Pertama Kali ke JDT Head Quarters

Leisure
Pertama Kali ke JDT Head Quarters

Pertama Kali ke JDT Head Quarters | Alhamdulillah direzekikan menjejakkan kaki ke JDT Head Quarters semasa menghadiri majlis pelancaran kerjasama antara JDT, IKEA Tebrau & Toppen. Bukan senang nak ke sini ui, Ummi anggap ini rezeki la kan hehehe. Blogger makcik kampung dapat cover event kat sini hehehe.

Pertama Kali ke JDT Head Quarters

Suasana Eksklusif di JDT Head Quarters

Sebagai seorag blogger makcik kampung, Ummi rasa sangatlah berbesar hati dapat ke sini. Management office yang sangat eksklusif luaran mahupun dalaman. Cuma masa ke sini tak lah dapat menjelajah ke seluruh bangunan. Bukan boleh suka-suka ya.

Pertama Kali ke JDT Head Quarters

Ummi cuma sampai ke conference room berdekatan reception area dan tandas je la ekekeke. Kawasan lain cuma mampu tengok singboard je hahaha. Takkan la poyo nak request ke TMJ Office hehehe.

Info Tentang JOHOR DARUL TA’ZIM FC – JOHOR Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim FC, juga dikenali sebagai JDT FC, ialah sebuah kelab bola sepak yang berpusat di Johor. Kelab ini kini bermain dalam divisyen teratas bola sepak Malaysia, iaitu Liga Super Malaysia. Kelab ini dimiliki oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja Johor.

Pertama Kali ke JDT Head Quarters

Pencapaian JDT FC

Liga

  • Malaysia Super League
    • Winners (9): 2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019, 2020, 2021, 2022

Piala

  • Malaysia Cup
    • Winners (3): 2017, 2019, 2022
    • Runners-up (2): 2014, 2021
  • Malaysia FA Cup
    • Winners (3): 2016, 2022, 2023
    • Runners-up (1): 2013
  • Charity Shield Cup
    • Winners (8): 2015, 2016, 2018, 2019, 2020, 2021, 2022, 2023
    • Runners-up (1): 2017

Kontinental

  • AFC Cup
    • Winners (1): 2015

Pertama Kali ke JDT Head Quarters

Berjumpa Dengan Rakan Media

Pertama Kali ke JDT Head Quarters

Alhamdulillah dapat berjumpa dengan adik-adik rakan media yang lain, Norfy dari The Iskandarian dan Shieda dari Visit Johor. Hidangan menu dari IKEA semua sedap-sedap belaka.

Posing depan Reception. Suasana eksklusif tu rugi kalau tak posing bukan senang nak sampai ke sini. Mudah-mudahan ada rezeki lagi Ummi dapat cover event kat sini lagi nanti.

Pertama Kali ke JDT Head Quarters

Dalam toilet pun sempat ya Hernee hahaha.

Lokasi JDT Head Quarters

Alamat:

JDT HQ Sultan Ibrahim Stadium
79200, Iskandar Puteri, Johor.

Tel : +607-5852084
Email : support@johorsoutherntigers.com.my
Website: https://johorsoutherntigers.my/

Baca juga: IKEA Tebrau & Toppen Bekerjasama dengan JDT untuk Membina Penglibatan Komuniti di Johor Menerusi Bola Sepak

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!