29 Februari 2024 Tahun Lompat

29 Februari 2024 Tahun Lompat

29 Februari 2024 Tahun Lompat | Selamat menyambut tahun lompat hehehe. Ehhhh mana ada sambutan. Acah je. Saja nak buat posting. Korang ada tak family yang lahir tahun lompat? Dikesempatan ni, Ummi nak ucapkan “Selamat Hari Lahir” untuk Mak Mon, emak kepada bff Ummi, Cik Tom yang sekarang dah jadi anak buah Ummi hehehe.

Setiap empat tahun, kita akan menyisipkan satu hari dalam kalendar, iaitu pada 29 Februari. Tahun ini juga dikenali sebagai ‘tahun lompat’. Dengan cara yang logik, ini adalah penambahan 24 jam dalam kalendar untuk memastikan keserasian dengan pergerakan bumi mengelilingi matahari.

29 Februari 2024 Tahun Lompat

Apa Itu Tahun Lompat?

Tahun lompat (bahasa Inggeris: leap year, Belanda: schrikkeljaar) atau tahun kabisat (Arab: سَّنَةُ الكَبِيسَة‎, rumi: sannat ul-kabīsah “tahun terisi” di mana كَبِيسَة‎ kabīsah terbitan kata kerja كَبَسَ‎ kabasa “menimbus” atau “mengisi”) mengandungi lebih satu hari daripada tahun biasa sebanyak lama tahun falak/bermusim. Peristiwa musim dan astronomi tidak mengulangkan diri pada bilangan hari yang sama. Oleh sebab itu, sekiranya terdapat suatu takwim yang mempunyai bilangan hari yang sama pada setiap tahun, hari ulang tahun akan berbeza daripada hari peristiwa yang ditandainya. Dengan penambahan satu hari, perbezaan di antaranya boleh dibetulkan.

Dalam takwim Gregorius, sehari tambahan diletakkan selepas 28 haribulan Februari yakni pada 29 Februari keseluruhan berjumlah 366 hari berbanding 365 hari dalam setahun biasa. Orang yang dilahirkan pada 29 Februari akan menyambut hari jadinya pada hari sebelumnya ataupun selepasnya (1 Mac). Kredit info: https://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_lompat

Sejak Bila Bermula Tahun Lompat?

Tahun lompat pertama dipercayai berlaku pada tahun 45 SM. Ia diperkenalkan oleh Julius Caesar ketika masyarakat Rom kuno menggunakan sistem kalendar 355 hari.

Kenapa Ada Tahun Lompat & Macam Mana Nak Kira? 

Hari-hari ekstra ini diperlukan bagi memastikan kalendar Gregori yang digunakan kini selaras dengan pergerakan bumi mengelilingi matahari.

Bumi mengambil masa sekitar 365.242189 hari atau 365 hari, 5 jam, 48 minit, dan 45 saat untuk menyelesaikan satu putaran mengelilingi matahari. Tempoh ini dikenali sebagai tahun tropika dan bermula pada ekuinoks bulan Mac, ketika matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa.

Pada saat itu, matahari akan berada langsung di atas garisan Khatulistiwa untuk tempoh 24 jam.

Senarai Buffet Ramadan 2024 di Johor Bahru

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *