Raya Dengan Kurta KACAX
5 Sebab Korang Kena Beli Kurta KACAX

4 Sebab Ummi Tetap Memilih Kurta KACAX

Design Moden

Kurta KACAX menawarkan gaya moden yang sesuai untuk pelbagai acara, sama ada formal atau santai. Design yang trendy menjadikannya pilihan yang menarik bagi mereka yang menghargai fesyen terkini.

Kain Selesa

Kurta KACAX diperbuat daripada kain yang sesuai untuk cuaca di Malaysia. Ini memastikan pemakainya merasa selesa sepanjang hari.

Pilihan Warna dan Corak

Kurta KACAX sering datang dalam pelbagai pilihan warna dan corak yang membolehkan individu memilih mengikut citarasa dan keperluan acara yang dihadiri. Memang warna cun-cun tau.

Kualiti Jahitan Yang Kemas

Kurta KACAX dihasilkan dengan kualiti jahitan yang kemas, menjadikannya tahan lama. Serious tau, kurta Babah dari tahun 2018 pun masih elok lagi. Memang Kurta KACAX ni boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang. Alah membeli menang memakai gitu.

Design butang pun cantik. Yang paling Ummi suka, tak ada isu anak rimas pakai lengan panjang sebab Kurta KACAX ada butang ditepi lengan untuk memudahkan pemakainya melipat lengan baju dan butang di hujungnya.

Butang baju pun ada jual ok, nanti dalam masa terdekat akan ada jualan songkok pelbagai saiz. Jadi korang tak payah susah-susah cari kat kedai lain.

Memang tak rugi beli Kurta KACAX ni tau bila kita sendiri dapat menghargai nilai keselesaan dan kualiti yang dihasilkan.

Korang mesti grab sehelai!

Lokasi Butik KACAX

Butik KACAX UDA Business Centre

24, Jln Padi Emas 1/4,
UDA Business Centre,
Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Kurta KACAX Hadiah Birthday Merangkap Baju Raya Babah

Butik KACAX Plaza

Angsana L3.41, Level 3
Angsana Johor Bahru Mall
Johor Bahru, Johor.
(Berdepan dengan kedai buku Badan Bookstore)

— Bakal dibuka di B5 Johor Street Market

Waktu Operasi: 10am – 10pm

Facebook :
https://www.facebook.com/KACAXORIGINAL/

Instagram:
https://www.instagram.com/kacax_official

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *