Bercuti di GEO Resort & Hotel Sempena Hari Merdeka

Blogger Review Cuti2

Bercuti di GEO Resort & Hotel Sempena Hari Merdeka | Alhamdulillah cuti sekolah penggal pertama yang lepas, Ummi Babah berkesempatan bawa anak-anak bercuti sekali lagi di GEO Resort & Hotel, Genting Highlands. Diorang ni bila dapat tahu je nak ke GEO Resort, memasing dah excited. Masa first time stay sini, nak balik je memasing dah monyok tak nak tinggalkan resort yang best ni. Ummi cakap doa banyak-banyak mana tahu rezeki dapat bercuti lagi kat sini.

Alhamdulillah.. second time ke sini, kali ni time merdeka. Jarang Ummi Babah korang ni nak gigih bercuti tempat-tempat tumpuan orang ramai bila public holiday. Kira rezeki betul-betul ni tau ekekeke.

Check-in Bilik Family Suites

Sebelum Ummi bercerita panjang, marilah kita check-in dulu. Macam biasa bilik pilihan kami Family Suites. Sesuai dan selesa untuk kami anak beranak. Ada 1 katil bersaiz super king dan bunk bed bersaiz queen. Kelengkapan dalam bilik memang cukup lengkap. Dapat pula view menghadap ke arah Genting Highlands yang berkabus memang menyejukkan mata. Kali ni agak tebal kabusnya sampai tak nampak puncak Genting Highlands.

Kemudahan dalam bilik seperti cerek elektrik, iron & ironing board, 55-inch flat screen Smart LCD TV dan lain-lain. Ada juga coffee machine untuk korang mengopi dalam bilik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan walk-in rainforest shower, exclusive bathroom toiletries dan juga hairdryer.

Aktiviti Sepanjang Hari Kemerdekaan di GEO Resort & Hotel

Ada beberapa aktiviti sempena kemerdekaan yang dianjurkan oleh pihak GEO Resort & Hotel untuk para tetamu yang menginap di sini. Antaranya Kids Movie Screening, Pound Dance Exercise with Emmy, Hi-tea Buffet dan lain-lain

Kids Movie Screening

Lepas check-in kami rehat sekejap dalam bilik. Dalam jam 2 petang kami turun ke lobby menuju ke Jade Hall untuk join Kids Movie Screening. The Ilhams enjoy menonton movie Mario dan Smurf.

Sambil tengok movie boleh makan snek yang disediakan di belakang hall. Ada popcorn, marshmallow, biskut, lollipop, aneka mochi dan yang paling best ada aiskrim Malaysia. tengok tu Abang Ilham kemain enjoy makan popcorn.

Bercuti di GEO Resort & Hotel Sempena Hari Merdeka

Pound Dance Exercise with Emmy

Lepas je anak-anak layan movie, Ummi pula acah-acah bakar lemak join Pound Dance Exercise. Buat pertama kalinya Ummi exercise cara ni tau. Pertama kali juga dengar hahaha adoii ketinggalan zaman betul. Syok rupanya Pound Dance Exercise ni ya. Tak terlalu heavy la pergerakannya. Diajar pula oleh Pound Dance Pro yang best, Emmy dan Firah. Memang enjoy! Kena cari la kelas Pund Dance kat JB nanti.

Hi-Tea Pastries & Donuts Set di GEO De Cafe

Kali ni kami mencuba set hitea, Pastries & Donuts Set di GEO De Cafe. Banyak gila pastries dan donuts kat sini tau. Yang pastinya dibuat oleh chef muda berusia 20 tahun.

Pastries Set – RM89.90
Pastries + 2 drinks (Latte or Cappucino)

Donuts Set – RM69.90
Donuts + 2 drinks (Latte or Cappucino)

Set ala-carte lain juga available ya.

Kami sedang menikmati pastries dan donut sambil menghirup iced latte. Ehhh baru perasan ada yang photobomb.

Dinner Banana Leaf Rice Set di Cabana Cafe

Malamnya pula kami cuba Banana Leaf Rice Set di Cabana Cafe. Sebelum ni kami makan menu buffet dinner kan, so kali ni kita tukar selera.

Kari kepala ikan tu mantap gila woi. Pekat betul kuahnya memang terangkat makan dengan nasi yang panas. Banana Leaf Rice Set ni harga RM638 sesuai untuk 4 hingga 6 orang. Agak pricey tapi berbaloilah dengan rasanya yang sedap.

Mandi-manda di Heated Outdoor Infinity Pool

Aktiviti paling dinanti-nantikan, apa lagi kalau bukan berenang. Anak-anak memang teruja la bila tahu nak ke sini, tak sabar nak berendam dalam heated outdoor infinity pool. Walaupun suasana sekejap hujan, sekejap panas diorang tetap nak berendam sebab air kolam ni tak sejuk pun. Dua kali la Babah layan diorang repeat terjun kolam.

GEO Resort & Hotel – Best & Recommended Resort & Hotel

Sekali sekala korang kena stay sini tau. Best! Lokasi strategik banyak kedai-kedai keperluan harian, kedai makan, klinik, stesen minyak dan sebagainya. Kali ni kami tak naik cable car kami cuma jalan-jalan ke Strawberry Leisure Farm je.

Nahhhh.. sekeping gambar di Strawberry Leisure Farm. Nanti Ummi cerita lebih lanjut ya.

Lokasi GEO Resort & Hotel

GEO RESORT & HOTEL

Jalan Permai 2,
Genting Permai Avenue,
69000 Genting Highlands,
Pahang, Malaysia

Telefon:
+603-9213 0838
+603-9213 0828
Email: inquiry@georesort.my
Website: https://www.georesort.my/

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Bercuti di GEO Resort & Hotel Sempena Hari Merdeka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!