5 Sebab Korang Kena Beli Kurta KACAX | Korang dah start shopping raya ke tu? Alhamdulillah untuk tahun ni, kami dah buat persiapan awal seawal sebelum Ramadan menjelma. Bukan sebab tak sabar sangat nak beraya, sebab Ummi malas nak bersesak-sesak dengan anak-anak di bulan puasa nanti. Jadi kita buat persiapan awal. So far boleh dikatakan 90% dah siap persiapan raya.
Kemana tujuan kami agaknya ya? Mestilah ke Butik KACAX. Boleh raya ke tak boleh raya Ummi tetap sediakan Kurta KACAX untuk Babah Ilhams. Tahun lepas tak dapat nak berKACAX maklumlah raya kat rumah je kan. Tak shopping apa pun pakai apa yang ada. Ulang pakai baju raya tahun 2019. Tahun ni kita repeat beli kurta kegemaran Babah. Kenapa repeat? Haaaa inilah sebabnya Ummi nak kongsikan dengan korang.
5 SEBAB KORANG KENA BELI KURTA KACAX:
- Design Menarik – Design kurta yang menarik antara salah satu daya tarikan pelanggan. Kalau korang tengok design kurta KACAX ni memang nampak “simple and smart”. Nampak segak bila digayakan. Kalau dah segak mestilah automatic Nampak kacak tak gitu? 😉
- Kualiti Kain Yang Baik – Pemilihan kain untuk Kurta dan baju melayu KACAX ni memang patut dipuji. Kainnya sangat berkualiti. Material yang digunakan adalah dari material japenese cotton, cotton linen, royal king. Material ringan dan sejuk sesuai pakai untuk ayah dan anak.
- Jahitan Yang Kemas – Jahitan ni memang memainkan peranan penting. Biasanya Ummi akak belek kekemasan jahitan pada pakaian yang dibeli. Setakat ni Ummi tengok kurta dan baju melayu KACAX ni jahitannya memang kemas dan tak mudah tertetas jahutannya.
- Sesuai Dipakai Bila-bila Masa – Sesuai dipakai dalam apa jua majlis, bukan saja untuk beraya. Nak pakai ke office pun sesuai. Boleh juga dipakai sedondon bersama anak-anak.
- Perkhidmatan Pelanggan Yang Baik – Seriously staff mahupun owner sangat friendly. Buat kita tak segan silu nak bertanya itu dan ini.
Kurta KACAX ni bukan ada satu design je tau. Korang boleh pilih banyak design menarik. Jom tengok design kat bawah tu:
- Kemeja Sedondon Bapa & Anak – terdapat 8 set sedondon bapa dan anak dan 20 jenis corak kesemuanya.
Kurta PIRO (Short Sleeve) – terdapat enam pilihan warna-warna pastel yang menyejukkan mata.
Kurta ROKU (Three quarter sleeve) – terdapat 5 warna-warna bold yang membuatkan penampilan bapa dan anak lebih menonjol.
Kurta CEIZA (lengan Panjang) – terdapat 5 warna yang menyerlahkan penampilan bapa dan anak.
Kurta CAPRIO – design khas untuk bapa tampil bergaya.
Kurta HUESCA – terdapat 5 warna dengan material cotton linen spandex dan stretchable.
Kurta LUCENA
Kurta MURCIA
Kurta RIBEIRA
Kurta MERIDA
Fuhhhh banyak pilihan kan. Haaa memang rambang mata dibuatnya. Kurta KACAX Babah yang lepas pun masih elok lagi. Memang high kualiti kainnya tau. Alah membeli menang memakai gitu. Ini bukan sembang kari punya hehe. Korang boleh baca review Ummi sebelum ni ya.
https://herneenazir.com/2018/05/25/kacak-bergaya-di-hari-raya-dengan-kurta-kacax/
Pilih punya pilih, agak-agak kurta mana yang Babah berkenan? Tahun ni Babah pilih Kurta Andro. Walaupun Ummi berkenan kat Kurta CAPRIO hahaha.
Amacam kacak tak? Hahaha.
Sorang lagi berangan nak berKACAX. Abang Ilham menggayakan Kurta PIRO.
Kalau korang ke Angsana Johor Bahru Mall jangan lupa singgah ke Butik KACAX di level 3 ok. Banyak pilihan kurta dan baju melayu untuk ayah dan anak. Nak sedondon pun boleh. Pilih je yang mana korang suka. Kalau ibunya nak sedondon sekali boleh jengah Butik Jamilah, selang sebuah butik je dari Butik KACAX ni. Settle masalah hehe.
Special tahun ni, ada promosi BUY & FLY bermula 1 April hingga 31 Disember 2021. Dengan setiap pembelian RM100 ke atas korang layak menyertainya dan berpeluang memenangi pakej-pakej percutian ke tempat-tempat menarik di Malaysia:
Hadiah Pertama (1 pemenang) – Kota Kinabalu, Sabah (Tiket pergi & balik)
Hadiah Kedua (3 pemenang) – Langkawi, Kedah (Tiket pergi & balik)
Hadiah Ketiga (2 pemenang) – Pulau Pinang (Tiket pergi & balik)
Hadiah Keempat (2 pemenang) – Kota Bahru, Kelantan (Tiket pergi & balik)
**Tertakluk kepada terma dan syarat.
LOKASI BUTIK KACAX
L3.41, Level 3
Angsana Johor Bahru Mall
Johor Bahru, Johor.
(Berdepan dengan kedai buku Badan Bookstore)
Facebook :
https://www.facebook.com/KACAXORIGINAL/
Instagram:
https://www.instagram.com/kacax_official
BOOTH KACAX PROMO RAMADHAN
✅ Lokasi: Level 2
✅ Berhadapan Habib Jewel
✅ Berhadapan pintu masuk Spazio Pizza
✅ Berhadapan Kedai Kasut BATA
Waktu Operasi: 10am – 10pm
Untuk membeli secara online
wasap.my/60197341037/kurtaKACAX
#kurta #kurtakacax #kurtamurah #kurtalelaki #kurtamoden #kurtaraya #kurtaslimfit #kurtabudak #kurtacantik #kurtababy #kurtacotton #kurta2018 #kurtakids #kurtaonline #kurtadewasa #kurtaborong #kurtastylo #bloggerjohor #JDTBlogger #herneenazirdotcom
berkualiti kan. yang lama tu pun elok lagi.
ye betul mar.. masih elok kainnya..