Permohonan Kemasukan ke MRSM Bagi Tingkatan 1 & 4 Tahun 2024

Education
Permohonan Kemasukan ke MRSM Bagi Tingkatan 1 & 4 Tahun 2024

Permohonan Kemasukan ke MRSM Bagi Tingkatan 1 & 4 Tahun 2024 | Permohonan Kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 & 4 tahun 2024 kini dibuka. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian mulai 15 September 2023 jam 3.00 petang.

Baca juga: Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 1 & 4 Sesi 2024-2025

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Syarat Kemasukan ke MRSM

  • Warganegara Malaysia
  • Ibu dan/ atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia
  • Calon perlu memohon secara dalam talian (online) dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  • Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  • Calon lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012 bagi calon Tingkatan 1 2024 atau lahir pada
    2 Jan 2008 hingga 1Januari 2009 bagi calon Tingkatan 4 2024
  • Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi
    syarat-syarat yang ditetapkan

Permohonan MRSM Dalam Talian (Online)

Permohonan dibuka bermula 15 September 2023 hingga 20 Oktober 2023.

Pautan Permohonan MRSM

Sila layari website https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm

Info MRSM

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah berasrama penuh di bawah
kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), sistem pendidikan MRSM ini diwujudkan untuk merealisasikan matlamat MARA dalam melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berdaya maju.

Sistem pendidikan MRSM digubal dengan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berpaksikan pembinaan karakter para pelajar supaya mereka menjadi insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Senarai Program Sistem Pendidikan MRSM

  • MRSM PROGRAM PREMIER (TINGKATAN 1 DAN 4)
  • MRSM PROGRAM IGCSE (TINGKATAN 1)
  • MRSM PROGRAM ULUL ALBAB (TINGKATAN 1)
  • MRSM PROGRAM TEKNIKAL (TINGKATAN 1)
  • MRSM PROGRAM BITARA (TINGKATAN 4)

MRSM Program Premier (Tingkatan 1 & 4)

MRSM Program Premier menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan
kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul
keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan
pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan
Sahsiah.

MRSM Program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)

MRSM Program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) menawarkan program
pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan, kurikulum khas MRSM berteraskan STEM dan
Kurikulum Cambridge IGCSE yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan
serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur
13 tahun lagi. Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British
GCSE dan International GCE O Level.
Integrasi kurikulum ini akan memberikan nilai tambah (value add) kepada pengalaman pembelajaran
pelajar. Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada akhir tahun Tingkatan 4 dan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) semasa Tingkatan 5.

MRSM Program Ulul Albab

MRSM Program Ulul Albab menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan
dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul
keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan
pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan
Sahsiah.
Program Ulul Albab ialah program nilai tambah termasuk Tahfiz al-Quran yang bermatlamat melahirkan
ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai
kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

MRSM Program Teknikal

MRSM Program Teknikal menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan
dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul
keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan
pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan
Sahsiah.
Program Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan seperti ilmu
Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Internet of Things (IoT)
yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Pada peringkat Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, pelajar perlu mengambil subjek Lukisan Kejuruteraan
sebagai subjek elektif pilihan wajib.

MRSM Program Bitara

MRSM Program Bitara menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan
dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah,
modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti
sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus
Pembangunan Sahsiah.

MRSM Program Bitara menawarkan pendidikan kepada pelajar yang mempunyai pencapaian
akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta
potensi pelajar (gifted & talented).

MRSM Program Bitara melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan,
pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan pelajar yang
mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior).

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://www.mara.gov.my.

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!