Cara Claim eMADANI RM100 di Aplikasi MAE, Setel, Touch N Go & Shopeepay

Cara Claim eMADANI RM100 di Aplikasi MAE, Setel, Touch N Go & Shopeepay

Cara Claim eMADANI RM100 di Aplikasi MAE, Setel, Touch N Go & Shopeepay | Bermula 4 Disember 2024, eMADANI RM100 iaitu bantuan kredit e-tunai sebanyak RM100 sekali sahaja (one-off)  akan diberikan kepada golongan B40 dan M40 kepada seramai 10 juta rakyat Malaysia.

Cara Claim eMADANI RM100 di Aplikasi MAE, Setel, Touch N Go & Shopeepay

Apa Itu Inisiatif eMADANI?

  • Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.
  • Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.
  • Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
  • Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.  

Syarat-Syarat Kelayakan eMADANI:

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
  3. Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada  7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023. 

Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik  ‘KnowYourCustomer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat. 

Cara Claim eMADANI RM100 di Aplikasi MAE, Setel, Touch N Go & Shopeepay

Cara Memohon eMADANI

Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.

Langkah 1

Muat turun aplikasi e-dompet terlibat di Apple App StoreGoogle Play Store atau Huawei AppGallery.

Langkah 2

Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi  e-dompet tersebut.

Langkah 3

Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik ‘KnowYourCustomer’ (eKYC).

Langkah 4

Pada aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”.

Langkah 5

Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.

Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eMADANI daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eMADANI.

Tempoh Permohonan eMADANI

  • Permohonan kredit eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024.
  • Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 29 Februari 2024. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eMADANI yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.
  • Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.

Penyedia Perkhidmatan e-dompet Yang Terlibat

  1. MAE
  2. Setel
  3. ShopeePay
  4. Touch ‘n Go eWallet

Bilakah Tuntutan RM100 eMADANI Dikreditkan?

Sekiranya anda memenuhi kelayakan eMADANI dan telah melalui proses verifikasi eKYC, anda akan menerima RM100 secara ‘oneoff’ ke dalam e-dompet pilihan anda. Mengikut kebiasaan, proses ini mengambil masa 24 jam sehingga 5 hari dari tarikh permohonan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:

  1. MAE: 1300-88-6688 atau emel ke mgcc@maybank.com.my
  2. Setel: Emel ke hello@setel.com atau klik di sini
  3. ShopeePay: +603-2777 9222 atau klik di sini
  4. Touch ‘n Go eWallet: +603-5022 3888 atau klik di sini 

Baca juga: Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *