Home » Rasai Keenakan Masakan Nyonya di Fraser Place Puteri Harbour

Rasai Keenakan Masakan Nyonya di Fraser Place Puteri Harbour

Nyonya Hernee ngedate sama Baba Nazir

Rasai Keenakan Masakan Nyonya di Fraser Place Puteri Harbour | Cerita hari Sabtu. Awal-awal Ummi dah booked time Babah nak ajak dating berdua ecehhh. Sekali sekala weekend kita gantung kuali apa salahnyakan. Anak-anak mana? Alhamdulillah ada bantuan pengasuh menjaga sekejap. Kasi can lah Ummi spend time berdua. Lepas makan Ummi memang dah janji nak bawa diorang keluar makan steamboat Johnny’s hehehe. Ok sambung cerita hi-tea.

Kalau korang tak tahu nak makan kat mana, korang boleh cuba “Absolute Served Hi-Tea Buffet” di Fraser Place Puteri Harbour, Johor Bahru. Nak ajak pasangan ke, nak hadiahkan untuk emak dan ayah dating berdua-duan pun boleh. Ehh pendek kata nak ajak satu family pun boleh. Jangan lupa ikut SOP yang ditetapkan. Jom tengok apa yang Ummi dan Babah makan.

Kali ni menu yang diketengahkan adalah Masakan Nyonya (Nyonya Cuisine atau Peranakan Cuisine). Masakan Nyonya ni banyak persamaan dengan masakan Melayu, cuma setiap masakan tu adalah “secret recipes” yang berbeza. Setakat yang Ummi makan semalam, memang menepati citarasa. Banyak pilihan sampai tak tahu nak makan yang mana satu dulu hehehe.

Iklan Siakap Bakar CIli Garam tu bukan ikan siakap viral Langkawi ok hahaha. Saiznya memang besar. Kalau kat Langkawi mahu cecah tiga ribu hahaha.

Antara dessert yang ada.

Pertama kali Ummi cuba Nyonya Acar Cili (gambar kiri) dan Ah Koon Fish Ball (gambar kanan). Nyonya Acar CIli tu memang menu paling legend dalam masyarakat Baba & Nyonya. Menurut Chef Daniel, nak membuat Nyonya Acar Cili ni memang banyak pantang larang. Kalau masakan Melayu, acar cili ni macam pajeri nenas. Dalam cili tu ada bahan special. Mula-mula Ummi ingat kelapa, rupanya dalamnya tu adalah betik yang disagat. Unik pembuatannya.

Ah Koon FIsh Ball tu bahan-bahannya macam Yong Tau Fu. Cuma kuahnya tu memang special. Rasa macam kuah laksa. Sedap tau. Kemain Babah teruja menghirup kuah laksa.

Ikan Salmon dan seafood BBQ pun sedap dengan sambalnya pedas dan cukup rasa. Seafood yang Babah ambil ada udang dan kupang, dua-dua segar. Memang sedap! Serious terasa-rasa kesedapan kepala ikan salmon tu bila dimakan sekali dengan sambalnya. Sambal tu memang main peranan menyedapkan lagi menu ni.

Durian goreng tu cair dimulut gitu. Favourite! Pisang goreng pulak tepungnya rangup. Nyonya Durian Cendol ni sedap lemak berkrim. Duriannya tu paste isi durian. Memang padulah rasanya.

Walaupun perut dah makin sendat. Ummi tetap nak rasa Nyonya Popia Basah dan Nyonya Pie Tee. Nyonya Pie Tee tu memang favourite food Ummi. Sampai ambil dua kali hahaha.

Rasai Keenakan Masakan Nyonya di Fraser Place Puteri Harbour
Fresh oyster & prawn.

Pertama kali juga Ummi makan tiram mentah (raw oyster). Mula-mula macam seriau nak cuba sebab terbayangkan Mr. Bean yang makan tiram busuk hahahaha. Bila dah perah lime juice dan bubuh sambalnya. Ehhh sedap pulak hehehe. Selagi tak mencuba kita tak tahu kan rasanya. Walaupun muka terkulat-kulat nak menelan hahaha. Memang fresh rasa tiram tu. Harap lepas ni boleh cuba lagi hehe.

Sambil makan boleh korang boleh lah jengah ke sebelah kiri nampak view sekitar Puteri Harbour.

Overall, Ummi rasa masakan Nyonya ni memang sedap dengan gaya tersendiri. Setiap menu Nyonya cuisine tu ada pelengkapnya antara satu sama lain kalau nak rasa betul-betul makan style Baba & Nyonya. Korang cubalah sendiri. Baru tahu sedap ke tak sedap menu kat sini. Sedap tu kan subjektif hehe. Tekak Ummi jarang kata tak sedap. Tapi memang berbaloi la pada Ummi.

Ada yang tanya masa tu ada had ke? Makan je la dari 12.30pm sampai 4.30pm tu kalau korang larat. Ummi dan Babah memang kekenyangan. Rasanya semua menu kami rasa. Fuhhhh. Kalau korang nak cuba boleh contact nombor di bawah tu untuk tempahan ya. Details harga semua Ummi dah sertakan sekali. Harap membantu.

Rasai Keenakan Masakan Nyonya di Fraser Place Puteri Harbour

Rasai Keenakan Masakan Nyonya di Fraser Place Puteri Harbour

Harga RM128+ untuk 2 orang

PERCUMA untuk kanak-kanak (5 tahun ke bawah)

Menu utama – Masakan Nyonya (Nyonya Cuisine @ Peranakan Cuisine).

Masa: 12.30pm – 4.30pm (Sabtu & Ahad)

Maksimum 120 orang dalam satu masa.

Untuk tempahan, hubungi: www.wasap.my/60137786821

p/s Weekdays lunch set RM28/pax. Kalau datang weekdays jangan cari menu masakan Nyonya ok 🤭

Baca juga: Work From Hotel at Fraser Place Puteri Harbour

Short Video: Pertama Kali Makan Tiram Mentah (Raw Oyster)

 887 total views,  3 views today

Related Posts

2 thoughts on “Rasai Keenakan Masakan Nyonya di Fraser Place Puteri Harbour

  1. pernah try oyster tu uii..nak ngabehkan tu memang terkulat muka den.Tapi sedap dan yang penting fresh!! berbaloi makan untuk 2 orang kan..menu kemain meriah

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!