Buffet Ramadan 2024 – Trinidad Iftar Buffet | Korang dah decide ke cuba buffet Ramadan kat mana nanti? Nak berbuka dengan bajet bawah RM100 seorang? Jom tengok menu-menu berbuka puasa sajian tradisi Melayu di Trinidad Suites Puteri Harbour.
Makanannya boleh tahan sedap tau. First time Ummi cuba menu kat sini. Ummi suka gulai daging kawah, ayam masak lemak nangka, ikan siakap 3 rasa, bubur lambuk, mee hoon sup daging, seafood bakar pun sedap cicah air asam dan kicap.
Buffet Ramadan di Trinidad ni hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja. Tempah awal dapat harga lebih murah!
Menu Trinidad Iftar Buffet
Menu utama Gulai Daging Kawah, Bubur Lambuk Daging/Ayam, Ayam Masak Lemak Nangka, Ikan Siakap 3 Rasa, Udang Sambal Petai, Sayur Campur dan lain-lain lagi.
Untuk anak-anak ada Pasta Station (Marinara & Carbonara). Makanan Laut Bakar (Ikan Kembung, Pari, Sotong, Kerang) dicicah bersama Air Asam Utara & Kicap Manis Berlada. Peminat satay, korang boleh rasa Satay Ayam & Daging yang sedap.
Aneka kuih muih tradisional Melayu dan kek.
Aneka Kerabu. Ada Kerabu Ayam Thai, Kerabu Taugeh Kelapa Goreng dan Isi Kerang dan Kerabu Mangga
Hidangan Utama – Minggu 1
Nasi Putih
Nasi Minyak
Ayam Masak Lemak Nangka
Ikan Siakap 3 Rasa
Udang Sambal Petai
Sayur Campur
Tauhu Jepun Sos Tiram
Hidangan Utama – Minggu 3
Nasi Putih
Nasi Minyak Hujan Panas
Kari Ayam
Asam Pedas Ikan Merah
Udang Masak Masam Manis
Kobis Goreng Ikan Bilis
Tauhu Goreng Sos Thai
Buffet Ramadan di Trinidad ni hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja. Tempah awal dapat harga lebih murah!
Buffet Ramadan 2024 – Trinidad Iftar Buffet
Harga Buffet Ramadan Bawah RM100 di Trinidad Suites Puteri Harbour
Promosi “Early Bird” (Sah Sehingga 11 Mac 2024)
RM68 nett (Dewasa)
RM38 (Kanak-Kanak)
Harga Biasa
RM78 nett (Dewasa)
RM68 nett (Warga Emas)
RM48 (Kanak-Kanak)
Beli 5 PERCUMA 1 sebelum 11 Mac 2024
Tempah sekarang – +60127669427
Lokasi Trinidad Suites Puteri Harbour
Alamat: Trinidad Suites Johor, Trademark Collection by Wyndham, Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Iskandar Puteri, Johor
Website: https://www.trinidadsuitesjohor.com/
Barisan para chef yang bertanggungjawab menyediakan makanan sedap di Kembali Kitchen Trinidad Suites.
Bodyguard Ummi, boipren paling bongsu. Makan sambil tengok view cantik Kota Iskandar. Kali ni dapat berborak panjang sikit dengan Mira, ZyzoolMiraTravel. Hari ni kita jumpa lagi ya dapat sambung berborak ehehe.
Senarai Buffet Ramadan 2024 di Johor Bahru
Sedapnya terbaca ayam masak lemak nangka..
sedap sis hehehe laju syahid makan