Kampung Sungai Melayu – Eco Tourism Village

Kampung Sungai Melayu – Eco Tourism Village

22366305_10213352916925054_5656204908599707428_n.jpg

Kampung Sungai Melayu – Eco Tourism Village | Cerita Kembara Bloggers Johor 2017 bermula dengan lokasi pertama kami iaitu di Kampung Sungai Melayu, Gelang Patah. Buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke sini walaupun asal dari Gelang Patah hehe.

IMG20171012120801 (2)

Rombongan kami sampai lebih kurang jam 12 tengahari dan disambut oleh kumpulan kompang Kampung Sungai Melayu.

map kg sungai melayu.jpg

Sebelum kita pergi jauh menikmati pengalaman menarik di sini, jom baca sedikit info ringkas tentang Kampung Sungai Melayu, Gelang Patah, Iskandar Puteri dan peta sebagai rujukan lokasi sebenar Eco Tourism Village ni.

INFO RINGKAS KAMPUNG SUNGAI MELAYU

Sungai Melayu terletak di hujung selatan negeri Johor di Malaysia berhampiran Johor Bahru dan Singapura. Kampung ini dibuka lebih daripada 100 tahun yang lalu. Penduduk kampung ini keseluruhan berbangsa Melayu dan kebanyakannya nelayan tradisional. Kampung ini terkenal dengan tangkapan makanan laut segar seperti ikan siakap, ikan sembilang, udang, ketam dan ternakan kupang.

Selain itu, hutan bakau yang mengelilingi hampir 75% dari kampung itu merupakan salah satu tempat persinggahan bagi burung migrasi dari Siberia pada bulan Ogos hingga April setiap tahun.

Kampung ini juga digunakan oleh tentera Jepun sebagai salah satu laluan untuk menyerang Singapura semasa Perang Dunia Kedua.

20171012_124138.jpg

AKTIVITI MENARIK DAN DAYA TARIKAN DI KAMPUNG SG. MELAYU

– Boat Tour (Menaiki bot) – Bird Watching – Crab Catching – Mussels Farm
– Traditional Game – Seafood – Local Products – Fisherman Lifestyle – Malay Traditional Lifestyle

PAKEJ YANG DITAWARKAN:

  1. BOAT TOUR PACKAGE (RM35 SEORANG)
    *** Minimum 2 orang satu pakej

    – Menyusuri paya bakau
    – Menangkap ketam
    – Melawat kawasan penternakan kupang
    – Melawat tapak bersejarah – Tentera Jepun menyerang Singapura semasa Perang Dunia Kedua

  2. LEARNING PACKAGE (RM25 SEORANG)
    *** Minimum 10 orang satu pakej

    – Menangkap ketam
    – Menjala
    – Demonstrasi produk tempatan
    – Membuat kraftangan
  3. MALAY KAMPUNG TRAIL (RM30 SEORANG)
    *** Minimum 10 orang satu pakej

    – Melawat rumah tradisional
    – Petting zoo
    – Demonstrasi kain sarong dan batik
    – Permainan tradisional
    – Demonstrasi produk tempatan

  4. FISHING PACKAGE 8.00am to 5.00pm (RM25 seorang)
    8.00 am to 9.00 pm (RM 30 seorang)
    7.00pm to 8.00am (overnight)
    -2 bilik @ rumah rakit dan barbeque kitchen (RM50 seorang)
  5. BIRD WATCHING
    – Melihat burung migrasi dari November hingga Mac setiap tahun.

***Aktiviti seperti berkayak dan tapak perkhemahan juga bakal disediakan di masa akan datang.

IMG20171012133152 (2)

Credit pic: Illa Shanahila

Kawasan jeti Kampung Sungai Melayu di mana tempat bot-bot nelayan berlabuh.

Kami dah ready untuk menyusuri paya bakau sepanjang Sungai Melayu. Here we go!

SAM_7396 (2).JPG

SAM_7384 (2).JPG

Credit pic: Illa Shanahila

Indahnya ciptaan Allah.. cantik menghijau pokok-pokok bakau di sepanjang sungai. Sejuk mata memandang. Sesuai sangat untuk korang yang sukakan ketenangan alam semulajadi “back to nature” gitu.

20171012_131812

Pakcik Razi (kalau tak silap namanya) pemandu botyang membawa kami menikmati keindahan ciptaan Allah.

22449607_10213352601117159_8797942731837041249_n.jpg

Singgah sekejap di rumah rakit, tempat di mana kaki-kaki pancing mencuba nasib menangkap ikan-ikan segar dari laut. Wahhhh rasa macam nak ajak Babah dan anak-anak memancing dan stay semalam di sini.

20171012_131840.jpg

Puan Eda tu sempat lagi tunjuk “peace” walaupun cuak kat sebelah Ummi tu hehe.

20171012_131834.jpg

20171012_131824.jpg

Satu bot untuk 2 orang penumpang. Syok kena tiup angin laut.

Kawasan air yang agak surut menyebabkan bot kami tak digalakkan untuk terus menyusuri kawasan ni.  Menurut kata pemandu bot, kawasan ni nampak lagi cantik kalau air pasang besar.

20171012_125418.jpg

Seterusnya, kami dibawa ke kawasan penternakan kupang. Wahhhh, syok betul.

20171012_125854

20171012_130158

Rasa geram sangat tengok kupang-kupang yang segar dari ladang ni hehehe. Ummi memang peminat tegar kupang.

20171012_130140.jpg

Encik Pandak Ahmad, memberikan penerangan mengenai penternakan kupang di Sungai Melayu. Kupang-kupang ni biasanya dijual kepada pengusaha-pengusaha restoran dan kedai makan untuk dijadikan menu utama di restoran mereka.

P_20171012_130417_vHDR_On

Kalau korang bijak bestari, cuba teka yang mana jantan yang mana betina? hehehe. Ummi selama ni main makan je. Tak terfikir nak tahu jantina kupang ni. Rupa-rupanya yang oren warna isinya tu betina. Betina yang mengeluarkan telur. Kupang yang warna isinya agak cerah sedikit tu jantan. Alhamdulillah bertambah ilmu. Moral of the story, jangan tahu makan je ok.. sila cari info makanan yang korang makan sekali.

P_20171012_130759_BF.jpg

Sempatlah kita wefie berdua.

22405364_10213352788641847_494437362707411426_n.jpg

Group photo bersama geng Kembara Bloggers Johor 2017, Pak Sheikh dan Encik Pandak Ahmad sebelum kami balik semula ke jeti untuk sesi makan tengahari.

beac9e85-32e8-4ad2-9636-f74557e08f01

Sebelum sampai ke jeti, sempat lagi meronda sekitar Sungai Melayu. Dari jauh kelihatan pemandangan menarik ala-ala Hong Kong gitu. Bangunan-bangunan pencakar langit yang sedang giat membangun di kawasan Danga Bay.

3b06f18d-e3b3-427d-8dc5-f423fcde0c18.jpg

Baru sampai semula ke jeti, sempat lagi bergambar dengan adik-adik blogger, Alja dan Uyul Rosli sebelum kami melangkah ke Restoran Sri Pantai untuk menikmati makan tengahari. Dengar-dengar restoran ni menjadi pilihan orang ramai yang ingin menikmati makanan laut segar. Ummi selalu dengar orang-orang suka makan asam pedas ikan sembilang di restoran ni tapi memang tak pernah pun mencuba.

20171012_134523.jpg

Agak-agak koranglah kan, korang mampu ke nak tengok je makanan ni semua. OMG! Forget about your diet pleaaaaaaaaaaseee.. hahaha. Jom kita zoom in menu satu persatu.

20171012_133946

Asam pedas ikan sembilang yang meletup kebabo. Serius sedap weh. Datang Johor kalau tak pekena asam pedas tak sah weh.

20171012_133950

Kupang masak halia. Ya ampun serius segar sangat kupang-kupang ni. Rasa manis.

20171012_134019

Ikan siakap goreng. Memang favourite Ummi. Yummeeehhhh!

20171012_134022

Udang goreng

20171012_134026

Kailan Goreng

20171012_134030

Telur dadar

20171012_134901

Ini pinggan Ummi untuk minit-minit terawal hehe. Dapat ikan sembilang bahagian kepala. Fuhhhhh.. berpeluh makan. Dari sini nampak dah beza kupang jantan dan betina. Wahhh dah terer la compare jantina kupang. Tahniah!

20171012_134717

20171012_134711

20171012_140518

20171012_140512

20171012_140320

Muka-muka happy dapat makan makanan laut yang segar dari laut. Serious sedap sesangat. Korang patut cuba makan kat sini tau.

20171012_141643.jpg

Sebelum meninggalkan Kampung Sungai Melayu, sempat juga kami singgah di gerai jualan hasil kraftangan dan juga hasil tangkapan dari laut.

20171012_141544.jpg

Aneka kerepek jualan seperti kerepek ubi, kerepek pisang dan lain-lain.

20171012_141521.jpg

Ada juga kuih siput, kerepek bayam, kupang kering dan ikan bilis.

20171012_141442

Ok, yang ni pun menarik minat Ummi. Korang tahu tak apa tu?

Ni belacan hasil buatan penduduk kampung. Sudah semestinya dari udang pepai atau udang geragau yang segar dari laut. Bau belacan ni pun sedap.

Korang mesti tertanya-tanya kan apakah benda hitam lonjong ni? Ini sebenarnya kupang yang dan dikisar sebelum dijadikan keropok kupang.

Ini keropok kupang yang telah dipotong dan dijemur dan sedia untuk dijual. Wahhhh, kreatifkan orang-orang kampung ni. Dari kupang yang diternak boleh juga dijadikan keropok sebagai hasil pendapatan penduduk kampung.

Orang Johor mahu pun yang baru nak sampai ke Johor, jadikan Kampung Sungai Melayu ni “destinasi wajib singgah” korang bila dah jejakkan kaki di bumi Johor ni tau. Kalau korang pencinta alam semulajadi memang Ummi syorkan korang buat lawatan ke sini. Cikgu-cikgi, bolehlah bawa anak-anak murid buat lawatan sambil belajar ke sini. Tak lupa ibu ayah, bawalah anak-anak menyusuri kehidupan nelayan dan kehidupan orang-orang Melayu tradisional di Kampung Sungai Melayu ni.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi:

Pn. Sharifah | 019-7045904

Alamat – Sungai Melayu Eco Tourism,
80200 Johor Bahru, Johor.

GPS Coordinate: Latitude : 1.459423 Longitude : 103.701195

Facebook – SUNGAI MELAYU ECO TOURISM

Emel: sungaimelayuecotourism@gmail.com

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

13 Comments

  1. Assalamualaikum hernee…yee la kita orang Johor pun tak pernah jejak ke situ…ada juga teringin nak pi sbb bila selalu lalu nampak signboard kg sungai melayu ni…ntah bila la nak jejak ke situ nampak mmg menarik jer…

    • Hernee Nazir

      waalaikumussalam mama.. try la sekali sekala masuk sini ma..

  2. kisahsidairy

    banyak betul gambo tudung hitam…kah…memang wajib datang sini

    • Hernee Nazir

      kahkahkah..harap maap ye puan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *