Cara Memohon Salinan Sijil Kematian Yang Hilang | Ceritanya kami nak menguruskan urusan arwah ayah di Bahagian Pusaka Kecil. Masa proses mengumpul dokumen-dokumen, kami dapati Sijil Kematian arwah emak dah hilang. Tak pasti siapa yang simpan sijilnya, tapi rasanya arwah ayah yang simpan. Cuma bila dicari tu tak jumpa kelibat sijilnya. Jadi Ummi pun duk search la info macamana cara nak mendapatkan salinan sijil kematian baru.
Sijil kematian asal yang hilang dalam simpanan boleh diperolehi semula salinannya dengan membuat Cabutan Kematian di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Tanpa berlengah lagi Ummi pun ke JPN Pontian. Kali ke empat Ummi ke sini, dua kali untuk daftar kematian Pak Beng dan Ayah, dua kali untuk urusuan kad pengenalan Abang Ilham.
Syarat Permohonan Cabutan Sijil Kematian
Permohonan Cabutan Sijil Kematian boleh dibuat oleh individu berikut:
- Ibu atau bapa si mati
- Suami atau isteri si mati
- Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi si mati
- Adik-beradik kandung si mati
- Agensi kerajaan
- Badan Berkanun
- Firma Guaman
Dokumen Yang DiPerlukan
Kategori 1: Individu Dalam Kategori 1 hingga 4
- Borang JPN.LM13 yang lengkap;
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan);
- Salinan sijil kematian si mati (sekiranya ada).
- Sijil perkahwinan suami dan isteri (asal dan salinan)
Kategori 2: Individu Dalam Kategori 5
- Borang JPN.LM13 yang lengkap;
- Surat Rasmi Pejabat Firma Guaman untuk memohon carian dan cabutan dalam daftar;
- Surat lantikan daripada anak guam (pemohon);
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri anak guam (pemohon) (asal dan salinan);
- Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).
Kategori 3: Individu Dalam Kategori 6 & 7
- Borang JPN.LM13 yang lengkap;
- Surat Rasmi Agensi Kerajaan atau Badan Berkanun untuk memohon carian atau cabutan dalam daftar;
- Surat wakil kuasa pemohon untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).
Kategori 4: Selain Daripada Individu Dalam Kategori 1 hingga 4
- Borang JPN.LM13 yang lengkap;
- Dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika bukan warganegara).
- Surat Rasmi untuk memohon carian dalam daftar.
- Surat Akuan Berkanun (Jika berkaitan).
- Salasilah/Susur galur keluarga (Jika berkaitan).
- Surat wakil kuasa dari waris yang layak bersama salinan kad pengenalan waris (Jika berkaitan).
- Sebarang dokumen atau maklumat yang boleh dijadikan asas membuat carian dalam daftar kelahiran seperti Cabutan Daftar Persekolahan dan Sijil Kelahiran adik-beradik yang lain (bagi permohonan carian kelahiran).
Cara Memohon Salinan Sijil Kematian Yang Hilang
Langkah-Langkah Memohon
Ambil Nombor Giliran
Sila dapatkan nombor giliran dengan memilih bahagian Kematian. Bila dah dapat nombor giliran sila duduk dan tunggu sehingga nombor korang tertera.
Isi Borang Permohonan Cabutan Sijil Kematian
Setelah sampai giliran, dapatkan Borang Permohonan Carian/Cabutan dari Pegawai Pendaftar bertugas. Isi maklumat dengan lengkap berserta kad pengenalan asal pemohon dan salinan kad pengenalan pemohon.
Ceritanya Ummi datang dua kali sebab kali pertama datang tu tertinggal salinan kad pengenalan, datang pula hari Ahad kedai fotostet yang Ummi pernah pergi tu tutup. Jadinya isi borang dan balik begitu saja hahaha. Jadi korang yang nak ke sana jangan lupa bawa dokumen sesiap.
Bayaran Cabutan Sijil Kematian
Bayaran permohonan dikenakan sebanyak RM5 sahaja. Selepas membayar, tunggu sekejap sementara Pegawai Pendaftaran membuat salinan SIjil Kematian baru. Ummi tunggu tak lama mana pun. Sekejapan dah kena panggil.
Terima Salinan Sijil Kematian Baru
Taraaaaa dah siap dapat on the spot Sijil Kematian arwah Emak yang baru, Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan urusan kami seterusnya. Nanti Ummi kongsikan pula Cara Daftar Kematian dan juga pengalaman pertama Membuat Kad Pengenalan Anak Berusia 12 Tahun. Stay tuned!
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu korang ya.
Cara Mendaftar Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) PERKESO
Baca juga: JNT Johor
Tentu banyak urusannya kan, semoga dipermudahkan.
Reply
aamiin.. thanks mak inche
Reply