Zikir Hari Khamis Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil’Adzim | Zikir menenangkan hati. Ketahuilah bahawa haiwan dan tumbuhan diciptakan untuk hanya berzikir kepada Allah dan memberi khidmat kepada manusia. Betapa besarnya pahala mendengar dan menyebut zikir. Masha Allah. Jom kita sama-sama istiqomah dalam berzikir.
Zikir Hari Khamis
Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil’Adziim
(Dibaca 1000 kali atau lebih)
Fadhilat & Kelebihan
Setiap kali dibaca zikir ini, Allah ampunkan dosa sebanyak buih di laut, satu kali sebut, tumbuh satu pohon syurga untuk kita di Taman Syurga.
Zikir boleh dilakukan pada bila-bila masa dan ketika, bukan sahaja selepas solat. Kita masih boleh berzikir walaupun sibuk dengan aktiviti harian kita.
Zikir Hari Khamis Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil’Adzim
Kelebihan Hari Khamis Dalam Islam
Peristiwa Berlaku di Hari Khamis
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (pada masa ni, Nabi Yusof sudah jadi Raja Mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga…untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari Khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah SWT.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota Mekah selepas perjanjian Hudaibiyah.
Kelebihan Sunat Berpuasa Pada Hari Khamis
Hari Khamis disunatkan untuk umat Islam melakukan puasa sunat. Ada banyak fadhilat dan kelebihan berpuasa sunat pada hari Khamis kerana Rasulullah S.A.W. sangat mengambil berat puasa pada hari Khamis. Dalilnya disunatkan berpuasa hari Khamis:
Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa;“Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi).
Doa Hari Khamis – Doa Yang Baik Diamalkan Selepas Solat 5 Waktu Pada Hari Khamis
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Ya Allah, ya Tuhan kami,
Di hari yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal. Kuatkanlah tekad dan semangat kami untuk berkhidmat kepada jabatan ini dengan lebih cekap serta cemerlang.
يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ
Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Jangan lupa baca Surah Al Kahfi 1-10