Penginapan 2 Hari 1 Malam di Pinetree Marina Resort Puteri Harbour

Travel
Penginapan 2 Hari 1 Malam di Pinetree Marina Resort Puteri Harbour

Penginapan 2 Hari 1 Malam di Pinetree Marina Resort Puteri Harbour | Cuti sekolah yang lepas kami tak jalan jauh mana pun cukup sekadar bercuti dalam kawasan Iskandar Puteri je itu pun diorang dah happy. Kiranya ni adalah pengalaman percutian paling dekat dengan rumah hehe. Cuti akan datang tak lama lagi ni Ummi Babah tak ada plan nak bawa diorang ke mana-mana. Mungkin hanya balik kampung je kot memandangkan cutinya pun pendek je.

Sebenarnya percutian ni adalah rezeki lucky draw yang Ummi dapat semasa menghadiri Corporate & Media Appreciation Night di Fraser Place, Puteri Harbour pada 5 Januari 2023. Alhamdulillah rezeki anak-anak yang sentiasa mendoakan Ummi dan Babah. Jom teruskan membaca pengalaman kami.

Jenis & Harga Bilik di Pinetree Marina Resort Puteri Harbour

1-Bedroom Deluxe Pinetree Marina Resort Puteri Harbour

Bilik ini sesuai untuk medium to long-stay guests dengan kemudahan lengkap seperti di rumah. Dilengkapi dengan 1 katil Queen, sesuai untuk 3 orang.

Harga Bilik:

  • Early Bird | RM 408.01
  • Early Bird with Breakfast | RM 433.51
  • Last Minute Deal | RM 480.00
  • Last Minute Deal with Breakfast | RM 509.99
  • Best Flexible Rate | RM 480.00
  • Best Flexible Rate with Breakfast | RM 510.00

2-Bedroom Executive Pinetree Marina Resort Puteri Harbour

Bilik 2-Bedroom Executive ini dilengkapi dengan 1 katil King dan 1 katil Queen. Ia juga lengkap dengan ruang makan, dapur kecil dan ruang tamu sesuai untuk keluarga (maksimum 5 orang). Berkeluasan 94 m2 / 1012 ft2.

Harga Bilik:

  • Early Bird | RM 552.52
  • Early Bird with Breakfast | RM 603.52
  • Last Minute Deal | RM 649.99
  • Last Minute Deal with Breakfast | RM 709.99
  • Best Flexible Rate | RM 650.00
  • Best Flexible Rate with Breakfast | RM 710.00

2-Bedroom Premier Pinetree Marina Resort Puteri Harbour

Bilik dilengkapi dengan 1 katil King dan 1 katil Queen, sesuai untuk 5 orang. Ia juga lengkap dengan ruang makan, dapur kecil dan ruang tamu. Berkeluasan 113 m2 / 1216 ft2.

Harga Bilik:

  • Early Bird | RM 680.02
  • Early Bird with Breakfast | RM 731.02
  • Last Minute Deal | RM 799.99
  • Last Minute Deal with Breakfast | RM 859.99
  • Best Flexible Rate | RM 800.00
  • Best Flexible Rate with Breakfast | RM 860.00

3-Bedroom Premier Pinetree Marina Resort Puteri Harbour

Bilik dilengkapi dengan 1 katil King dan 2 katil Queen, sesuai untuk 8 orang. Ia juga lengkap dengan ruang makan, dapur kecil dan ruang tamu. Berkeluasan 159 m2 / 1711 ft2.

Harga Bilik:

  • Early Bird | RM 1105.03
  • Early Bird with Breakfast | RM 1181.53
  • Last Minute Deal | RM 1299.99
  • Last Minute Deal with Breakfast | RM 1389.99
  • Best Flexible Rate | RM 1300.00
  • Best Flexible Rate with Breakfast | RM 1390.00

Kemudahan Yang Disediakan di Pinetree Marina Resort Puteri Harbour

  • Gym – Level 3, 6am – 10pm (daily)
  • Sauna Room – Level 3, 9am – 1.00pm (daily) / 3pm – 8pm (daily)
  • Library – Level 3, 7am – 10pm (daily)
  • Kids Room – Level 3, 7am – 10pm (daily)
  • Swimming Pool (Level 3, 6am – 10pm)

Kemudahan di Dalam Bilik 2-Bedroom Executive

  • Dilengkapi sepenuhnya dengan ruang tamu/ruang makan dan bilik tidur yang berasingan
  • Akses WiFi percuma di dalam bilik
  • Ketuhar gelombang mikro dan dapur kecil
  • Peti keselamatan peribadi, mesin basuh dan seterika & papan tersedia di dalam bilik
  • Perkhidmatan pengemasan harian (daily housekeeping)
  • 1 Katil saiz King
  • 1 Katil saiz Queen
  • Keluasan 94m2/ 1012ft2

Pengalaman Menginap 2 Hari 1 Malam di Pinetree Marina Resort Puteri Harbour

Puas hati la stay kat sini. Kami menginap di Bilik 2-Bedroom Executive. Ada 2 bilik dengan 1 katil King dan 1 katil Queen.

Ruang tamu yang luas memang sesuailah untuk kami yang ada anak-anak yang aktif tiga orang ni. Bebas diorang nak ke hulu ke hilir. Kemudahan pun cukup kalau korang berhajat nak masak, membasuh baju bagai.

Sebelum check in Pinetree Marina Resort, kami dah siap-siap tapau Mc Donalds. Pepaham je la budak-budak ni, jarang la tak lapar kan. Walaupun ada kemudahan memasak, tapi ummi diorang tak rajin nak masak hahaha.

Diorang ni kalau dah dapat terjun kolam memang payah la nak ajak pulang ke pangkal jalan hahaha. Swimming pool pun ok bersih. Lepas berendam boleh main kat playground. Ummi Babah pun ambil kesempatan menggunakan outdoor workout facilities dan gym yang ada. Nak bersauna macam seram pulak sesorang hehehe.

Pakej kami ni ada bento breakfast yang dihantar ke bilik. So far makanannya pun sedap. In case tak cukup makanan, turun lift je dah boleh menjamu selera di Restoran Swatches, Fraser Place.

Makan Malam di Mana Cafe Puteri Harbour

Penginapan 2 Hari 1 Malam di Pinetree Marina Resort Puteri Harbour

Untuk pakej penginapan ni hanya ada breakfast saja. Kan dah kata Ummi malas masak, memang nak berehat jadinya kita dinner di favourite makan place, mana lagi kalau bukan Mana Cafe.

Ronda-ronda Sekitar Marina Walk Puteri Harbour

Lepas makan kita playing tourist ronda-ronda sekitar Marina Walk Puteri Harbour.

Tempat Menarik Berdekatan Pinetree Marina Resort Puteri Harbour

Hard Rock Cafe Puteri Harbour

Terletak dalam bangunan yang sama dengan Pinetree Marina Resort. Hard Rock Cafe yang dibuka di Puteri Harbour ini merupakan cawangan Hard Rock Cafe yang keempat di Malaysia selain di negeri Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka. Dari bilik korang hanya perlu turun menggunakan escalator untuk sampai ke Hard Rock Cafe ni ya.

Kampung Sungai Melayu

Penginapan 2 Hari 1 Malam di Pinetree Marina Resort Puteri Harbour

Kampung Sungai Melayu terletak kira-kira 16 minit pemanduan dari Pinetree Marina Resort. Penduduk kampung ini keseluruhan berbangsa Melayu dan kebanyakannya nelayan tradisional. Kampung ini terkenal dengan tangkapan makanan laut segar seperti ikan siakap, ikan sembilang, udang, ketam dan ternakan kupang.

Selain itu, hutan bakau yang mengelilingi hampir 75% dari kampung itu merupakan salah satu tempat persinggahan bagi burung migrasi dari Siberia pada bulan Ogos hingga April setiap tahun.

Aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuk memerhati burung, menaiki bot untuk menyusuri paya bakau serta menikmati hidangan Asam Pedas di Restoran Sri Pantai.

Sireh Park

Sekiranya korang sukakan aktiviti luar, Sireh Park adalah tempat yang sesuai untuk korang beraktiviti. Berkeluasan 343 ekar kira-kira 5 minit pemanduan dari Pinetree Marina Resort. Korang boleh menemui pelbagai tumbuhan dan pokok buah-buahan d isini di sepanjang laluan pejalan kaki. Aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti berkelah, berkhemah, jogging, berjalan kaki, mendaki bukit, membuat aktiviti team building, bersenam atau hanya bersiar-siar di sekitar taman untuk mendapatkan udara segar. Terbaru korang boleh melakukan aktiviti berkayak, pemanduan ATV, glamping dan juga terdapat cafe dan food truck.

Sunway Big Box Retail Park

Penginapan 2 Hari 1 Malam di Pinetree Marina Resort Puteri Harbour

Mengambil masa hanya kira-kira 8 minit pemanduan untuk tiba di Sunway Big Box Retail Park ini. Korang boleh membeli-belah, menjamu selera dan bermain di sekitar kawasan ni. Selain shopping mall, terdapat juga dua taman ekstrem (extreme park, indoor & outdoor) iaitu outdoor extreme park X Park Sunway Iskandar dan indoor extreme park EnerG X Park untuk korang terokai.

Kota Iskandar

Penginapan 2 Hari 1 Malam di Pinetree Marina Resort Puteri Harbour

Kota Iskandar merupakan pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor. Ia seperti Putrajaya kedua. Korang boleh berjalan kaki sahaja dari Pinetree Marina Resort atau memandu kira-kira 3 minit ke sini untuk menerokai seni bina yang unik atau mengambil gambar di sekitar kawasan Dataran Kota Iskandar yang cantik ni.

LEGOLAND Malaysia

LEGOLAND Malaysia yang terkenal, Taman Tema Antarabangsa yang pertama di Malaysia terletak hanya 5 minit pemanduan. Korang boleh membawa anak-anak ke sini untuk menerokai LEGOLAND Theme Park, LEGOLAND Waterpark serta SEA LIFE yang mana terdapat lebih 13,000 hidupan laut daripada 120 spesis. Terdapat Observation Tower untuk menikmati pemandangan 360 darjah sekitar kawasan Medini, Iskandar Puteri.

Emerald Lake

Emerald Lake hanya 9 minit dari Pinetree Marina Resort, adalah tempat terbaik untuk melihat pemandangan tasik yang cantik di kawasan Sunway Iskandar. Korang boleh melalukan aktiviti seperti berjalan kaki, berbasikal, berkelah, fish feeding, jogging yoga dan lain-lain.

Fish Feeding Pond and Park, Eco Botanic

Riadah di Fish Pond & Park Eco Botanic Iskandar Puteri

Penginapan 2 Hari 1 Malam di Pinetree Marina Resort Puteri Harbour

Terletak di Taman Eko Botani. Antara aktiviti yang korang boleh lakukan di sini berjalan kaki, jogging, outdoor workout, bagi makan ikan (fish feeding), berbasikal dan lain-lain lagi. Korang tidak dibenarkan untuk memancing, berkayak atau berenang di kawasan tasik ni ya.

Lokasi Pinetree Marina Resort Puteri Harbour

PINETREE MARINA RESORT, PUTERI HARBOUR
Alamat: Jln Persiaran Tanjung, Pengkalan Puteri, 79100 Iskandar Puteri, Johor.

Telefon: +607-266 8288

Email: enquiries@pinetreemarinaresort.com
Website: https://pinetreemarinaresort.com/

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!